Universiti Kebangsaan Malaysia Menyambut Ulangtahun Ke-50 Tahun
| Persatuan Pesara UKM | Tan Sri Noor Azlan | Pelajar Mengamuk | Bilik G104-1| Selamat Tinggal | |Penghargaan | Bilik G104-2 | Konvokesyen Istimewa | Ismail Ibrahim | UKM Rumah Kedua | Kaya Hanya Seringgit | Anugerah Bitara | Kami Akan Pergi | UKM 46 Tahun | Muzium Bergerak | UKM dan Jakarta | UKM di Kemboja | Khidmat Masyarakat | Polis UKM | Kerana UKM | Dia Dah Tiada | Askar UKM | Pelajar UKM Gagah | Berita Portal UKM | Tan Sri Sharifah Habsah | Fotografi di UKM | Unsung Hero | Kurangkan Alasan | Askar UKM Berperang | Misi di Udara UKM | Latihan Menembak UKM | Mobaliti Pelajar UKM | Hutan Simpan Bangi | Kerja Malam Dalam Hutan | UKM di Hulu Dong | Mobaliti Pelajar UKM 2010 | Kriket dan UKM | Saya dan Pelajar | Di Mana Nana | Emosi di Konvokesyen | Saya di Berunei | Perakam Sejarah |
Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM) akan menyambut ulangtahun kelahiranya ke-50 pada 18 Mei 2020. Sebagai pesara berbangga dengan usia UKM ke-50 ini. Oleh itu saya perturunkan catatan terbaharu sempena usi UKM ke-50 ini.
Disamping itu saya juga ada melampirkan carian mudah (di atas dan di bawah ) bagi catatan sebelum ini. Banyak saya tulis sebagai kenangan dan motivasi kepada semua warga UKM (staff dan pelajar).
Sudi-sudilah membaca- Haji Abd Raai bin Osman P.J.K
Catatan 1:
Pada tahun 1979 dah susah dapat kerja. Selepas tamat sekolah menengah hilang arah. Banyak juga dicari hinggakan kena tipu dengan agensi pekerjaan. Pergi daftar bayar yuran proses datang semula tengok pejabat dah tutup. Nasib baik tak kena jual kat negara orang saja.
Saya ambil beberapa kursus kemahiran, penulisan dan fotografi. Paling menyerlah kursus fotografi sebab silibusnya teratur walaupun seksa sebab masuk pusat latihan belia nun di Kuala Kubu Bahru. Sebelum Subuh dah bangun. Selepas solat akan mulalah sesi latihan ala tentera.
Habis kursus balik Sik Kedah jadi bingung sebab rumah tiada letrik dan paip air tak macam kat pusat latihan belia. Lama juga murung macam 'beruk mati bini'. Arwah mak risau. Saya jawab sedih tak ada kerja.
Kemudian pergi interview kerja polis. Gagal sebab dada tak cukup ukuran. Lima kali ukur tapi tetap gagal. Pegawai polis keciwa sebab dia tengok sijil kemahiran saya dah banyak. Terutama fotografi. Beliau kata cuba lagi sebab saya ada potensi kalau masuk polis.
Alaaa saya tahu ini pasti mak tak restu (otak kotor). Mak mana nak bagi izin kalau saya kerja polis atau askar. Bila balik nampak wajah mak manis bila saya bagitau gagal. Saya berbisik "kan betul mak tak restu...."
(otak jahat seorang remaja kampung 😁).
Banyaklah minta kerja masa tu. SPA ada wujudkan program Operasi Isi Penuh. Habis semua jawatan saya pohon.
Ada sekali tu pergi temuduga Jurufoto kat RTM. Mak aii punyalah ramai. Rasanya yang mana dok kerja kat Kementerian Penerangan sekarang ni yang dok jadi kawan-kawan saya sudah pasti kita sama-sama ada kat situ masa tu🤔
Akhirnya tak dapat juga. Adoi.
Keciwa ya amat. Masa tu dah mula ingat nak masuk jadi askarlah, nak masuk jadi penerokalah (tapi kena kawin). Sesekali saya menulis kat akhbar dan radio. Adalah masuk juga tulisan saya tu walaupun tulisan tangan.....
1970an Universiti Kebangsaan Malaysia telah wujud. UKM menjadi sebutan rakyat. Saya ingat lagi masa tu Toh Rahah merasmikan Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR).
Ketika yang sama UKM ada kerja kosong. Saya mohon. Naik bas malam dari Sungai Petani Kedah. Duduk sebelah saya seorang kakitangan MARA (lelakilah....bukan awek). Abang ni bagi nasihat kat saya pakai tali leher masa temuduga. Saya kata tak bawa. Kalau tau dia nasihat macam tu boleh saya bawa tali leher pegawas. Baru yakin dapat. Mantan pegawas beb! Biasa jadi ketua pegawas mingguan pula tu masa sekolah😊
Masa temuduga macam-macam gaya ada. Ada seorang namanya Saliman Leman. Ramah orangnya. Dah kerja kat UPM. Kalau tengok gaya sure dia dapat.
Masa temuduga saya dah ada rasa boleh berjaya. Pergahhhh hati berbunga bang....Mana taknya akan dapat gaji tetap.
Balik kampung saya kerja macam biasa, menoreh getah. Hujan malam saya pergi menoreh petang. Jam 3 balik 6 petang pernah saya buat. Dah tak takut menoreh. Walhal waktu tu Pontianak dah nak keluar Sarang beb.
Betullah kata orang, restu ibu tu penting. Saya dapat kerja di UKM. Pada 5 November 1979 saya melapor diri kat Pejabat Pendaftar Bangi. Lepas lapor diri kena hantar ke Kuala Lumpur. Jumpa Dekan Fakulti Sains, masa tu Dekannya Prof Dato' Dr Zawawi juga mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.
Saya masa tu tak faham protokol. Maka saya tak tahu apa bendanya Dekan tu. Yang penting saya kata janji hujung bulan dapat gaji. Masa tu gaji $295.00. Haaaa jangan panik dengan simbol $ tu sebab masa tu Malaysia belum guna istilah RM lagi.
Gaji kecil tapi kalau makan kat kedai baru $1.80 sen siap makan lauk ayam, sayur dan air sirap.
1982 Fakulti Sains berpindah ke Bangi. Perpindahan UKM fasa kedua bermula Februarin1982. Bandar Baru Bangi agak asing bagi saya. Rupanya masih macam daerah saya di Sik. A Tapi sedang membangun.
Kesulitan terasa. Namun kami staff UKM mesra antara satu sama lain. Pelajar pun mudah dikenali. Faktor inilah menyebabkan kami staff UKM berkahwin dengan staff. Termasuklah saya.
1984 iman goyang sekejap apabila Universiti Utara Malaysia mencari staff. Saya dapat kerja kat sana dengan gaji 4 tahun kenaikan. Atas nasihat ibu saya tak pergi. Ibu kata nanti susah sebab hang nak kawin orang Muar Johor. Kali ni saya tak buruk sangka kat ibu. Malah saya berkata kat hati bahawa, kau tengok mak kau baik hati tu nak terima bakal isteri kau.
Saya melihat UKM berkembang dari usia 9 tahun. Ramai yang dulunya pelajar kini dah jadi orang besar-besar.
Saya sempat jadi staff UKM selama 38 tahun 5 bulan 11 hari. Banyak kejayaan saya perolehi semasa jadi Jurufoto di UKM. Saya berbangga kerana banyak sekali kejayaan UKM dapat dilihat secara langsung.
18 Mei 2020 UKM akan menyambut ulangtahun ke-50. Sekarang UKM sudah dewasa. Sebut saja Bangi orang akan ingat UKM. Sebut saja UKM orang akan ingat hospitalnya.
Sebagai pesara saya berbangga dengan UKM. UKM bukan saja lubuk rezeki buat saya dan isteri malah tempat saya mendapat banyak ilmu dari cendikawannya walaupun saya bukan pelajarnya.
Dari Jauh Saya Isteri (Acik Mah) Mengucapkan Selamat Mengucapkan Ulangtahun Kepada UKM. Kepada Staff Yang Masih Berkhidmat Jagalah Nama Baik UKM.
Anda Generasi Penyambung Kegemilangan UKM
Catatan 2:
Masa masuk kerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya ulang alik dari sebuah kampung setinggan di KL berhampiran Sekolah Seri Puteri.
Lokasi kerja saya ialah di Seksyen 16 Petaling Jaya. Walaupun saya berjawatan Jurufoto tapi di tempatkan kat kompleks makmal. Pejabat pentadbiran di Jalan Pantai Baru KL bersebelahan Universiti Malaya. Nak berurusan ke sanalah.
Hari pertama lapor diri di Bangi. Datang ke KL naik kereta penghantar surat UKM. Makan angin rupanya dari Bangi ke KL. Adoi....
Lepas lapor diri kat pejabat Dekan. Kau orang tau Dekan tu apa? Masa tu saya pun tak tau apa makna Dekan. Hantam panggil tuan saja. Orang kampung mana tau Dekan tu apa bendanya.
Dekan tu orang mengepalai sebuah fakulti. Bukan ketua jabatan, lagi tinggi. Haaa kalau kat daerah macam DO laaa. Bawah-bawah dia adalah penghulu, Jurutera dan bagai lagi. Tapi Dekan ni kalau kat universiti dia menjaga hal pentadbiran staff dan pelajar. Naib Canselor? Lagi besar.
Lepas lapor diri Dekan kata pergi seksyen 16 Petaling Jaya. Saya masa tu umur 21 tahun. Bila tanya akak operator kat kaunternya dia kata nak pergi seksyen 16 PJ naik bas no 128 Seri Jaya. Komuter, LRT? Mananada lagi....tahun 1979 bang. KL masa tu mat Bangla, pak Indon pun belum ada lagi. KL masih suci!!😁
Naik bas bayar $0.15 sen (simbol sen dah taknada dalam telefon saya. Kena tulis). Bas Seri Jaya ni macam RapidKL lani la. AirCond lek, bayar tak pakai Touch N Go lagi. Guna tiket. Haaa kalau ada yang tahu tiket tu maka KITA GENG🤔
Bas berhenti. Saya turun. Tengok keliling rupanya hentian bas bukan makmal UKM. Tanya kontaktor bas tadi, dia kata kena naik balik. Nanti bagitau. Rupanya Mat Kedah (sayalah tu) sesat ke Stesen Bas Klang KL.
Sesampai di makmal kat PJ seksyen 16 jumpa staff kat situ nama dia Khalil (haji). Dia kerja seorang lagi masa tu. Bila saya masuk seronoklah siap cakap Kedah lagi dengan saya. Bila dia bawa minum kat kantin baru tau Haji Khalil orang Jawa.
Masa tu ingatkan kerja saya hebat. Rupanya ambil gambar tikus putih mati kat makmal. Ambil.gambar pokok daun kering. Hantam saja kata saya; janji hujung bulan ada gaji.
Gaji? Kena ambil cek kat pejabat di Jalan Pantai Baru. Orang yang pernah belajar kat UKM dan UM tahulah lokasi ini. Lepas ambil cek kena tukar kat Bank Bumiputera (CIMB swkarang) Universiti Malaysia. Adoi gaji $295.00 nak masuk poket pun hampir setengah hari. Tak macam U all duduk kat rumah sejak PKP 1 sampai nak masuk PKP 5 gaji boleh tengok walaupun jam 2 pagi.
Itu masa tahun 1979. Sekarang UKM dah berusia 50 tahun. Oleh sebab UKM tak ramai sangat staff dan pelajar maka kami kenal antara satu sama lain.
Nak membangunkan UKM kata staff yang lebih veteran (ada yang dah meninggal) mereka terpaksa bekorban. Kekadang nak buat kerja makmal kena ada hubungan dengan staff UM.
Masa tu ramai staff akademik masih buat Master dan PhD maka UKM banyak menggunakan khidmat pensyarah dari Indonesia dan UK. Kalau ada yang baru habis belajar, turun kapalterbang tak sempat balik kampung dah disuruh kerja.
Saya menulis ni kerana beruntung dapat berkawan dengan staff yang nombor pekerja hanya 2 angka. Ada yang masih hidup tapi tak aktif dalam FB. Saya bersyukur ketika UKM di ambang 50 tahun masih mampu melihat dengan mata sendiri kehebatan UKM.
Ketika Corona Covid-19 hospital UKM memain peranan merawat pesakit jangkitan virus ini. Malah dengan mata saya juga telah melihat seorang yang dulunya anti UKM telah diberi ijazah kehormat.
Di tangan kami UKM telah dimandikan dan didodaikan. Kini di tangan kalianlah untuk menjadikan UKM ke arah mana. Walaupun anda hanya boruh tetapi tetap ada peranan.
Saya Hanya Pesara.
Ulasan