Brunei: Mimpi menjadi nyata





Album gambar-gambar terpilih praktikal peserta kursus

Tiga puluh tahun (1979) dulu saya memilih menjadi Jurufoto UKM. Merangkak belajar dan mencari pengalaman dalam keadaan penuh azab. Dua belas tahun lalu (2007) saya mengambil tindakan nekad untuk menjadi tenaga pengajar sambilan kursus seni foto di UKM. Empat tahun lalu (2005) ketika En Fadil dari UKM Holding menelefon saya bertanya untuk mengendalikan kursus Fotografi Siasatan saya terima tawarannya.

6 Jun 2009 lalu saya melangsungkan khidmat saya untuk TEA UKM Holding ke Brunei bagi membantu ISMS Brunei menganjurkan Bengkel Fotografi Digital pada 7 Jun. Setibanya saya dan Puan Ong (dari TEA UKM Holding) di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Sri Begawan, kami telah dijemput oleh Sdra Amir Abdullah bersama rakan sejawatnya. Amir mudah mengecam saya kerana beliau pernah meilaht wajah saya di laman web Alam Senifoto .

"Kami kena bawa U all makan di satu tempat untuk diner. Kalau terus ke hotel, jalan sedang sesak. Ada majlis kenduri kawin", terang Amir. Menariknya dalam perbualan kami, Amir akan mendaftar menjadi pelajar sarjana di FST UKM melangsungkan pengajian dalam bidang sumber alam.

Di sebuah sebuah coffee house saya dipertemukan dengan Puan Rasidah Mahmud dan suaminya Pengiran Tuah. Sambil-sambil makan malam kami berbual berbagai topik. Termasuklah keadaan di Brunei yang saya lihat begitu damai pada malam minggu.

"Di sini tiada Mat Rempit, peragut. Kadar jenayah di sini rendah", ujar Pengiran Tuah.

Benar seperti kata Pengiran Tuah, saya dapati tiada motorsikal seperti di negara kita. Malam minggu di Brunei berjalan cukup selesa.

Brunei bukan asing bagi warga Malaysia. Malahan Brunei bersempadankan dua negeri Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Justeru ketika berada di Brunei saya tidak merasa kekok. Tambahan saya pernah ke Sabah. Malahan pada 8 hingga 12 April lepas saya pernah ke Labuan. Bezanya Brunei luar negara. Masalah masa tidak menjadi kekok pada saya. Mana tidaknya jam 4 pagi perlu bangun untuk solat Subuh. Pada hal di Bangi jam 5 pagi.

Memberi ceramah untuk photographer tidak sukar kerana mereka orang melayu yang boleh berbahasa melayu. Cuma terdapat seorang peserta yang perlu saya bantu dengan menggunakan bahasa English.

Kebanyakan photographer di Brunei saya harus dibantu untuk meningkatkan hubungan mereka dengan mengadkan forum seperti meningkat network mereka. Oleh itu peserta seramai 31 orang itu harus saya tekankan dengan perkongsian ilmu. Mereka datang dari latar belakang kerjaya yang berbeza. Malahan terdapat seorang photographer surat khabar, Jabatan Penerangan Brunei.

Oleh kerana komuniti mereka yang kecil maka persatuan pada saya adalah salah satu aspek yang perlu ditekankan.

Hasilnya disebelah petang saya bawa mereka melakukan amali di luar hotel (5 bintang). Mereka berkumpul dalam 5 kumpulan. Kesannya apabila membentangkan hasil karya, semua peserta mampu membuat komen keatas hasil kerja rakan-rakan lain.

Untuk membandingkan photographer Brunei dengan Malaysia adalah tidak adil kerana di Malaysia kita memiliki ramai penduduk dari banyak negeri. Justeru di Malaysia boleh membangunkan idea dari sejuta photographer mungkin. itu belum dijumlah dari bangsa yang kita miliki seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Maka sudah tentu memiliki jutaan photographer akan menghasilkan idea yang berjuta juga!

Saya bersyukur, ketika di Brunei saya mampu membawa semua peserta dengan beberapa idea dan gagasan untuk memajukan hasil karya mereka. Andai mereka tidak memiliki subjek yang menarik, sudah tentu Sabah dan Sarawak adalah pilihan lokasi yang terbaik. Malahan menurut mereka untuk ke Miri tidak sejauh mana.

Berada di Brunei untuk sehari sahaja tidak cukup, namun sudah memadai untuk saya membantu photographer Brunei mencapai tahap kualiti yang dikehendaki dan hasilnya mereka memperolehi sijil dari UKM melalui UKM Holding yang banyak menawarkan kursus-kursus jangka pendek.

Setiba saya di Bangi, Selangor, Malaysia, saya masih bertanya-tanya dalam hati betulkah saya sudah sampai di Brunei. Namun malam ini saya agak teruja temuramah The Brunei Times dengan saya telah tersiar dalam akhbar tersebut. Saya dapat membacanya dalam The Brunei Times online.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah