Indonesia...saya datang

Ketika Pengarah (bos saya) memberitahu perlu ke Jakarta saya tergamam seketika. Cik Ann yang menguruskan jadual kerja berubah air muka sambil berkata " En Raai minta saya kosongkan jadualnya untuk setiap Sabtu dan Ahad....). Namun setelah Pengarah kata pergi Rabu balik Jumaat maka saya kata "Ok saya boleh pergi". Datin faham masalah saya menjelang majlis walimatulurus puteri kedua pada 6 Disember 2015.

Baru tiga lepas saya ke Kemboja. Kini harus ke Indonesia khususnya ke Jakarta sebuah kota hebat. Ada apa di sana? Ya..... saya mempunyai misi hebat di sana dengan membawa tugas UKM khasnya dan negara amnya. UKM mengadakan MOU bersama 16 buah institusi pengajian tinggi Indonesia.

Rakyat Indonesia memiliki kehebatan yang tersendiri. Maaf jika saya memuji kerana kali pertama kali ke sana inilah yang saya tonton. Mereka memiliki jati diri tersendiri. Tidak mengapa jika anda mengandaikan berbeza daripada saya. Tapi inilah hakikat yang harus saya nukilkan. Saya pergi membawa misi UKM. Tambahan saya staff komunikasi korporat, oleh itu harus meluahkan yang nyata.

Ketika masuk bilik air di lapangan terbang Soekarno Hatta seorang pekerja pencucian menyambut dengan mesra seolah-olah pelayan restoran. Ini satu perkenalan yang baik. Saya selesa dengan layanan begini maklumlah dengan keperluan yang terdesak ada orang melayan dengan baik.....

"Bapak dari Malaysia?"
"Ya, sudah pernah ke sana?"
"Belum pak, gak ada ongkos .....anak ramai harus dibiayai. Seorang di pesenteran (sekolah agama/pondok)." Syukur bisik hati saya. Bagus bapa ini...Ilmu dunia akhirat diutamakan walaupun dia hanya pekerja pencucian bilik air.

Sesampai di hotel sewaktu daftar masuk saya dikejutkan dengan kos bayaran harus membayar tiga juta. Memanglah sering rakan-rakan berkata kalau nak jadi jutawan pergilah Indonesia. Mendengar tiga juta, muka saya berubah. Namun pekerja hotel seperti faham saya kurang faham dengan wang rupiah maka beliau membantu mengecam wang tersebut. Seperti sedia maklum penggunaan jutaan atau ribuan rupiah adalah lumrah di Indonesia.

Inilah yang sering disebut orang, luas perjalanan banyak pandangan. Kali ini saya mulai mengenali negara orang. Jika sebelum ini saya mengenali Singapura, Kemboja dengan Dolar. Manakala Brunai dengan ringgitnya. Selama tiga hari di Jakarta saya menjadi jutawan.

Sebagai lelaki untuk membeli belah memanglah bukan agenda utama saya. Namun ketika dua orang rakan, seorang wartawan UKM dan seorang wartawan NST, saya hanya melihat dengan bingung kerana jumlah wangnya membuat saya khuatir dompet menjadi kosong. Tapi hati membuak-buak untuk mencari buah tangan kepada isteri dan anak-anak. akhirnya hari kedua saya tewas juga ketika di kompleks membeli belah Tanah Abang saya beli juga sedikit buah tangan. Tapi masih berwaspada agar wang belanja kawin puteri saya tidak hangus! 

    

Apa yang saya perolehi selama tiga hari di Jakarta. Sebagai jurufoto saya tidak banyak membawa balik gambar-gambar hobi kerana tujuan utama ke sana adalah merakam majlis MOU. Saya memperolehi kemesraan. 

Seperti kita sedia maklum, menggunakan bahasa di sana perlu berhati-hati kerana khuatir disalah ertikan oleh orang Indonesia. Lazimnya saya jadi kurang ramah. Saya hanya ramah dengan ahli rombongan. Kerana ramah dengan ahli rombongan terjadilah apabila dalam perbualan kami terlupa berada di Jakarta ketika dalam teksi. Dalam teksi tersebut saya berbual dengan Penasihat Undang-Undang UKM dan wartawan UKM dalam loghat utara kerana kami berasal dari Kedah dan Perlis. Akhirnya pemandu teksi membawa kami di laluan yang jauh, dan kena bayar tambah dua kali ganda! Pemandu teksi ini bukan menipu, tetapi kesempatan yang ada menguntungkan beliau.


Lihat video yang berkaitan 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah