Petikan Dari Portal Berita UKM
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak
Dari Portal Berita UKM
Isnin, 14 April 2014 08:37
oleh Abdul Raai bin Osman
foto Abdul Raai bin Osman
foto Abdul Raai bin Osman
MUAR, 5
Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan
Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor
Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab
Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini.
Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu.
Beliau
berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik
dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain.
Latihan
menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan
harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota
Suksis yang menyertai latihan menembak itu akan memahami beberapa syarat
dan kehendak dalam perkhidmatan polis.
Latihan
menembak itu berlangsung selama tiga hari dan telah memberi peluang
kepada mereka memahirkan diri dalam penggunaan senapang M16 dan pistol.
Kursus
menembak itu adalah sebahagian daripada program yang akan dilalui
anggota Suksis termasuk Kursus Suai kenal, Kursus PGA, Kursus Merin,
Pertolongan Cemas, Kursus Etika, Kursus Kepimpinan dan program lawatan
ke beberapa lokasi Polis Diraja Malaysia (PGRM) dan Pusat Latihan Unit
Simpanan Persekutuan (FRU).
Pegawai
Latihan di Markas Suksis UKM, Inspektor Roslan bin Yunus, berkata
anggota Suksis juga menjalani kursus asas undang-undang Malaysia.
Beliau
memuji anggota Suksis kerana memiliki semangat tinggi sepanjang
menyertainya. Pelajar-pelajar yang menyertai pasukan Suksis akan
ditauliahkan sebagai pegawai berpangkat Inspektor setelah tamat latihan
selama tiga tahun di UKM. Mereka yang berminat boleh meneruskan khidmat
dalam pasukan polis sama ada sebagai pegawai tetap atau sukarelawan.
Beliau
berharap akan ada anggota alumni mahu pun pelajar UKM yang pernah
menganggotai Suksis dapat kembali menjadi anggota sukarelawan setelah
tamat atau pun ketika mereka menyambung pengajian di peringkat pasca
siswazah.
Ulasan