12 Disember 2021

Pusat Zakat Lemah

 


Pusat Zakat di mana-mana negeri sering ditibai oleh netizen di dalam media sosial. Yang kena tibai pastinya pegawai-pegawai pusat zakat kerana ada individu yang gagal memperoleh bantuan zakat.

Saya bawa beberapa kisah yang harus menjadikan kita berfikir untuk sejenak di hujung minggu ini.
1. Seorang pemandu Grab membawa saya pulang ke rumah dari pusat dialisis memandu Alfat. Katanya dapat duit pampasan beli kereta buat Grab. Saya tanya dia zakat bayar tak? Dia kata kena bayar ke?
2. Seorang pemandu Grab dengan bangga berkata kalau dia rajin kerja hingga jam 12 tengah malam sehari boleh dapat RM400 hingga RM600. Saya kata kat dia kena bayar zakat tu. Dia terpelahan keretanya. Mungkin terangkat minyak terkejut.
3. Berapa ramai yang membayar zakat pampasan, zakat KWSP setelah bersara. Setelah dibersarakan?
4. Di katil hospital seorang wanita Cina berkata kat saya "Melayu senang maaa...Dialisis zakat bayar ooooo".
5. Dua tahun ini saya setiap tiga kali seminggu selepas Subuh buat Dialisis. Sebelum gomen bayar saya kena bayar terlebih dahulu sebanyak RM230 sehari. Seminggu?, sebulan? Yang pandai kiralah.
Mesin yang mencuci darah saya disumbang oleh PPZ Selangor.
6. Di sebelah saya ada pesakit setiap pagi menghulur MayKad untuk membuat claim dari pusat zakat. Rupanya hampir 80% kat pusat Dialisis saya dibiayai oleh PPZ, Insuran, Socso.
7. Di taman saya hampir 20 orang asnaf dapat bantuan zakat bulanan. Malah kata pembantu amil kawan saya, itu pun ada suami bersembunyi dia miskin tak mahu terima tapi bila tanya isteri, sebenarnya mereka layak terima zakat.
8. Tahukah kita universiti yang berada di Selangor dibiayai oleh PPZ Selangor. Lihat di unit zakat universiti ramai yang berbaris menghantar permohonan. 50% dari kutipan zakat universiti tersebut dipulangkan kepada asnaf yang layak (warga pelajar, kakitangan miskin). Yang ini ramai tak tahu....
Kenapa saya menulis kisah zakat? Sebab saya antara pembayar zakat bulanan semasa bekerja dulu (terpaksa bagitau juga). Jika saya membiarkan PPZ ditibai oleh orang ramai maka saya membiarkan mereka membantai PPZ dan pembayar zakat
Kita banyak merungut apabila ada penyelewangan. Ketika tak dapat bantuan zakat. Baik, ketika kita mampu adakah kita membayar di mana hanya 2.5%. Kita pakai emas lebih 80 gram apakah kita bayar zakat? Setiap tahun amanah saham bayar dividen kita bayar tak zakat 65% dari deviden itu.
Bab layak bayar zakat tak semua orang tanya PPZ tapi bab layak bantaun semua orang bising.
Ingat macam nilah wahai sahabat, "ketika berangan nak kaya BERSEDEKAHLAH, ketika dah kaya BERZAKATLAH. Ketika ingin nak kaya di akhirat BERWAKAFLAH".

06 Disember 2021

Dua Tahun Di Pusat Dialisis

6 Disember 2021 yang lalu telah dua tahun saya hidup sebagai pesakit buah pinggang dengan rawatan Hemodialisis. 





Keciwa? Sama sekali tidak. Alhamdulillah hingga kini saya masih diberi kekuatan semangat dengan sokonga isteri, anak2, menantu2, kakak yang dikasihi dan anak2 saudara yang memahami siapa saya.



Malah dalam buku Travelog Haji  Antara Doa & Air Mata telah saya catatkan kisah perjuangan sebagai pesakit dialisis.


Sejak empat bulan kebelakangan ini saya balik dari Dialisis nak Grab. Maka apabila pemandu Grab tahu saya balik buat Dialisis maka mereka ingin tahu apa puncanya.


Anda tidak akan tahu anda sihat  buah pinggang jika tidak membuat ujian darah dan urin. Jika ada rasa sakit pinggang itu bukan lagi simptomnya.


Kencing berbuih atau lebih teruk berdarah antara simptomnya. Badan penat dan lesu. Kerap kencing malam. Susah tidur malam. Terasa loya dan muntah ia adalah simptom2 buah pinggang anda telah berada di tahap 3 atau 4. 


Pesakit darah tinggi, deabetis, goat antara yang mudah mengalami kegagalan buah pinggang. 


Ada kajian mengatakan sedikit masa lagi Malaysia akan terdapat lebih 100 ribu pesakit buah pinggang.


Malah seorang doktor pakar buah pinggang memdakwa doktor buah pinggang antara profesion yang tidak akan menganggur🙄


Saya mengalami masalah buah pinggang sejak tahun 2014 apabila pada tahun 2015 doktor membuat pembedahan pertama selama 6 jam mengeluarkan batu karang sebesar 2.6 cm. Kemudian pad tahun 2016 bedah selama 3 dan 2017 kali ketiga dibedah selam 3 jam.


Episod seram dan detik2 begitu hampir dengan Allah membuatkan saya insaf bahawa hidup dan mati itu cukup singkat masanya. Harta banyak mana yang kita miliki akan kita lupa ketika jasad dibawa ke bilik bedah.


Di pusat dialisis yang saya buat rawatan telah menemukan beberapa pesakit dari ketogeri berbagai.


"Saya bang dulu kuat bersukan. Banyak makan ubat penahan sakit. Akhirnya inilah akibatnya" seorang pesakit yang berusia 40an.


"Saya ni bermasalah buah pinggang sejak umur 2 tahun. Umur 31 baru buat dialisis. Sekarang sudah 8 tahun cuci darah Pakcik" seorang wanita yang saya namakan M.


Kata puan M maknya ada guru besar sekolah justeru semasa bersekolah mak beliau memantau makanan kantin. Lebih2 lagilah di rumah.


Seorang wanita yang saya namakan puan S beruntung kerana akan membuat pemindahan buah pinggang dari pendermanya adalah abang kandungnya. Masih muda dalam usia awal 30an. 


Puan S mengidap penyakit SLE yang ada kiatan dengan kulit akhirnya menjejaskan kesihatan buah pinggangnya.


Saya ingin anda tahu bahawa kehidupan saya telah berubah 360 darjah. Tiada lagi keriangan  untuk ke sana sini. Dengan rawatan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat maka rumah dan ruang dialisis adalah dunia baru saya. Saya masih kuat dan jika orang tak tahu dia tak akan tahu saya pesakit kronik. Syukur Allah telah menjemput saya bagi menjadi tetamu-Nya di musim haji 2019/ 1440. Bacalah kisah saya di buku yang telah saya tulis.


Nasihat saya jika anda rasa curiga jumpa doktor dan minta buat ujian darah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang.


Jaga pemakanan dan buat riadah jika masih sihat. 


Jangan makan ubat tanpa nasihat doktor. Jangan makan sebarang jenis herba yang konunnya mampu memulihkan buah pinggang.


Dengar kata doktor pakar jika ingin hidup sihat ceria.


Pandang dunia ini dengan positif. Bersedia alam akhirat dengan penuh harapan keran a sikit ini ujian Allah kepada hambanya dikasihi. Banyakkan ibadat. Banyakkan bersedekah.


Bersangka baik dengan Allah setiap kali kita mengadapnya. 



09 November 2021

Wargamas Diabai?


 

Sesekali kisah wargamas diabaikan muncul di media sosial.

Adakah tuan/puan dalam group ini pernah membuat kajian pada wargamas.
Setelah saya melepasi usia 60 dan bersara baru perasan dalam jiwa ada gangguan. Tambahan bagi yang kerap keluar masuk hospital
Kita pernah lihat ramai wargamas ke hospital tanpa teman. Naik kerusi roda, bertongkat dan berbagai. Mujur zaman kini ada grap dan apabila mereka turun di hospital orang lihat macam anak yang hantar.



Perkara ini terjadi bukan melayu sahaja..India, Cina juga ada. Misalnya waktu di hospital selama seminggu saya dapat lihat seorang pesakit diabaikan dan anak2 berbalah siapa nak jika dibawa balik. Akhirnya bapa mereka meninggal.jam 1 pagi dibelah katil saya.
Masalah di rumah tak siapa tahu. Kekadang faktor kemiskinan. Faktor perceraian. Kalau macam kita yang pencen bulanan tak risau sangat.
Saya tinggal di komuniti orang miskin. Ada yang kena kerja selepas usia 60. Bayangkanlah ada masa mereka macam menyindir saya orang senang.
Ini group wargamas. Saya faham ada yang tiada masalah. Kita mungkin boleh memikirkan mengatasi masalah ibu ayah diabaikan.
1. Kita jadi pembimbing di masjid atau surau
2. Anak2 muda harus difahamkan jiwa wargamas. Mungkin ajk masjid bawa orang muda ke dalam satu kursus.
3. Wargamas harus bersedia dengan usia selepas 60. Bertuah kalau boleh usia 70 hingga 80
4. Menjaga cucu. Mungkin tak semua yang suka, maka cucu2 ini dihantar ke Taska.
Banyak lagi boleh dilakukan kpd wargamas. Mengawasi wargamas yang tiba2 dapat penyakit hilang ingatan.
Rasulullah wafat ketika usia 63 selepas selesai misi menyebar Islam.
Kita mungkin dilewatkan meninggal kerana ada ilmu yang boleh membantu orang.
Setelah baca tuan puan mungkin berbeza pendapat terutĂ ma yang ada ilmu psikologi. Maafkan saya.
Abd RaaiOsman, penulis buku Travelog Haji Antara Doa & Air mata. Dua Kota Suci yang dirindui.





19 Oktober 2021

Ulasan Buku Travelog Haji Antara Doa & Air Mata, Dua Tanah Suci yang dirindui ( Utusan Malaysia 20 Ogos 2021)




ENCIK mana boleh pergi buat haji. Nak bunuh diri ke di sana? Nanti jatuh sakit di sana macam mana nak tunai haji. Nak tunai haji sambil naik bas safari ke?".

Kata-kata doktor pada 23 April 2019 berhubung penyakit buah pinggang seorang jurufoto, Abd. Raai Osman, seharusnya melemahkan semangatnya menunaikan ibadah haji. Namun sebaliknya bagi Abd. Raai.
Setelah berfikir masak masak dan yakin mempunyai kekuatan, beliau dan isteri, Selamah Nekman membulatkan tekad tetap menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pengalaman mengerjakan haji selama 47 hari, tiga tahun lalu sebagai pesakit buah pinggang menjadi tunjang cerita dalam buku travelog bertajuk Antara Doa & Air Mata Dua Tanah Suci Yang Dirindui.
Pengolahan buku tersebut seolah-olah pembaca menyelami sanubari Abd. Raai yang cekal menjalani ibadat itu, walaupun perlu berbelanja lebih demi menyempurnakan niat kepada amal.
Meskipun banyak catatan pengalaman haji dibukukan, namun pengalaman melakukannya secara baik oleh pesakit didiagnos menjalani rawatan dialisis seakan satu anugerah berharga sebagai tetamu Allah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Naskhah itu turut menyelitkan kisah pandemik Covid-19 yang melanda dunia, hingga menyebabkan kegiatan sosio-ekonomi termasuk ibadah haji berubah secara total.
Jika sebelum ini umat Islam saban tahun menunaikan ibadah haji, namun tahun lepas dan tahun ini jumlah jemaah haji dihadkan menyebabkan jemaah haji negara tidak dapat menunaikan ibadah tersebut.
Lebih mengharukan apabila pada 2019, semasa Abd. Raai mengerjakan haji, ia adalah tahun terakhir Tabung Haji menghantar jemaah dari negara ini dek pandemik.
Buku setebal 127 muka surat ini pada asalnya adalah nukilan beliau di Facebook, sebelum ditambah baik dan disunting menjadi buku yang boleh dijadikan panduan untuk bakal haji dan umat Islam yang ingin mengerjakan umrah.
Naskhah ini sesuai dibaca oleh semua golongan usia, terutama bagi bakal Haji dalam mengubat hati dan rasa rindu untuk ke tanah haram.
>> Halaman: 127 muka surat
>> Terbitan: Syahida Hassan Enterprise
>> Pengulas: Abdul Razak Idris

02 Oktober 2021

Ibrahim Telah Kembali Ke Rahmatullah


Saya mengenali Allahyarham secara kebetulan tinggal setaman sejak tahun 1989. Petang-petang dia naik motosikal keluar ke masjid, surau atau ke mana yang ada jemaah tabligh.


Oleh kerana rumah kami disusun mengikut bangsa, maka rumah Ibrahim berada di dalam kelompok India namun tidak jauh sangat dari rumah saya. Malah tinggal bercampur dengan berbangsa India tidak masalah bagi saya sebab
sejak kecil sudah bercampur dengan mereka kerana ayah ibu pekerja estet.
Gambar ikhsan: Md Soot Ahmad

Kami berkawan lebih rapat setelah tahu Ibrahim adalah formen kereta. Saya sering menghantar servis dan baiki dengan Ibrahim. Hampir 80% arwah akan membaiki sendiri.

Saya sekitar awal tahun 1990an menjalan aktiviti mengurut kaki (refleksologi) maka Ibrahim antara pelanggan saya. Selepas Isyak Ibrahim akan datang ke rumah untuk mengurut. Bermula di sinlah kami lebi rapat dan mengetahui bagaimana dia memeluk Islam.

"Dulu saya belajar dengan seorang Melayu di Kajang macam mana mau ejust Tuning cara menual. Itu orang banyak pandai buat cara manual, " terang Ibrahim dengan bahasa melayu gaya India.

Setiap masuk waktu solat formen melayu itu akan pergi bersolat ujar Ibrahim. Beliau lihat formen itu tenang dan rezekinya murah. Akhirnya hidayah Allah datang. Ibrahim memeluk Islam dan ketika itu isterinya belum mengikut jejaknya. Orang bertanggungjawab mengislamkan Allahyarham ialah Dr Ghazali, mantan pensyarah UPM.

Ibrahim keluar dengan jemaah Tabligh tiga hari, seminggu dan paling lama empat puluh hari. Natijahnya, isterinya memeluk Islam dengan nama Sarah. Bertambah menarik kisah Ibrahim VS Sarah.

Hubungan saya dengan lebih Ibrahim bertambah rapat. Lebih-lebih lagi saya mahu dia lebih mantap amalan ibadatnya. Kami berbincang banyak berkisar sola ibadat dan hukum. Prinsip saya jika saya tak bawa dia memeluk Islam tapi membantu memantapkan amal ibadat sudah kira baik. Malah bukan senang nak layan seorang sahabat yang memeluk Islam dan masih dengan budaya lama dan bangsanya.

Banyak juga amalan agama lama dan bangsanya saya belajar kerana sebelum ini masih salah faham. Ibrahim menerangkan hal-hal itu dengan teliti.

Masa berlalu, saya berpindah rumah. Agak lama kami tak bertemu kerana saya tinggal agak jauh. Anak-anaknya sudah menbesar dan mengambil alih perniagaan mungkin kerana faktor usia Ibrahim.

"Saya mula berniaga bengkel kereta ini dengan bantuan Pusat zakat. Alhamdulillah. Dulu zakat bagi wang kat saya, sekrang saya sudah boleh bayar zakat pula", pernah Ibrahi menerangkan kisahnya bab bantuan zakat.

Ibrahim telah kembali menemui Allah. Dari agama asalnya bukan Islam dia kembali menemui Ilahi kerana positif Covid ketika sedang ditidurkan oleh doktor. Semoga sebelum ditidurkan Allahyarham sempau mengucap Syahadah. Berehatlah sahabatku di Alam Barzah, aku juga akan kemabli pada tarikh yang Allah akan tentukan kelak.

Marilah kita berdoa agar keluarga yang ditinggal terus kekal dalam kekuatan iman dan menjadi Islam yang beramalkan segala ajaran Islam.

Al Fatihah.

30 September 2021

Kurangnya Minat Membaca Buku

 Setelah dua tahun saya tidak masuk kedai buku, semalam saya meluangkan masa setelah peluang merentas sempadan daerah berikan oleh kerajaan.

Kebetulan hari bekerja maka pelanggan tidak seramai seperti dua tahun dulu. Tiada kanak-kanak di rak-rak buku kanak-kanak.
Di rak buku-buku agama samada Al Quran dan buku bertemakan Islam juga kosong. Saya isteri dan anak bebas melihat dan meninjau mana-mana buku yang boleh dibeli.
Pekerja kedai tersebut tidak ramai pekerja seperti sebelum ini. Adakah mereka diberhentikan atau dicuti tanpa gaji saya tak pasti. Bayangkan kedai yang terkenal dan besar seperti itu terkesan dengan Covid-19.
Sudah berpuluh tahun azam saya agar buku tulisan saya tersenarai di kedai buku seumpama ini. Pernah saya mendengar mereka akan mengambil 50% keuntungan dari hasil jualan. Itu pun saya belum tahu berapa jumlah naskah yang wajib dicetak untuk mereka.
Sebagai penulis tiada nama seperti saya sudah tentu tugasan menulis, mencari pasaran, kerja membawa ke kedai, promosi buku kena buat sendiri. Jika saya menggunakan khidmat agen sudah pasti volumnya lebih tinggi.
Menyusuri rak-rak buku juga saya menganalisa setiap tajuk tidak banyak naskah yang letak. Palin banyak 10 naskah itu pun daripada penulis dari kalangan ustaz-ustaz terkenal. Kalau macam saya 3 naskah buku yang saya letak entah sebulan atau 6 bulan baru laku.
Apakah ini kesan Covid? Mungkin ya mungkin tidak. Sebab iklan yang saya buat di FB dalam 12 ribu view tiada seorang pun yang membeli.
Ada pendapat dari kalangan rakan-rakan FB yang menyebut mereka lebih suka membaca EBook. Hakikatnya sudah setahun saya lancarkan EBook Seni Foto ke dalam Google Book tiada sambutan. Sedangkan harga yang dijual lebih murah dari buku bercetak.
Hakikatnya ramai dikalangan kita tidak minat membaca. Namun saya tidak menafikan kenyataan bahawa buku Travellog Haji saya telah beli oleh seorang pakar ekonomi dalam jumlah 30 naskah. Malah seorang ibu tunggal dari (rakan FB saya) membeli sebanyak 10 naskah. Belum jika saya nak senaraikan yang membeli 5, 3, 2 naskah. Saya bersyukur.
Saya telah menghubungi pengurusan kedai buku terkenal itu dan mereka berkata sila hantar contoh untuk dinalai. Saya akan cetak sejumlah yang mereka minta jika itu syaratnya.
Saya menulis bukan untuk jadi kaya tapi mahu ilmu dan pengalaman saya dikongsi oleh orang lain. Baka kata anak sulong saya Nur Atiqah "tulis dan cetak saja ayah kalau manusia tak baca, malaikat pasti akan membaca".
"Hj Raai telah tunjukkan satu pembudayaan dan usaha yang baik sebagai persara UKM". Kata-kata ini oleh seorang tokoh terkenal menaikkan semangat saya.

04 Julai 2021

Travellog Haji: Antara Doa & Air Mata-Dua Tanah Suci Yang Dirindui-Dijual Dengan Harga Promosi


Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun ketika mengerjakan haji. Kisah-kisah mereka menjadi panduan buat para pembaca, termasuklah kisah seorang jurufoto yang diuji dengan penyakit sebelum mengerjakan haji. Atas keizinan Pemilik Baitullah, beliau dapat menyempurnakan ibadah haji - rukun Islam yang kelima dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi. Catatan haji ini medium dakwah buatnya.

"Encik mana boleh pergi buat haji. Nak bunuh diri ke di sana. Nanti jatuh sakit di sana macam mana nak tunal haji. Nak tunal haji sambil nalk Bas Safari ke?" Ingin mendalami kisah haji bertemakan air mata dan kuasa doa ini? Buku ini khas untuk anda.
Kepada tuan/ puan yang berminat untuk mendapat naskah sulung sila tempah di TEMPAH
Harga RM40.00 termasuk kos penghantaran.


Covid-19: Jangan Lupakan Allah

Tiga tahun dulu saya rancang beberapa aktiviti untuk mengisi masa ketika bersara. Sebab lapan jam sehari saya akan dapat percuma selepas bersara dan kehidupan tiada ketua yang memerhati atau memberi arahan.

Sesuatu di luar dugaan PKP diadakan oleh kerajaan. Rupa-rupanya PKP dan berbagai lagi istilah lebih hebat kongkongannya. Kebebasan terhad, malah kreativiti terbantut. Inovasi gagal dilaksanakan.
Bagi saya yang tinggal dengan isteri dan seorang anak perlu memikirkan emosi antara satu dengan lain. Hubungan sesama suami dan isteri tiada masalah kerana usia kami masih boleh membantu mencari titik persamaan.
Manakala hubungan dengan anak yang remaja agak berbeza kerana faktor usia dan protokol. Misalnya bab bergurau tetap ada adap antara ayah dan anak, anak dan ibu. Saya lihat faktor terbatas komunikasi membuat anak remaja jadi resah kerana halangan bekerja di pejabat. Jika ke pejabat dia ada rakan sebaya.
Setahun setengah sudah berlalu dan saya fikir keadaan PKP tak mungkin banyak berubah. Kita sukar meramal. Bagi orang yang tinggal di rumah kampung mungkin sukar memahami jiwa orang yang tinggal di bandar. Bagi orang yang tinggal di rumah besar sukar merasai emosi orang yang tinggal di rumah pangsa. Bagi orang yang tak pernah memancing sudah pasti tidak faham jiwa pemancing. Paling tidak semasa PKP ini baru isteri faham kenapa suaminya suka minum di kedai mamak. Ada network.
Kes pesakit Covid setiap hari macam main tarik tali. Hari ini turun, esok naik. Kes kematian sebelum ini kita mendengar di kejauhan kini ada yang sudah berlaku di taman perumahan kita.
Petugas khariat kematian setempat sudah memikul tanggungjawab yang berat. Belum lagi jika kita ambil kita petugas di hospital dan keselamatan.
Izinkan saya memberi candangan. Marilah kita mengikut SOP. Pihak kerajaan juga jangan hanya melaksanakan itu ini tapi kena tegas bukan kepada kumpulan tertentu sahaja. Kumpulan kayangan atau daratan sama sahaja jika melanggar sila ambil tindakan.
Kita sebagai rakyat sama-samalah membantu. Selain menunaikan ibadat yang menjadi tanggungjawab kita seperti solat lima waktu, bayar zakat marilah kita lakukan apa saja ibadat sunat.
Jangan mengharapkan kerajaan atau NGO melaksanakan secara besar-besaran. Kita boleh lakukan dalam kelompok kecil di dalam rumah. Baca yasin, baca Quran, solat berjemaah.
Ada orang viralkan negara jiran berjaya lakukan apa yang saya sebut kenapa kita tak lakukan? Takkan nak tunggu kerajaan umumkan baru kita nak lakukan. Kita boleh lakukan secara online dengan saudara mara, jiran tetangga.
Bangunlah sahabat di awal atau akhir malam untuk bertahajud. Berwirid. Baca Quran. Kita jangan mengharapkan alim ulama atau tok-tok guru kita. Kita bangun dan lakukan bersama walaupun hanya berjemaah dengan isteri atau anak-anak.
Kita pernah mendengar kisah-kisah zaman Jepun, zaman komunis apabila seluruh kampung berlindung di rumah tok guru dan musuh tidak mengganggu. Apa sebab? Ia mungkin amalan tok guru waktu itu di bantu oleh Allah sehinggakan mampu melindungi anak-anak khariah kampungnya.
Kita berusaha dengan mengikut SOP, terima Vaksin dan ingat doa kepada Allah adalah segala-galanya. Ingat kita dipanjangkan umur sekarang ini kemungkinan besar Allah memakbulkan doa panjang umur kita! Kita belum terputus makanan sekarang ini pun mungkin Allah makbulkan doa kita yang meminta rezeki. Walaupun rezeki itu datang dari Food Bank Masjid dan surau. Janji rezeki yang halal tak kisahlah kerana bendera putih atau tidak.
Maaf pendapat saya mungkin sama taraf dengan pendapat Hang Nadim dimurka oleh sultan. Ampunkan hamba.

17 Jun 2021

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutup. Masalah keselamatan pun satu hal lagi.

Baik kali ini penulis nak bantu bagaimana mengeluar dan memasukkan wang tanpa pergi ke TH. Buat ka rumah saja. Saya tunjukkan cara menggunakan CIMB Click:

1. Setelah membuka laman web CIMB cari tulisan Tabung Haji dan klik kat tulisan itu. Jika pertama kali sila buat sambungan dengan CIMB terlebih dahulu.


2. Jika telah disambung cari tulisan Tabung Haji dan klik. Anda akan dapat melihat jumlah wang di TH. Dalam gambar di bawah saya hitamkan jumlahnya


3. Jika hendak pindahkan wang dari TH ke CIMB tekan kat tulisan Tabung Haji dan pilih wang itu nak dipindah ke mana. TH atau CIMB





4. Jika wang nak dipindahkan ke CIMB maka tekan butang CIMB akan jadi merah, Jika tekan butang Tabung Haji ia akan jadi merah.

Nah sekarang urusan dengan Tabung Haji menjadi mudah tanpa pergi ke kaunter. Zaman Covid-19 adalah digalakkan menggunakan cara ini. 

Satu lagi jangan menggunakan wifi awam yang amat merbahaya ia memungkinkan akaun kita diklon. Gunakan wife sendiri di rumah. Setakat ini menggunakan telefon belum boleh lagi pengurusan wang dengan TH. Di mesin ATM ada.

Penulis tunjukan cara masuk dan keluar tapi jika urusan keluar lebih banyak itu bukan salah penulis ya. Bagi yang belum daftar haji elok banyakkan menyimpan. Paling tidak jika sudah ada RM1300 sudah boleh daftar tunai haji.

Promosi Buku Travelog Haji: Antara Doa & Air Mata
Harga RM30.
Tempahan sila ke TEMPAH









15 Mei 2021

Pelastin: Apa Peranan Kita?

Setiap tahun di bulan Ramadan Israel akan menyerang Pelastin. Tahun 1442 H/2021 sama seperti tahun-tahun sebelumnya.


Umat Islam di luar negara Arab bagaimana? Tahukah Israel tetap ganas dan menang kerana Allah hendak mewujudkan para syuhadah di sana. Kita? Kita tak mampu menjadi seperti rakyat Pelasten. 


Kita ada harta kita ada wang kenapa kita tidak gunakan membantu Pelastin. Ramai umat Islam yang masih belum boleh ke Tanah Suci buat haji atau umrah. Apa salahnya kita guna sebahagian wang itu untuk membantu mereka. Itu pun jihat.


Banyak NGO yang membuat hebahan di media sosial. Pilih sahaja samada hendak bersedekah sebanyak 1 ribu ringgit atau hanya 10 ringgit.


12 Mei 2021

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H

 Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Mohon maaf kepada anda yang sering mengikuti blogs saya.




10 Mei 2021

Catatan 2: Keadaan PKP 3.0

Teman kita ada dua hari lagi berpuasa. Selepas ini kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ini kali kedua kita beraya tidak seperti biasa bertemu sanak saudara.

Saya masih bersyukur kerana jangkaan saya tahun lepas adalah hari raya terakhir buat saya. Maklumlah sudah beberapa kali keluar masuk bilik bedah. Tebuk di kiri, tebuk di kanan. Beberapa kali juga tekanan darah naik lebih 200.
Tapi syukur kerana nyawa saya milik Allah. Setakat hari ini angka kematian disebabkan oleh Covid-19 bertambah. Saya juga pernah diswap semasa masuk wad dan ada tanda-tanda batuk dan demam.
Jangan kita buat lawak pasal Covid-19. Tak kena tak rasa. Tak rasa tak sakit. Bila sakit baru risau.
Saya antara jutawan ayah dan atok yang terpaksa ikut SOP paling ketat. Kalau nurse kat Dialisis Center cakap apa saja kami ikut. Mereka dah macam anak-anak kami. Bak kata orang kalau kami jutawan dan tiada anak, mereka layak kami wasiatkan harta. Tapi tak semua kami kaya. Ada yang dapat bantuan pusat zakat ada yang Socco bantu. Inilah hakikatnya. Setiap hari angka pesakit Civid naik ada antaranya pesakit macam saya.
Berlapang dadalah wahai sahabat dan jangan jadi penyebar virus.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada KP KKM, semua petugas hospital dari gred sokongan hingga profesional. Doktor, Pegawai Sains, Pegawai Farmasi, Jururawat dan pencuci wad. Polis dan tentera, bomba dan JPA, Rela. Dari yng tak ada pangkat hingga paling banyak pangkat. Pembekal makanan kepada hospital.
Kita sedih tak balik raya tapi mereka yang saya sebut di atas lebih sedih dari kita. Hari-hari berada dalam ruang yang berterbangan virus.
Kita? Lepak kat rumah sambil makan lemang dan ketupat.

08 Mei 2021

Catatan 1: Keadaan PKP 3.0

Kesian saya tengok KP KKM dah setahun buat sidang akhbar membentangkan kes Covid-19.

Dalam group macam2 video, audio keluar. Ada yang betul ada entah saya pun tak tahu.
Anak buah seorang nurse hantar masej "kami dah letih Cik. ICU penuh, katil tak cukup". Takkan itu pun kita tak caya.
Hari ini keluar untuk beli tiket bas untuk anak nak balik semula lepas raya ke tempat dia kursus tengok banyak kunter tiket ditutup. Anak balik dengan izin pengetuanya dan dapat surat polis.
Bila saya tanya kepada pekerja kaunter tiket, tempahan bas macam mana? Katanya, "adalah juga yang beli sebab dia orang dapat surat polis".
Ini situasinya. Kita tak boleh masuk ke kawasan hospital tapi percayalah apa yang diucapkan oleh saudara mara yang bekerja kat sana.
"Menantu saya tak cuti haji...nak balik ke rumah saya pun saya tak bagi sebab dia nurse jaga pesakit Covid". Kata sahabat saya.
Nak caya siapa lagi? Nak tunggu kita positif Covid baru percaya selepas kita dihantar ke pusat kuarantin.
Bagi yang sihat oklah. Bagi yang macam saya tahu tak apa emosi saya? Dikatakan jika positif (barang dihindar oleh Allah) serangan pada paru-paru paling teruk. Anak suadara saya positif, hilang selera makan, perit tekak.
Tak payahlah nak cari lorong tikus, lorong belalang nak rentas negeri.
Memang rindu, tapi kalau ayah dan ibunya kena Covid dan meninggal rindunya lagi hebat wahai sahabat.

06 Mei 2021

Perniagaan Dan Janji

 Dalam perniagaan berjanji biar betul. Jika ada masalah berterus terang jangan sampai pelanggan bosan. Kelewatan menghantar akan membuat pelanggan tergendala kerja lain.

1.Hari ini saya ada dua temujanji. Satu janji semalam nak hantar gas tengahari ini. Sampai dah nak habis 'tengahari' tak muncul-muncul.
2. Staff servis penapis air janji pagi tadi semasa Sahur nak datang pagi. Saya berikan jam 9 pagi boleh ke? Dia tak jawab. Setelah bosan menunggu saya masej tanya waktu 'pagi' dah habis, dijawabnya lepas Zohor boleh ke?
Ini dua contoh janji yang boleh membuat pelanggan bosan. Apabila pelanggan bosan maka poster yang diletakkan di batang pokok, tiang TNB tak boleh dipercayai lagi.
Saya juga semasa bekerja dulu terlibat dengan janji setiap hari. Biasanya setengah jam awal akan tiba sebelum masa temujanji. Kalau tak dapat datang pada masanya saya akan hubungi bagitau lewat sikit. Biasalah kadang-kadang kereta atau motor buat hal. Istilah janji melayu wajib kita buang kerana kita ada melayu yang berjaya kerana menepati janji.
Bagi saya, janji adalah menjana wang. Tapi jauh di sudut agama janji melibatkan maruah dan pahala. Rasulullah SAW tak suka orang memungkiri janji.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) - Laman web JAKIM
Saya ada seorang yang memberi perkhidmatan membaiki mesin basuh. Janjinya bagus. Kalau saya menghubungi beliau paling lewat satu jam dari Putrajaya dia akan sampai. Beliau tengok apa yang patut dan esoknya dia akan bawa alat ganti baharu. Banyak lagi contoh-contoh peniaga kecil yang bagus mutu perkhidmatan. Jika ditulis akan lebih panjang.

Takdir Allah

  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada mas...