Emosi di Majlis Konvokesyen


Dengan sekeping ijazah sudah tentu graduan mengharapkan dapat
mengubah masa depan yang gemilang


Ayah dan Bonda mana yang tidak gembira dengan kejayaan gemilang anaknya?

*Nur Najwa binti Abdul Rahman bersama ayah dan bonda meraikan
kejayaannya kerana menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (APD)
di Majlis Konvokesyen UKM Ke-37 pada 17 Ogos.



Pelajar Sekolah Menengah Teknik Rembau Negeri Sembilan ini datang ke UKM
semata-mata ingin melihat suasana majlis konvokesyen demi meningkatkan semagat
mereka untuk cemerlang dalam bidang pelajaran.


Bulan Ogos merupakan bulan majlis konvokesyen di kebanyakan IPTA mahupun IPTS. Kebanyakan IPT akan meraikan graduannya dengan cara tersendiri. Sudah pasti kebanyakan IPT akan mengadakan pesta konvo bagi memeriahkan majlis konvokesyen. Pengurusan atasan kebanyakan IPT akan mengadakan berbagai cara untuk mempromosikan kehebatan IPT mereka yang sudah tentunya masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya turut bersama dengan warga kampus meraikan graduan dengan cara saya. Sudah tentunya sebagai jurufoto tugasan utama ialah merakam apa saja yang berlaku disepanjang majlis konvo itu. Tahun ini UKM mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-37 bermula pada 15 hingga 19 Ogos (hari ini).

Masih meriahkah majlis konvo? Itu satu persoalan yang tertanam dihati sesiapa juga. Bagi kami sebagai petugas majlis konvo tidak lebih dari sebahagian tugas yang perlu dilaksanakan. Buat saya konvo adalah satu acara yang diumpamakan kenduri besar di UKM. Kami menyambut tetamu dengan peraturan tertentu. Sudah pastinya majlis ini diserikan dengan aneka fesyen oleh pegawai UKM mahupun graduan.

Majlis konvo mempunyai mesej yang berbagai. Perasaan gembira sudah tentunya menjadi emosi utama dalam memperkatakan hal ini. Ayah mana, ibu mana yang tidak gembira datang ke Dewan Canselor untuk melihat upacara penyampaian ijazah untuk anaknya. Mereka sudah banyak mengorbankan harta benda untuk agenda memberikan pelajaran kepada anak-anak. Biarpun mereka datang untuk hanya menerima sekeping ijazah yang sebenarnya boleh diambil di pejabat akademik diluar majlis konvo, namun menerima ijazah tersebut (biarpun didalam scrolnya kosong atas sebab-sebab keselamatan)daripada Canselor, Pro Canselor adalah lebih bermakna. Tambahan semasa menerima anugerah itu gambar akan dirakam, dan ianya akan menjadi bukti sejarah kepada anak-anak disatu masa kelak.

Berada di barisan depan semasa majlis konvo saya berpeluang melihat bagaimana ada ibu bapa yang tanpa menyedari mereka mengalirkan air mata syukur. Emosi mereka yang telah puas kerana melahirkan anak cemerlang dan mampu membina masa depan gemilang. Usah difikirkan dengan apa mereka datang samada dengan kenderaan sendiri, atau kenderaan awam namun untuk melahirkan rasa gembira mereka sanggup berkorban.

Tambahan seandainya anak mereka menjadi graduan cemerlang dan menerima anugerah istimewa sudah tentulah akan menjadi satu sejarah yang manis dalam kehidupan ayah dan bonda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah