Kriket dan anak-anak tempatan



Berada di gelanggang kriket selama 6 atau 7 jam bukan suatu perkara yang mudah. Pemain bertukar warna kulit kerana dibaham bahang matahari selama beberapa jam. Namun untuk menentukan kemenangan di pihak mereka, soal panas, warna kulit berubah tidak menjadi perkara utama.

Saya bukan pemain kriket. Malahan saya mengenali sukan kriket hanyalah kerana berkesempatan membuat liputan fotografi bermula Pertandingan Kriket Versiti Asia bulan Disember 2009 di Bayuemas Oval dan Kinrara oval.

Paling perit apabila perlu berjemur di tengah panas terik selama berapa jam untuk mencari sudut-sudut terbaik. Saya juga menghadapi kesulitan apabila tidak tahu langsung sistem permainan kriket. Akhirnya dengan bimbingan pegawai sukan UKM saya dapat memahami cara sesuatu pasukan memperolehi kemenangan.

Pada 23 hingga 27 Mac 2010 sekali lagi saya terlibat dengan liputan foto untuk Kejohanan Kriket UKM Twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di UKM Oval dan Bayuemas Oval. Kali ini, pasukan yang bermain ialah dari 8 pasukan ITPA/IPTS Malaysia. Kalau semasa Pertandingan Kriket Versiti Asia hanya pasukan UKM yang mempunyai pemain seratus peratus anak-anak Malaysia. Bercakap dalam bahasa Melayu, menjerit dan memberi arahan dalam bahasa yang sama, tanpa sepatah bahasa Inggeris.

Namun ketika UKM menentang pasukan dari salah sebuah IPT, saya terdengar arahan dan jerit pemain dalam bahasa bukan Melayu. Saya seolah-olah berada di kejohanan Asia Versiti tahun 2010. Akhirnya baharu saya faham, rupa-rupanya kebanyakan pasukan menggunakan pemain dari kalangan pelajar luar negara yang belajar di IPT mereka.

UKM tidak begitu, pemainnya dari kalangan anak-anak tempatan yang sudah lebih berbelas tahun bermain sejak di bangku sekolah rendah. Tepatlah seperti kata Naib Canselor UKM, YgBhg. Prof Tan Sri Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika bersalaman dengan pemain dari Sri Langka "kami orang-orang Malaysia....". Pada hemat saya Tan Sri Dr Sharifah Hapsah berbangga dengan pemainnya walaupun kecil-kecil tetapi mampu mengalahkan pasukan yang menggunakan pemain berbangsa bukan orang Malaysia.

Saya juga berbangga ketika berada di luar padang dapat mendengar jerit dan arahan pemain UKM dalam bahasa Melayu. Mereka bertubuh kecil namun mampu memberikan cabaran untuk membawa kemenangan yang hebat!

Seharusnya sukan kriket boleh memartabatkan Malaysia di peringkat dunia walaupun negara seperti India, Pakistan dan Sri Langka sering disebut sebagai jaguh kriket.

***Pautan berkaitan sila klik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah