Jurufoto adalah muzium bergerak
Saya baru berbual-bual dengan
mantan wartawan sebauh akhbar perdana yang
kini bekerja di Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI). Setelah saya memperkenalkan diri sebagai Jurufoto,
beliau langsung berkata “tahu tak,
Jurufoto ni umpama muzium bergerak?”. Oleh kerana istilah itu saya dengar
untuk pertama kali, lantas saya hanya menggelengkan kepala.
“Jurufoto ni hendaklah menyimpan
dengan sempurna segala bahan gambar yang pernah dirakam”, sambung rakan itu dalam slang Kelantannya. Saya
menganggukkan kepala tanda setuju seratus peratus.
“Jangan dibuang, jangan di5Skan
bahan itu. Bahan ini akan menjadi sejarah suatu masa nanti”, tekan beliau.
Topik ini ada kesinambungan
dengan perbualan saya dengan seorang rakan Jurufoto sebuah akhbar perdana
sebelum ini. Beliau juga kesal apabila banyak hasil karyanya tidak disimpan.
Bila ada peluang untuk menulis atau mengajar dalam bidang fotografi, bahan
berasaskan foto tiada.
Gambar tahun 1980 |
Gambar tahun 1980 |
Sebagai orang lama dalam bidang
fotografi sebenarnya perbincangan ini jarang terjadi dikalangan Jurufoto. Ramai
hanya berbincang topik kamera yang baru dibeli, alat tambahan dan harga gambar
untuk pelanggan. Kita jarang membicara bahan kerana ada masanya kita hanya
membuang sahaja atas dasar bimbang hakcipta dicuri, disabotaj atau atas dasar
kepentingan pelanggan kuatir menjadi bahan fitnah terutamanya yang melibatkan
individu ternama.
Dasar 5S bagus. Cuma pada hemat
saya, membuang tanpa melihat kepentingan bahan itu amat menyedihkan. Kerana ada
ketikanya bahan lama akan digunakan semula disuatu masa nanti.
Sepanjang saya terlibat mengajar dan
menulis dalam bidang fotografi, bahan-bahan gambar lama amat diperlukan.
Gambar-gambar hitam putih, negatif dan slide dari media filem masih saya simpan
hingga ke hari ini. Begitu juga jika anda kamera lama ia boleh dijadikan bahan
pameran dan pengajaran pada masa hadapan. Banyangkan kamera digital pertama
saya masih boleh ditunjukkan ketika memberi kuliah.
Usaha Jabatan Penerangan Malaysia
harus disanjung kerana kaedah penyimpanann gambar begitu kemas dan teratur.
Banyak bahan-bahan sejarah tersimpan di sana. Adalah menjadi harapan saya akan
ada organisasi lain boleh belajar dan mencontohi kaedah penyimpanan di sana.
Kampus utama UKM ketika dalam pembinaan disekitar tahun 1970an |
Ulasan