Kejaiban hutan di waktu malam
Ketika saya memberitahu nak masuk hutan pada malam 5 April lalu, muka isteri dan anak-anak berubah. Mana tidaknya selalunya saya akan bertugas di hotel, Dewan Tun Canselor, ini lain pula nak masuk hutan. Tambahan malam itu hujan baru sahaja reda.
Perasaan geli harus dibuang bagi pelajar yang mengkaji haiwan ini. |
Saya mengambil keputusan menyertai kumpulan Prof. Madya Dr Norhayati Ahmad petang itu untuk melihat bagaimana beliau bekerja menyelidik bersama-sama pelajar-pelajarnya. Bukan pensyarah lelaki, tetapi seorang wanita. Paling menarik, pelajarnya juga gadis yang berwajah ayu dan manis. Siapa yang tidak terkejut kalau diceritakan itulah kumpulan Dr Yati. Masuk hutan mencari apa? Jawab saya, mencari katak atau ular.
Malam sebenarnya adalah masa untuk berehat oleh manusia setelah penat bekerja di siang hari. Disamping berehat, kita disuruh beribadat kepada Allah. Habis untuk apa nak masuk hutan?
Sudah lama saya mencari peluang keemasan begini. Merakam gambar diwaktu malam di hutan. Kita kena akui waktu malam banyak makhluk yang tidak aktif di waktu siang akan aktif di waktu malam.
Dr Yati bukan sekadar seorang pensyarah, beliau juga cukup aktif merakam gambar. Beliau lebih suka merakam gambar hidupan liar dan fotografi dalam laut. Malam itu Dr Yati tidak membawa Nikon 3. Beliau cuma menggunakan kamera kompak.
Prof Madya Dr Norhayati Ahmad |
Hutan Simpan Kekal Bangi yang terletak di kampus UKM Bangi menjanjikan keseronokkan yang tersendiri. Di sini terdapat Hutan Pendidikan Alam (HPA) yang dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti lasak di hutan. Rintis untuk menjalankan aktiviti boleh dimasuki melalui HPA, Teras Jenang iaitu di Jalan Bangi ke Kajang.
Pengguna Leburaya Utara Selatan boleh melihat hutan ini dari arah Kuala Lumpur ke Seremban seblah kiri ke Seremban.
Istimewannya menyertai kumpulan Dr Yati ialah beliau membuat kajian mengenai katak. Justeru waktu malam katak akan aktif. Namun yang menariknya kata-katak ini agak jinak. Ini dapat dialami oleh penulis ketika merakam gambar jarang terjadi katak-katak tersebut melarikan diri. Malahan dengan menggunakan lens 60mm penulis masih mampu merakam katak itu dari jarak yang amat dekat.
Menurut Dr Yati, ketika membuat kajian mengenai kehidupan katak, penyelidik perlu melatih mata cepat mencari di mana kedudukannya. Tambahan katak-katak ini berada pada daun-daun berwarna hampir sama dengan katak. Oleh itu kaedah yang saya lihat Dr Yati melihat sinar mata katak apabila cahaya lampu suluh terkena padanya.
Seorang Jurufoto yang berminat menceburi bidang fotografi begini harus membuang perasaan takut. Soal terserempak haiwan atau serangga berbisa tidak boleh dipandang ringan. Mana tidaknya ketika menjalani penggambaran itu penulis perlu merendahkan diri dengan melutut ada kalanya duduk di lantai hutan agar memperolehi komposisi yang baik.
Pelajar Dr Yati |
Pelajar yang mengkaji serangga ranting |
serangga yang telah menyalin kulit. |
Mencari komposisi yang betul ada waktunya penulis perlu duduk di atas lantai hutan |
Ada kalanya Rashid yang menjadi pembantu Dr Yati mengingatkan saya tentang Kutu Babi (orang Kedah sebut Sekenit). Kutu babi kalau menyerang di tubuh kita pasti akan berkesan dan memerlukan rawatan di klinik. Jangan fikir lagi soal pacat atau andainya merakam gambar di kawasan paya atau sungai masalah lintah akan menjadi satu ancaman kepada kita.
Namun, syukur sepanjang tiga jam berada di Hutan Bangi masalah ini tidak timbul. Petua untuk masuk hutan perlu dipatuhi kerana andai kita cuai, bercakap besar maka kesannya sukar diceritakan.
Ulasan