Lata Jarum, Hulu Dong
Kemudahan Chalet |
Kegiatan berkumpulan oleh penyelidik dari UKM |
Pengunjung yang inginkan suasana kampung, Hulu Dong adalah tempatnya. Banyak Homestay di sini. Malahan begitu murah dan berpatutan.
Menurut Pengawas Hutan di Lata Jarum, En Mohd Shukri, di Daerah Raub terdapat banyak lata yang mempunyai cirri-ciri air terjun dan aktiviti lasak. Lata tersebut ialah, Lata Jarum,Lata Lembik Ulu Sungai, Lata Berembun Sg. Chalit, Jeriau Bukit Fraser. Semua tempat-tempat tersebut dikunjungi orang ramai. Cuma Lata Jarum sahaja yang dikunjungi oleh semua golongan masyarakat.
Air yang jernih dan bersih sesuai untuk bermandi manda |
Di Lata Jarum terdapat kemudahan awam yang mencukupi seperti bilik air dan surau yang telah didirikan oleh Jabatan Hutan Daerah Raub telah memikat hati pengunjung dari Raub sendiri dan daerah-daerah lain.
Bunga Patma atau Rafflesia merupakan tarikan yang terdapat di sini. Prof Dr Jumaat Adam kini menjadikan Lata Jarum sebagai tempat kajian bunga tersebut. Manakala sebelum ini Allahyarham Prof. Dr. Kamarudin Salleh pernah membuat kajian disini. Namun menurut rekod Jabatan Hutan Pahang, Raub , ketika Allahyarham datang membuat kajian tanpa melalui jabatan hutan. Walaupun begitu, hasil kajian tersebut telah membawa kepada publisiti kepada Lata Jarum.
Masyarakat di sekitar Hulu Dong menyambut baik usaha membangunkan Lata Jarum, namun harapan mereka agar ciri-ciri keaslian biarlah dikekalkan. Mereka masih mahu nilai-nilai kampung tidak diragut oleh kemasukkan pengunjung luar.
Beberapa perkara yang harus diusahakan jika mahu Lata Jarum dikekalkan dengan keasliannya ialah dari aspek pembuangan sampah ke dalam sungai harus dielakkan. Kerana tabiat ini lama kelamaan akan mengikis keindahan sungai itu sendiri.
Hulu Dong dan sekitarnya mampu memberikan keselesaan kepada pengunjung kerana ia terletak di jalan utama ke Kelantan. Justeru membangun chalet-chalet yang selesa akan memberikan faedah kepada pengunjung dan pengusaha industri itu sendiri.
Lagi artikel yang berkaitan:
Chalet Haji Mustaffa
Luahan perasan saintis
Sungai kering di hulu
Lata Jarum
Abang Ismail
Jafry dan lukisannya
Hidup tanpa menggunakan wang
Lagi artikel yang berkaitan:
Chalet Haji Mustaffa
Luahan perasan saintis
Sungai kering di hulu
Lata Jarum
Abang Ismail
Jafry dan lukisannya
Hidup tanpa menggunakan wang
Ulasan