Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ukm

Itulah Kali Terakhir

Imej
Menjadi rutin saya apabila bangun pagi sebelum Subuh akan membuka telefon untuk melihat pesanan pada Whatsap, Facebook dan SMS. Saya berbuat demikian kerana sudah menjadi budaya sejak masih bekerja kerana nak baca jika ada pesanan segera. Setelah bersara ialah kerana nak lihat kalau ada berita penting maklumlah ada anak yang tidak tinggal bersama setelah mereka berkahwin. Lagi pula, saya pernah terjadi ada pesanan tentang kematian rakan yang lewat diketahui. Pagi tadi benar-benar mengejutkan saya apabila membaca mesej daripada Ikhwan Hashim, rakan setugas dulu. Haji Ramli Adnan telah kembali ke Rahmatollah malam tadi. Saya terkejut. Saya jadi tidak percaya. Tapi janji Allah saya tetap percaya bahawa kematian akan  berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja. Saya membuka FB. Be nar. Ramli telah tiada. Apa sakitnya, fikir saya. Saya menduga mungkin berlaku komplikasi kerana setahu saya Haji Ramli ada mengidap Diabetes dan Darah Tinggi. Mungkin. Tapi saya masih belum ...

Ismail Ibrahim yang saya kenal

Imej
Saya mengenali Haji Ismail Ibrahim (Mail) ketika beliau bertugas di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar tahun 80an. Masa tu Mail ni belum lagi berjawatan Jurufoto. Kemudian Mail naik pangkat Jurufoto gred B17 pada 7 Mei 1994 dan ditempatkan di Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM (PTP). Haji Mail (tengah) Rezekinya murah selepas itu Mail naik pangkat B27 pada tahun 2003. Walaupun pada waktu itu ramai yang datang temuduga termasuk saya rezeki menyebelahi Mail. Mail meneraju Unit Foto Penerbit selepas itu setelah ditukar nama dari PTP. Jawatan itu kosong setelah bersaranya abang Fadil.  Pada tahun 2007 saya berpindah ke Penerbit dan bertugas bersama-sama dengan Mail. Maka bermulalah siri kehidupan saya secara akrab dengan Mail yang serba boleh. Ketika di Penerbit UKM saya Mail banyak mengatur program kursus fotografi untuk staff UKM dan pihak luar. Mail ni rajin cari peluang. Dapatlah kami membimbing pelajar-pelajar dari kalangan anak-anak FELDA....

Usahawan muslim berjihat di Phnom Penh, Kemboja

Imej
Sepuluh tahun dulu abang beliau ke Phnom Penh kerana mengikuti jemaah Tabligh. Ketika di Phnom Penh untuk mencari makanan halal amat sukar. Setelah pulang ke tanahair mereka sekeluarga berbincang untuk bertapak di Phnom Penh bagi membuka perniagaan penyediaan makanan halal. Akhirnya mereka menjadi antara usahawan Islam yang menyajikan makan makanan halal jika ada orang-orang Islam berkunjung ke Phnom Penh.  Faris sedang berbincang dengan YgBhg Prof Datuk Dr Noor Azlan Dari kiri abang. Kanan adik  Dua anak muda adik beradik ini telah fasih berbahasa Kemboja. Mampu hidup senang di sana. Salah seorang abangnya mempunyai pendidikan dalam bidang perubatan. Menyediakan makanan halal bukan satu perkara yang mudah. Ibu dan ayah mereka perlu ke pasar untuk mencari bahan mentah seperti ayam dan daging. Jika mengharapkan daripada pembekal status halalnya amat sukar. Ada juga bahan mentah seperti gula, garam, Milo, kopi yang diimport dari Malaysia. Ketika sa...

Gempur Wira di Mempaga 2014

Imej
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina. 8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16. Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh. Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan pe...

Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari kaca mata seorang Jurufoto

Imej
Apabila setiap kali Pegawai Khas Naib Canselor UKM menelefon saya, maka saya sudah menganggak pasti Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin perlu sesuatu yang berkaitan dengan gambar. Cik Azimah Dato Mahmud begitu bijak menurunkan tekanan saya apabila memulakan bicara dengan bertanya, "En Raai sibuk?......"  Saya sebenarnya bukan Jurufoto khas kepada Naib Canselor (NC). Namun saya dan rakan-rakan jurufoto merupakan petugas yang sering merakam gambar apa sahaja aktiviti NC di UKM melainkan keluar negara! Sepanjang merakam atau bertugas di majlis yang NC hadir saya dapat melihat secara dekat persenaliti beliau. Malah saya dapat melihat karisma beliau sebagai NC wanita pertama di UKM. Oleh kerana staff UKM amat ramai, pastinya nama saya tidak dihafal oleh beliau. Namun kalau beliau meminta Jurufoto, pastinya saya yang dipanggil. Pernah saya duduk sebelah beliau kerana menyediakan gambar untuk taklimat lawatan Raja Muda Perak. Oleh kerana Tan Sri henda...