Fotografi: Media Sokongan Kepada Keperluan Sebuah Muzium
Berikut merupakan kertas pembentangan saya di Program Bicara Muzium dan Warisan siri 2/2013 pada 4 disember 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM
Majlis Perasmian Kampus UKM Bangi. |
Peranan merakam gambar-gambar ini dilakukan oleh Jabatan
Penerangan Malaysia (JPM). Oleh itu banyak gambar-gambar dalam bentuk analog
disimpan oleh JPM. Namun kemudian telah diambil oleh UKM dengan wujudnya Pusat
Teknologi Pendidikan (PTP). Pengarahnya En Chan Beng Fai adalah peneraju
kerja-kerja ini dengan menggunakan filem Hitam Putih kemudian beralih kepada filem
slaid dan warna.
Dari kiri: Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang, Ekonomi dan Perniagaan dan Fakulti Sains dan Teknologi. |
Majlis Konvokesyen Pertama di Bangunan Parlimen |
UKM tidak harus melupai khidmat Jurufoto lain seperti di fakulti-fakulti
seperti, En Zainal, En Alias (Perubatan), Haji Khalil Alwi (Sains Teknologi).
Haji Midin (Pendidikan)
Ketika peringkat awal penubuhan UKM kerjaya mereka adalah Juruteknik atau Pembantu Makmal. Oleh kerana peraturan perkhidmatan waktu itu agak longgar mereka dibenarkan bekerja merakam gambar. Selepas wujud Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja fotografi.
Ketika peringkat awal penubuhan UKM kerjaya mereka adalah Juruteknik atau Pembantu Makmal. Oleh kerana peraturan perkhidmatan waktu itu agak longgar mereka dibenarkan bekerja merakam gambar. Selepas wujud Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja fotografi.
Bangunan Canselori |
Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) |
PTP melalui sejarahnya dengan pengstrukturannya apabila
pada 28 April 1982, 1 Januari 1999, 1 Januari 2003, 2008 dan 15 Julai 2013.
Pengstrukturan tersebut mengakibatkan arkib foto yang terdapat di bangunan
Penerbit harus diselamatkan.
Fotografi telah dicipta sekitar tahun 1827. Oleh itu
fotografi sendiri melalui satu perubahan yang besar dalam sejarahnya sendiri.
Bermula dengan ciptaan fotografi hitam putih, kemudian filem warna maka
inovasinya berkembang begitu hebat sehingga wujdunya teknologi fotografi
digital.
Di Malaysia, fotografi banyak digunakan oleh golongan
istana dan bangsawan untuk merakam sejarah. Oleh itu banyak melihat kalangan
ini memiliki koleksi yang berbagai. Kebetulan antara kerabat mereka menjadi
terkenal maka bukti sejarah bergambar mudah diperolehi oleh pihak muzium atau
jabatan arkib.
Kaitan rapat antara fotografi dan lukisan memang ada.
Namun dengan terciptanya fotografi media ini mampu merakam segala sejarah,
bahan, manusia dalam sifat yang sebenar.
Oleh itu dalam merekodkan bahan-bahan sejarah fotografi adalah media yang paling tepat untuk digunakan. Menghasilkan sebuah karya fotografi untuk keperluan muzium sebenarnya sama dengan menghasilkan karya untuk keperluan sains, perubatan dan kejuruteraan. Malah, segala hasil karya yang dirakam oleh bidang tersebut amat sesuai dijadikan bahan atau media di muzium.
Oleh itu dalam merekodkan bahan-bahan sejarah fotografi adalah media yang paling tepat untuk digunakan. Menghasilkan sebuah karya fotografi untuk keperluan muzium sebenarnya sama dengan menghasilkan karya untuk keperluan sains, perubatan dan kejuruteraan. Malah, segala hasil karya yang dirakam oleh bidang tersebut amat sesuai dijadikan bahan atau media di muzium.
Masji UKM dalam pembinaan |
Masjid UKM berlatar belakangkan Bandar Baru Bangi. |
Keperluan
tugasan fotografi:
1. Kamera
DSL R (Digital Single Lens Reflexs).
2. Lens
yang sesuai – Telefoto, Midium Format, Mikro
3. Flash
dan Reflektor
4. Cahaya
bantuan – Jika ingin merakam bahan artifak dengan lebih detail.
5. Filter.
1. Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflexs).
Kamera DSLR merupakan kamera yang lengkap dan tidak semestinya mahal. Kamera DSLR yang berkekuatan 10 megapiksal keatas sudah memadai. Kerana kekuatan kamera ini sudah mampu menghasilkan gambar besar. DSLR mempunyai kelengkapan untuk menambah alat-alat tambahan ketika melakukan tugasan.
2. Lens.
Keperluan
lens telephoto ialah untuk rakaman dari jauh untuk tugasan yang merbahaya. Lens
format medium untuk tugasan jarak biasa padangan mata. Manakala lens mikro untuk
tugasan merakam gambar-gambar kecil.
3. Flash dan Reflektor.
Flash
dan Reflektor perlu untuk tugasan di lapangan jika cahaya tidak cukup.
4.
Cahaya Bantuan.
Peralatan
ini perlu disediakan jika ingin merakam gambar di muzium terutamanya untuk
merakam bahan artifak agar kelihatan lebih sempurna.
5. Filter.
Filter
juga perlu disediakan dalam kes-kes untuk menghasilkan tugasan yang berseni
pada perkara—perkara yang berkaitan dengan bahan artifak.
Keperluan
bagi seorang petugas muzium ketika merakam hasil-hasil bahan artifak
ialah, beliau harus faham sedikit sebanyak teknik-teknik pengahasilan gambar
yang baik. Petugas harus faham pengendalian peralatan fotografi, perlu tahu
bagaimana menghasilkan gambar mengikut peraturan komposisi agar gambar-gambar
yang akan dihasilkan menarik disamping tepat dari segi pencahayaan, saiz bahan
dan sebagainya.
Tidak
dapat dinafikan tidak ramai orang faham kepentingan fotografi dalam sejarah. Kerana ketika masih berada di
zaman kejadian itu berlaku, semua orang akan mengabaikan bahan-bahan sejarah.
Namun bahan sejarah terutama media fotografi akan menjadi mahal selepas lima
puluh tahun kemudian.
Oleh
itu, media fotografi tidak boleh dilupuskan mengikut bahan-bahan pejabat lain
seperli fail-fail yang akan dilupuskan mengikut jangkamasa tertentu. Selagi
lama gambar itu disimpan maka lagi mahal nilainya. Beberapa cadangan ingin
disyorkan agar penyimpanan gambar-gambar
lebih terjamin dari segi mutu dan keselamatannya.
1. Mewujudkan
arkib berpusat yang diselia oleh petugas yang mahir dalam urusan arkib,
perpustakaan. Cara begini mampu menjamin dari segi keselamatan penyimpanan dan
lebih mudah ketika carian dilakukan.
2. Sebuah
server berpusat harus dibangunkan dengan jaminan keselamatan server. Manakala
penyeliaan diuruskan oleh petugas yang boleh diamanahkan.
3. Merekodkan
semula semua gambar-gambar lama khasnya bagi UKM. Ini akan menjamin kualiti,
simpanan akan terjamin selepas seseorang petugas bersara atau meninggalkan
tempat kerja atas sebab kematian atau berpindah tempat kerja.
4. Uruskan
bahan bergambar seperti sebuah perpustakaan buku. Cara begini akan menjamin
senarai penyimpanan walaupun ketika berlaku perubahan pucuk pimpinan.
5. Gambar
dari bahan fotografi boleh disimpan sehingga seratus tahun. Namun simpanan
dalam bentuk digital belum terjamin kerana perubahan perisian IT akan sentiasa
berubah.
6. Pengurus
untuk sebuah arkib gambar haruslah diambil dari orang berpengalaman dalam selok-belok muzium dan mahir dalam ilmu fotografi.
Kesimpulannya, fotografi itu ada sejarahnya yang panjang
dan menarik. Fotografi adalah pencatat sejarah yang setia seperti pensil, pen
dan mesin taip. Namun fotografi telah diambil alih oleh digital. Justeru pada
lazimnya fotografi harus diadun dengan sempurna agar peranannya akan lebih
mantap dalam usaha merealisasi keperluan muzium.
Pusat Komunikasi Korporat,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
_______________________________________________________________
Lampiran A:
_______________________________________________________________________
Lampiran B:
Jurufoto yang masih berkhidmat dengan UKM
Jurufoto yang masih berkhidmat dengan UKM
1.Rosli bin Nasir – B32, PPUKM (UiTM)
2.Hasnan bin Musa- B22 (KUP), PPUKM
3.Abd.Rahman Putra bin Mohd Yunus– B22, PPUKM
4.Noorashikin binti Yusof - B17, PPUKM (UiTM)
5.Ismail bin Ibrahim –
B27, Hejim
6.Abd Raai bin Osman – B22, PKK (IKBN Peretak)
7.Ikhwan bin Hashim – B17,PKK (IKBN Peretak)
8.Ahmad Shahiddan bin Saidi- B17, PKK (Akademi TV3)
9.Badru Nizam bin Sajadi- B22,FST (IKBN Peretak & UKM)
10.Kamarul Ariffin bin Mohd Sanusi- B17,FST (UiTM)
11.Md Yusuf bin Budin - B17, Kebudayaan
12.Sulimi bin Ismail– B17,FSSK
13.Muhammad Akmal bin Mohd Mokhtar- B17, FSSK (IKBN Peretak)
14.Jamaludin bin Saleh - B17, FPI
Ulasan