Misi udara UKM 21.11.2012

20 November 2012-Cik Azimah Mahmud Pegawai Khas Tan Seri Naib Canselor membuat panggilan meminta saya datang ke lokasi bencana berhampiran FSSK. Sepuluh minit kemudian saya tiba berhampiran lokasi, Cik Azimah memberitahu bahawa Naib Canselor telah sampai di lokasi FST. Lima minit kemudian saya tiba di kawasan kompleks baru FST .

Ketika memberi salam kepada Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin beliau berkata, "lepas ni naik heli rakam gambar kawasan dari udara". Akur dengan arahan Naib Canselor itu. Oleh kerana seharian pada hari Isnin 20 November itu cuaca mendung dan hujan maka misi tersebut ditangguhkan. Rombongan Naib Canselor bersama kumpulan jurutera hanya membuat tinjaun darah sahaja.

Disebelah petang kira-kira pukul 4 petang Tuan Haji Zanudin Daud pegawai kanan Tan Sri memberitahu menerusi panggilan telefon bahawa esok 21 November Misi Udara akan berlepas pukul 10.00 pagi di Dataran Gemilang UKM.



21 November 2012 saya tiba di Dataran Gemilang 9.30 pagi. Kawasan Dataran Gemilang dikawal oleh pengawal keselamatan agar tidak diletakkan kenderaan di kawsan lapang tempat helikopter akan mendarat. Sekumpulan pasukan penyelidik telah tiba. Prof. Madya Dr Tajul dan beberapa orang penyelidik lain telah tiba termasuk Tuan Haji Zanudin, Prof Dr Kamruddin. Saya dan krew video telah siap sedia untuk misi udara 21.11.12 itu. Pendaratan helikopter ditunda kerana berlaku penukaran Kapten.

11.15 helikopter mendarat dan kapten mematikan enjin  dan memberikan taklimat keselamatan kepada bakal penumpangnya. Kami diberikan taklimat bagaimana jika berlaku kecemasan. Kapten juga memberitahu bagaimana cara duduk di tepi pintu helikopter dan menggunakan tali pinggang khas untuk penumpang yang ingin duduk di kawasan pintu terbuka.

Saya sebenarnya membuat keputusan untuk duduk di kawasan pintu terbuka dan Kamarul (krew video duduk di hadapan bersama pilot. Namun kerana Prof Madya Dr Tajul mahu duduk di kawasan tersebut maka saya mengalah. Akhirnya saya tidak dapat merakam kawasan lokasi tanah runtuh. 
Kanan, Haji Ismail Ibrahim.



Bos saya, Prof Dr Kamaruddin M Said.

Foto oleh: Zanuddin Daud.

Saya dan pasukan penyedikan

Semua foto oleh: Ismail Ibrahim. Kecuali yang ditanda.


Namun di penerbangan kedua saya membuat keputusan untuk terbang sekali lagi. Kali ini saya mengambil tempat duduk di sebelah pintu terbuka. Saya duduk di lantai helikopter dan berjuntai kaki dengan mengikat pinggang dengan tali pinggang khas. Masyaallah, Allah sahaja yang tahu debaran saya. Mahu saja membatalkan duduk di lantai helikopter sebelum kapten menerbangkan helinya.

Demi keselamatan, radio helikpoter saya pasang kemas bagi memudahkan perhubungan dengan Kapten. Ketika helikopter memulakan penerbangan, saya merasakan tubuh saya dibuai seperti naik buaian. Saya berpesan kepada diri sendiri bahawa penerbangan ini bukan misi makan angin. Ia adalah tugas penting untuk UKM. Ketua saya, Prof Dr Kamarudddin berada di depan bersama Kapten, Haji Ismail ketua Jurufoto berada di belakang Kapten. Manakala seorang pensyarah ditengah.

Oleh kerana ini adalah kali ketiga saya terbang dengan helikopter (pertama diawal tahun 1980an), kedua setengah jam tadi maka perasaan fobia saya telah hilang. Saya kagum dan terpesona dengan pemandangan dari udara sejauh mata memandang.

Sebagai Jurufoto, saya harus selesaikan tugas merakam lokasi tanah runtuh. Saya ,menggunakan kamera DSL dengan lens 55-17mm sahaja. Lens saya letakkan filter PL dan memastikan Shutter Speed 1/1000. Meletakkan ISO yang agak tinggi memudahkan saya menghilangkan gegaran helikopter. Paling penting gayat saya telah tiada biarpun helikopter terbang tinggi. Kapten memberikan kerjasama yang baik sekali. Saya masih mampu menerangkan kepada Kapten mengenai UKM, Kelab Golf Danau, Permata Pintar. Kapten pula berkata "luas juga UKM ni ye?"

Misi hampir dua jam selesai. Saya fikir sebagai Jurufoto, ini adalah antara pengalaman menarik dan puas selain pengalaman menembank menggunakan M-16 dan GPMG (General Purpose Machine Gun) pada 15 dan 16 November lepas.

Menariknya ketua saya tergamam apabila saya mengambil keputusan duduk di lantai helikopter dan pintu terbuka. Mana tidaknya tahun lepas, saya tenggelam di Sungai  Kuala Tahan, Taman Negara. Saya pernah terjatuh di Langkawi pada tahun 2011. Sebenarnya semua insiden itu membuatkan saya berwaspada. Sebab tugas seumpama ini mempunyai resiko yang tinggi.

Di rumah malam itu selepas balik ke rumah, anak-anak saya menjerit apabila melihat saya diikat di pintu helikpter. Manakala isteri saya pucat kerana beliau hanya tahu saya naik heli sahaja dan tidak sangka apa yang saya lakukan walaupun resikonya tinggi.

Pesan saya kepada anak-anak muda yang berminat dalam bidang foto udara ianya menarik dan mencabar. Kena cuba kerana permintaannya menarik. Sekali kita cuba maka sekali lagi kita akan ketagih. Apa-apa pun ia bukan penerbangan makan angin.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah