Apa yang saya lihat dan lalui akan dikongsi bersama. Kita tidak sama pendapat namun masih boleh diperbetulkan demi kebaikan bersama. Sila klik bar 3 baris untuk lawat lain-lain blog.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Mohon maaf kepada anda yang sering mengikuti blogs saya.
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara...
Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas...
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang...
Ulasan