Boleh jadi kayakah dengan hanya seringgit? (RM1.00)
Ramai tidak pernah memikirkan bersedekah (menderma)
seringgit mampu menjadi kaya. Bunyinya pelik namun jika itu rezeki kita pastinya akan menjadi
kenyataan.
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi
sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang
dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari
Anas r.a. (petikan https://rahsiasedekah.wordpress.com/bersedekah-menyebabkan-kita-kaya/).
Sebab itulah ada orang tidak pernah
berkira untuk menggunakan harta bagi
tujuan bersedekah. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar
seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat
amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya
setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan
melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang
mudah: (petikan https://rahsiasedekah.wordpress.com/bersedekah-menyebabkan-kita-kaya/).
Saya
mengenali Nordin pada tahun lepas (2016) ketika Universiti Kebangsaan Malaysia
membawa beliau ke kampus induk di Bangi ketika sambutan 46 tahun UKM. Orangnya
biasa-biasa sahaja. Bukan orang besar. Tetapi UKM mengangkat Nordin sama taraf
dengan Profesor di universiti tersohor ini.
Kak Zaharah (kiri sekali) isteri yang menjadi teman setia En. Nordin. Kanan sekali Haji. Abd . Razak Hussin, Pendaftar UKM. |
Siapa
Nordin? Sebenarnya ramai warga UKM tidak mengenali Nordin. Beliau bukanlah
pesara UKM tetapi seorang lelaki biasa yang tinggal di Seberang Takir, Terengganu. Tetapi nama
Nordin menjadi sebutan di UKM. Nordin ditemui ketika misi mencari Nordin diadakan
Nordin@Ahmad Tahir Pada 1968,
Nordin berusia 13 tahun, pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Seberang Takir,
Terengganu. Penghujung 1960-an adalah tahun pecutan bagi penubuhan UKM.
Jawatankuasa Penubuhan UKM dibentuk dan ramai yang terlibat untuk kempen dan
advokasi. Mereka bergerak ke seluruh negara mengutip dana sebagai bukti
sokongan dan dukungan rakyat terhadap gagasan penubuhan sebuah universiti
beraspirasi kebangsaan.
Dalam keadaan masyarakat
yang umumnya miskin, termasuk keluarga Nordin, mereka berjiwa besar dengan
mengorbankan apa yang dimiliki semata-mata untuk turut serta membina sesuatu
yang baik buat masa depan generasi mereka. Lalu, Nordin mengumpul wang saku
hariannya ke sekolah, mencukupkan jumlahnya menjadi RM1 dan mendermakannya
kepada Tabung Penubuhan UKM.
Kisah remaja bernama Nordin itu cukup menarik. Sehingga awal Mei
2016, Nordin tidak pernah tahu bahawa kisahnya dipaparkan dalam akhbar pada 4
Disember 1968. Hanya apabila UKM mencari beliau, barulah dia menge-tahuinya.
Sebagai menyatakan penghargaan, UKM mengundang Nordin dan isteri hadir ke
majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun UKM ke-46 pada 20 Mei 2016.
(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kelangsungan-ukm-dan-semangat-nordin-1.334161#ixzz4craLriV3
© Utusan Melayu (M) Bhd )
Begitulah
kisah Nordin yang telah diangkat menjadi orang penting di UKM. Warga Malaysia
dan UKM harus mengambil kisah ini untuk menjadi pengajaran berharga. Nordin
sendiri sebenarnya tidak pernah terfikir untuk mendapat penghargaan sebegini rupa. Dalam perjalanan kehidupannya pasti nordin akan bersyukur kerana Allah
telah memberi rahmat begitu hebat kepada beliau.
"UKM sentiasa mengenang sumbangan seringgit abang Nordin untuk tabung penubuhan UKM", kata YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM |
Usah
pertikai kenapa nama Nordin menjadi sebutan di UKM. Tetapi ambillah pengajaran
bahawa ketika UKM hendak dibangunkan banyak keringat dan air mata terbit dari
rakyat Malaysia. UKM satu universiti yang lahir hasil cetusan desakan semangat
kebangsaan. Kalau tidak, mana mungkin Nordin menyahut cabaran menyumbang
seringit untuk tabung penubuhan UKM. Saya terharu.
Insyaallah
jika tiada aral melintang Nordin akan menunaikan fardu haji atas sumbangan UKM.
Nordin muncul ketika era UKM memerlukan sumbangan warganya. Pengurangan bajet
kepada banyak agensi kerajaan termasuk UKM memberi rahmat kepada kita untuk
berbakti dengan melakukan sumbangan yang sepatutnya. Misalnya UKM sedang
mengumpul dana menaik taraf masjidnya. Inilah masanya kita berbakti biarpun
hanya RM10!
Usah
pertikaikan apa yang kita akan perolehi, tetapi doakan agar sumbangan kita
dibalas oleh Allah pada waktu-waktu tentu di masa hadapan. UKM akan menyambut
ulangtahun ke-47 tahun ini oleh itu dalam memartabatkan universiti ke persada
antarabangsa maka pengorbanan kita dituntut dalam apa jua bentuk.
***Rencana ini saya terbit sempena menjelangnya sambutan UKM ke-47 pada 18 Mei 2017.
Oleh: Abd Raai Osman.
***Rencana ini saya terbit sempena menjelangnya sambutan UKM ke-47 pada 18 Mei 2017.
Oleh: Abd Raai Osman.
Ulasan