Sepuluh tahun dulu abang beliau ke
Phnom Penh kerana mengikuti jemaah Tabligh. Ketika di Phnom Penh untuk
mencari makanan halal amat sukar. Setelah pulang ke tanahair mereka
sekeluarga berbincang untuk bertapak di Phnom Penh bagi membuka
perniagaan penyediaan makanan halal. Akhirnya mereka menjadi antara
usahawan Islam yang menyajikan makan makanan halal jika ada
orang-orang Islam berkunjung ke Phnom Penh.
|
Faris sedang berbincang dengan
YgBhg Prof Datuk Dr Noor Azlan |
|
Dari kiri abang. Kanan adik |
Dua
anak muda adik beradik ini telah fasih berbahasa Kemboja. Mampu hidup
senang di sana. Salah seorang abangnya mempunyai pendidikan dalam bidang
perubatan.
Menyediakan
makanan halal bukan satu perkara yang mudah. Ibu dan ayah mereka perlu
ke pasar untuk mencari bahan mentah seperti ayam dan daging. Jika
mengharapkan daripada pembekal status halalnya amat sukar. Ada juga
bahan mentah seperti gula, garam, Milo, kopi yang diimport dari
Malaysia. Ketika saya berada di sana, emak saudaranya baru tiba dari Malaysia
dan telah membawa bekalan dari tanahair.
"Kami
bukan memikirkan soal mencari keuntungan yang berlipat ganda. Tapi kami
mahu berjihat menyediakan makanan halal. Tak banyak usahawan muslim di
sini. Oleh itu pelanggan harus berhati-hati", ujar Faris.
Ahli Jawatankuasa
Khas Ekonomi (JKE) Malaysia YgBhg Datuk Prof Dr Noor Azlan Ghazali
begitu tertarik dengan usaha keluarga ini. Prof Dr Noor Azlan yang juga
Naib Canselor UKM amat berminat untuk membawa usahawan ini memberi
ceramah di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam hubungan perniagaan
kepada pelajar UKM. Prof Noor Azlan melahirkan hasrat ini ketika berada
di Phnom Penh bagi menghadiri majlis penutup Asean Youth Volunteer
Programme yang telah diadakan selama sebulan di Kemboja.
"Ketika
graduan kita sukar mendapat pekerjaan maka pengalaman ini harus
diketengahkan agar pelajar mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah mendapatkan pekerjaan" ujar Datuk Noor Azlan.
Juadah-juadah yang disediakan:
|
Kueh tradisional Kemboja |
|
Goreng pisang |
|
Kueh Pau |
|
Kueh tradisional Kemboja |
|
Bingka ubi kayu |
|
Kueh tradisional Kemboja |
|
Roti jalan |
|
Soto | | |
Ahli
Ulasan
Maaf terlewat membalas.