Catatan 2: Keadaan PKP 3.0

Teman kita ada dua hari lagi berpuasa. Selepas ini kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ini kali kedua kita beraya tidak seperti biasa bertemu sanak saudara.

Saya masih bersyukur kerana jangkaan saya tahun lepas adalah hari raya terakhir buat saya. Maklumlah sudah beberapa kali keluar masuk bilik bedah. Tebuk di kiri, tebuk di kanan. Beberapa kali juga tekanan darah naik lebih 200.
Tapi syukur kerana nyawa saya milik Allah. Setakat hari ini angka kematian disebabkan oleh Covid-19 bertambah. Saya juga pernah diswap semasa masuk wad dan ada tanda-tanda batuk dan demam.
Jangan kita buat lawak pasal Covid-19. Tak kena tak rasa. Tak rasa tak sakit. Bila sakit baru risau.
Saya antara jutawan ayah dan atok yang terpaksa ikut SOP paling ketat. Kalau nurse kat Dialisis Center cakap apa saja kami ikut. Mereka dah macam anak-anak kami. Bak kata orang kalau kami jutawan dan tiada anak, mereka layak kami wasiatkan harta. Tapi tak semua kami kaya. Ada yang dapat bantuan pusat zakat ada yang Socco bantu. Inilah hakikatnya. Setiap hari angka pesakit Civid naik ada antaranya pesakit macam saya.
Berlapang dadalah wahai sahabat dan jangan jadi penyebar virus.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada KP KKM, semua petugas hospital dari gred sokongan hingga profesional. Doktor, Pegawai Sains, Pegawai Farmasi, Jururawat dan pencuci wad. Polis dan tentera, bomba dan JPA, Rela. Dari yng tak ada pangkat hingga paling banyak pangkat. Pembekal makanan kepada hospital.
Kita sedih tak balik raya tapi mereka yang saya sebut di atas lebih sedih dari kita. Hari-hari berada dalam ruang yang berterbangan virus.
Kita? Lepak kat rumah sambil makan lemang dan ketupat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah