Kurangnya Minat Membaca Buku

 Setelah dua tahun saya tidak masuk kedai buku, semalam saya meluangkan masa setelah peluang merentas sempadan daerah berikan oleh kerajaan.

Kebetulan hari bekerja maka pelanggan tidak seramai seperti dua tahun dulu. Tiada kanak-kanak di rak-rak buku kanak-kanak.
Di rak buku-buku agama samada Al Quran dan buku bertemakan Islam juga kosong. Saya isteri dan anak bebas melihat dan meninjau mana-mana buku yang boleh dibeli.
Pekerja kedai tersebut tidak ramai pekerja seperti sebelum ini. Adakah mereka diberhentikan atau dicuti tanpa gaji saya tak pasti. Bayangkan kedai yang terkenal dan besar seperti itu terkesan dengan Covid-19.
Sudah berpuluh tahun azam saya agar buku tulisan saya tersenarai di kedai buku seumpama ini. Pernah saya mendengar mereka akan mengambil 50% keuntungan dari hasil jualan. Itu pun saya belum tahu berapa jumlah naskah yang wajib dicetak untuk mereka.
Sebagai penulis tiada nama seperti saya sudah tentu tugasan menulis, mencari pasaran, kerja membawa ke kedai, promosi buku kena buat sendiri. Jika saya menggunakan khidmat agen sudah pasti volumnya lebih tinggi.
Menyusuri rak-rak buku juga saya menganalisa setiap tajuk tidak banyak naskah yang letak. Palin banyak 10 naskah itu pun daripada penulis dari kalangan ustaz-ustaz terkenal. Kalau macam saya 3 naskah buku yang saya letak entah sebulan atau 6 bulan baru laku.
Apakah ini kesan Covid? Mungkin ya mungkin tidak. Sebab iklan yang saya buat di FB dalam 12 ribu view tiada seorang pun yang membeli.
Ada pendapat dari kalangan rakan-rakan FB yang menyebut mereka lebih suka membaca EBook. Hakikatnya sudah setahun saya lancarkan EBook Seni Foto ke dalam Google Book tiada sambutan. Sedangkan harga yang dijual lebih murah dari buku bercetak.
Hakikatnya ramai dikalangan kita tidak minat membaca. Namun saya tidak menafikan kenyataan bahawa buku Travellog Haji saya telah beli oleh seorang pakar ekonomi dalam jumlah 30 naskah. Malah seorang ibu tunggal dari (rakan FB saya) membeli sebanyak 10 naskah. Belum jika saya nak senaraikan yang membeli 5, 3, 2 naskah. Saya bersyukur.
Saya telah menghubungi pengurusan kedai buku terkenal itu dan mereka berkata sila hantar contoh untuk dinalai. Saya akan cetak sejumlah yang mereka minta jika itu syaratnya.
Saya menulis bukan untuk jadi kaya tapi mahu ilmu dan pengalaman saya dikongsi oleh orang lain. Baka kata anak sulong saya Nur Atiqah "tulis dan cetak saja ayah kalau manusia tak baca, malaikat pasti akan membaca".
"Hj Raai telah tunjukkan satu pembudayaan dan usaha yang baik sebagai persara UKM". Kata-kata ini oleh seorang tokoh terkenal menaikkan semangat saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah