Tasik Beris, Sik

 Sekitar tahun 1972 satu kerja menguji tanah telah dilakukan oleh sebuah syarikat bagi mengenal pasti samada kampung Sungai Batang mempunyai petrolium, emas, bijih.

Pak Lang Pa (Jaafar) menjadikan rumahnya sebagai station pekerja. Segala peralatan diletakkan di rumahnya beliau. Manakala beliau sendiri bertindak sebagai pekerja.

Kerja-kerja 'memboring' tanah dilakukan tanpa ada unsur-unsur bantahan oleh penduduk setempat. Saya sering berhenti di rumah Pak Lang Pa ketika balik mandi di sungai.

Kisah kerja menguji tanah tinggal kenangan cuma saya masih ingat kata Pak Lang Pa "kalau jumpa emas orang kampung jadi kaya..." Saya masa itu tak berapa faham sangat maksud dia.

Orang kampung hidup macam biasa. Musim padi menanam padi, musim menuai mak menuai padi.

Sekitar tahun 1990an tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita Sungai Batang akan dijadikan tasik. Terdapat rombongan datang ke KL bertemu Perdana Menteri Tun Mahathir. Saya dan sahabat Kamaludin Ismail ikut serta. Mereka berkumpul di Masjid Negara. Ketika Ahli Parlimen Sik ialah Tan Seri Hamid Othman.

Malam itu kami sertai majlis makan malam di Pusat Islam. Kunjungan penduduk kampung bukan membantah tapi merayu agar mereka diberi layanan yang adil setelah tasik telah wujud dan mereka dipindahkan.

Saya yang membesar di Sungai Batang hanya ingin mengetahui lebih dekat apa yang berlaku dan akan berlaku.

Akhirnya kewujudan tasik ini tidak mampu dibendung lagi. Hujung tahun 1990.an dan awal 2000 kerja-kerja ukur tanah dilakukan. Sepupu Acik Mah Abas, terlibat dalam kerja mengukur dengan wujud tentangan kecil oleh penduduk kampung.

Kata Abas, kedalaman paling dalam tasik itu ialah 100 meter. Tasik ini akan menjadi tasik termuda di Kedah selepas Tasik Pedu, Tasik Gubir, Tasik Ahning.

Malaysia mempunyai tasik yang hampir serupa sejarah kewujudannya seperti Tasik Banding, Tasik Kenyir, Tasik Temenggor.

Namun kewujudan tasik di Sungai Batang ini  mengaitkan kisah silam mengenai kisah Tok Beris. Penghulu zaman dulu yang mempunyai keramat tersendiri. Saya difahamkan oleh sdra Ahmad Abu Bakar Tok Beris keciwa dengan kecurangan isterinya dan bersumpah lembah Beris akan tenggelam suatu masa nanti.

Rantaian kisah ini menjadikan tasik ini di namakan Tasik Beris dan penempatan baharu penduduk Sungai Batang di namakan Bandar Baru Beris Jaya.

[ Tasik Beris merupakan sebuah tasik buatan manusia di Malaysia, yang terbentuk hasil dari pembinaan empangan Beris iaitu pada 10 Ogos 2000

Terletak di daerah Sik, Kedah, ia asalnya adalah terdiri daripada beberapa buah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang yang terdapat di dalam kampung ini ialah Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar dan kampung batu seketul .Dalam kampung batu seketol sendiri terdapat kampung-kampung kecil seperti Kampung Perangin, Charuk Duri, Kampung Siam dan Kampung Bendang Lebai Man yang terletak di Mukim Sok , Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara Sungai Beris dan Sungai Batang. Sungai Beris mengalir dari sebelah kawasan Batu Seketol dan Kampung Paya, Manakala Sungai batang pula mengalir dari kawasan Sungai Batang. Disebelah ulu Sungai Batang terdapat sebatang sungai lagi yang di berinama Sungai Cokkong.Kawasan ulu sungai Batang dang Sungai Cokkong terdapat kawasan perkelahan air terjun seperti Lubuk Haji Mat Ali dan Perangin Jantan.] - rujukan Wikipedia.

πŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺ
Catatan ini ada sambungannya. Saya catatakan berdasarkan pengalaman tinggal di Kampung Sungai Batang sejak tahun 1969. Catatan ini tidak menyentuh sensitiviti kaum. Ia sekadar sejarah dan dirujuk dari sumber yang sah.
πŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›Έ

Antara kisah lanjut ialah kisah penggalian kubur ayah saya pada tahun 2002







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah