Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mertuanya tak boleh sebab wang itu nak digunakan bagi peperiksaan SPM adik iparnya.
Aku berjalan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan mulai sibuk waktu kerana orang sedang balik kerja.Itulah jalan menuju ke rumah sewa di Kampung Kolam Air (kampung setinggan) berhampiran Sekolah Seri Putri.
Ketika itu Kuala Lumpur masih tenang walaupun sudah ada lorong-lorong hanyir yang terkenal di Jalan Haji Husain. Kadang-kadang kesian aku tengok ada wanita separuh abad duduk di kerusi di belakang rumah kedai yang kemudiannya baru aku tahu mereka menunggu pelanggan!
Berhampiran show room Tan Chong Motor sering kelihatan Jefry Din menunggu bas mini untuk balik ke rumah. Biasanya aku tak kisah dia sebab masa tu beliau penyanyi yang sedang meletop.
Ada masanya aku akan singgap di pejabat Varia Pop berjumpa sahabat jurufoto di situ. Azaham Brado (arwah) akan melayanku. Nasib baik dapat berjumpa Mama Jui, seorang wartawan dan juga penulis lirik.
Setiap Sabtu aku akan naik pejabat akhbar Watan jumpa Ghani Osman. Hantar artikel, cerpen.
"U dah tahu Halim dibawa polis?". Tanya Ghani. Saya geleng kepala.
"Kamu dah baca Malay Mail?" Tiba-tiba muncul YBhg Tan Sri Dato Paduka Mohamed Khir Johari dari pintu utama pejabat Watan. Ghani watawan veteran kena marah.
Rupa-rupanya pagi itu Halim Mahmood, Ketua Pengarang telah dibawa oleh polis. Atas nasihat Ghani saya keluar dari pejabat Watan yang masih panas di bangunan Pustaka Antara.
Suatu petang berhampiran pejabat Perkim aku disapa oleh seseorang. Bila aku toleh rupanya Halim rakan sekampung yang juga penjenayah kampung yang terkenal dengan kerja mencuri, pecah rumah.
Kami bersembnag sekejap. Halim ni walaupun samseng kampung dan kini pegang kawasan Pasar Borong lama tapi dengan saya dia baik.
Tiba-tiba kawan dia dari jauh menjerit, "Bon...bon..". Prdan Halim "Hang jalan dulu tu polis...". Aku jalan tanpa bersalah meninggalkan Halim.
KL..penuh ranjau...syukur aku dapat mengawal diri.
#memoir
Ada kejadian seorang ayah melarikan diri dari rumah anak menantu kerana merajuk, marah. Ayah lebih baik jika melarikan diri ke rumah orang-orang tua.
Ini satu delima keluarga tak kira bangsa dan agama. Banyak ragam akan berlaku jika ianya tidak ditangani dengan bijak atau ilmu. Masalah ini dipanggil penyakit Demensia. Orang Melayu biasanya menyebut penyakit nyanyuk.
Apa itu Demensia?
Demensia adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta menurunnya kecerdasan mental.
Demensia akan berlaku tidak kira usia namun ia mudah terjadi kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
Demensia menyebabkan pengidapnya mengalami penurunan daya ingat yang bisa membuat pikun dan mengubah cara berpikir. Sedangkan alzheimer, merupakan penyakit yang menyebabkan penurunan daya ingat dan disertai kemampuan berpikir, berbicara, hingga perubahan perilaku.
Apakah Demensia merbahaya? Ya jika tidak dikawal penyakit ini akan menyebab penyakit lain misalnya ia akan mengubah tahap sihat jantung dan organ-organ lain.
Menurut Dr Mohd Fairuz Ali, Fakulti Perubatan UKM, keluarga kena memainkan peranan untuk membantu ahli keluarga yang mengalami masalah ini. Biasanya dalam keluarga ibu dan ayah akan mengalami masalah penyakit ini.
Jangan biarkan mereka bersendirian. Bantu apa saja yang diperlukan oleh ibu ayah. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan lebih parah dan menimbulkan penyakit lain.
Prof Madya Dr. Khatijah Alavi FSSK UKM pula menggariskan berberapa panduan psikologi ke arah mengurangkan resiko lebih parah. Bina jambatan kasih sayang agar ibu ayah yang mengalami masalah Desima kurang tekanan. Langkah mengurangkan kemurungan adalah cara terbaik.
Anak-anak hendaklah sering mengajak ibu ayah beriadah, Buat aktiviti keagamaan bersama. Misalnya anjurkan tazkirah kecil bersama ini ayah.
Ibu ayah juga tidak harus merahsiakan apa yang alami seperti penyakit atau masalah kewangan. Bawa berbincang dengan anak-anak.
Bina semangat ibu ayah dengan cahaya Islam. Amalkan doa-doa yang mampu meredakan masalah dan meneguhkan keimanan kita.
Tulisan ini hasil kehadiran Bengkel Keluarga SihatCegah Demensia anjuran Pusat Ativiti Warga Emas (PWE) Bandar Baru Bangi pada 22 Januari 2022
Oleh: Prof Emeratus Dr Bohari Yamin (Mantan Prof FST UKM)
Ada Yang Minta pandangan saya tentang viral bekas PhD UPM Dari Palestine Yang katanya degreenya tidak diiktiraf Europa untuk bekerja Di Sana. Soal pengiktirafan ni soal sesuatu negara juga. Malaysia juga tidak mengiktiraf beberapa universiti Di Japan Dan negara lain begitu juga sebaliknya. Pelajar saya yang Ada master memperoleh biasiswa Mumbusho Di Osaka universiti diminta mula dgn sarjana Dan selepas 4 tahun lebih selesai PhDnya. Beberapa student master saya sambung PhD ke Cambridge Dan Australia tiada masalah kerana mereka tahu sistem Kita. Beberapa lulusan PhD saya dari Iran Dan Libya Dapat kerja di Australia Dan Canada. Mereka lihat CV juga.
Ramai PhD Yang dihasilkan UPM Dan Univ lain menunjukkan ramai Yang Mohon masuk kerana mereka minat setelah membuat penilaian sendiri
ISU Tak Dapat kerja atau visa itu Ada banyak sebab. Kita juga ramai PhD YG masih Cari kerja lulusan Tokyo Univ Pula tu. Harus berusaha terus.
Dari pengalaman saya pelajar Arab ni budaya mereka begitu mudah merungut Dan ribut ramai juga mereka Yang berjaya tiada masalah.
Ramai PhD pada saya is not a problem. It's is demand supply situation. Ada masa ramai Ada masa kurang jika Univ Tu mampu melatih ramai PhD why not. Ramai PhD Salah kalau sikit pun Salah. Univ England bila pelajarnya kurang dia buka cawangan luar negara termasuk Di Malaysia
Just because one particular viral Kita kutuk habis system Kita. Itu tidak Adil. PhD Kita Yang Pulang ke Indonesia kebanyakannya produktif. Mereka bersyukur dgn sistem bimbingan Kita.
Namun setiap kursus memang perlu Ada
Akraditasi Dari kerajaan.itu penting. Ini masalah pentadbiran Yang perlu diurus universiti
RFID adalah benda baharu buat saya. Ia kelihatan canggih tapi macam memaksa pengguna untuk membelinya.
Ikhtibar perkembangan semasa berkaitan kerjaya, hobi dan pendidikan.
Empat tahun dulu saya bersara dari kerjaya sebagai Jurufoto disamping itu tiga tahun kemudian saya bersara sebagai pengajar sambilan.
Lebih 38 tahun saya mengejar kejayaan dalam bidang saya. Saya belajar dan belajar. Ada yang melibatkan kursus dalam perkhidmatan, kursus online, rangkaian kawan-kawan yang sama bidang. Paling saya tak tinggal ialah membaca buku.
Seorang tokoh pendidikan dan pakar ekonomi, mantan Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dalam setiap ucapannya menyentuh mengenai multitaskil. Saya masih ingat kata-kata beliau suatu masa bilik2 kuliah tidak akan digunakan lagi.
Saya setuju tapi ada orang tidak bersetuju. Tapi lebih sepuluh tahun sebelum itu saya sudah terlibat sebagai pengunaan Online. Saya bangunkan album online, saya aktif dengan FaceBook, Twitter, Blog, laman web, UTube, Instagram, Linkind dan banyak lagi.
Sepuluh tahun sebelum saya bersara, saya ajar rakan2 karyawan foto di UKM mengenai kepentingan album Online. Kini anda tahukan Google Drive menyediakan ruang drive dengan keluasan besar 100G dan lebih.
Kita tak perlu ada ruang kedai yang luas. Pamer saja secara Online. Tak ada kedai. Kedai hanya kat ruang tamu. Pejabat kat kamar tidur.
Malah saya lihat penyewaan ruang kecil boleh dibuat oleh kita di bandar atau di kampung2 untuk kegunaan usahawan kecil. Sewa meja dan kita boleh bawa komputer riba untuk bekerja. Mungkin perpustakaan awam di daerah mampu mengadakan sewaan begini. Pastinya ini industri baharu.
Dua tahun kita melihat beberapa kolej dan universiti kekosongan akibat SOP PKP. Sudah pasti ia akan menyebabkan kerosakan kecil kerana tidak berpenghuni. Maka ruang ini harus di gunakan untuk masyarakat. Misalnya kolej2 komuniti boleh diseqa kepada pengusaha setempat dengan kadar yang murah. Namun ia bukan satu perkara yang mudah kerana melibatkan rombakan peraturan dan terma.
Masjid dan surau juga boleh diaktifkan kerana ada masjid mempunyai ruang yang besar.
Kerjaya harus dimajukan bukan hanya tuntutan kenaikan elaun dan gaji sahaja. Kita sebagai pekerja harus mengubah inovasi.
Mungkin doktor dan petugas di hospital tidak boleh bertugas dari rumah tapi mendidik dalam media sosial salah satu kerja yang mulia. Paling tidak membuatkan kubur kita wangi.
Idea saya mungkin tidak ramai bersetuju namun percayalah jika kita membuat sesuatu ia akan memberi faedah kepada kita setelah bersara kelak. Saya sedang menikmati feadah yang dimaksudkan.
Kita cuba.
Pusat Zakat di mana-mana negeri sering ditibai oleh netizen di dalam media sosial. Yang kena tibai pastinya pegawai-pegawai pusat zakat kerana ada individu yang gagal memperoleh bantuan zakat.
Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...