Ibrahim Telah Kembali Ke Rahmatullah
Saya mengenali Allahyarham secara kebetulan tinggal setaman sejak tahun 1989. Petang-petang dia naik motosikal keluar ke masjid, surau atau ke mana yang ada jemaah tabligh.
Oleh kerana rumah kami disusun mengikut bangsa, maka rumah Ibrahim berada di dalam kelompok India namun tidak jauh sangat dari rumah saya. Malah tinggal bercampur dengan berbangsa India tidak masalah bagi saya sebab
sejak kecil sudah bercampur dengan mereka kerana ayah ibu pekerja estet.
Gambar ikhsan: Md Soot Ahmad
Kami berkawan lebih rapat setelah tahu Ibrahim adalah formen kereta. Saya sering menghantar servis dan baiki dengan Ibrahim. Hampir 80% arwah akan membaiki sendiri.
Saya sekitar awal tahun 1990an menjalan aktiviti mengurut kaki (refleksologi) maka Ibrahim antara pelanggan saya. Selepas Isyak Ibrahim akan datang ke rumah untuk mengurut. Bermula di sinlah kami lebi rapat dan mengetahui bagaimana dia memeluk Islam.
"Dulu saya belajar dengan seorang Melayu di Kajang macam mana mau ejust Tuning cara menual. Itu orang banyak pandai buat cara manual, " terang Ibrahim dengan bahasa melayu gaya India.
Setiap masuk waktu solat formen melayu itu akan pergi bersolat ujar Ibrahim. Beliau lihat formen itu tenang dan rezekinya murah. Akhirnya hidayah Allah datang. Ibrahim memeluk Islam dan ketika itu isterinya belum mengikut jejaknya. Orang bertanggungjawab mengislamkan Allahyarham ialah Dr Ghazali, mantan pensyarah UPM.
Ibrahim keluar dengan jemaah Tabligh tiga hari, seminggu dan paling lama empat puluh hari. Natijahnya, isterinya memeluk Islam dengan nama Sarah. Bertambah menarik kisah Ibrahim VS Sarah.
Hubungan saya dengan lebih Ibrahim bertambah rapat. Lebih-lebih lagi saya mahu dia lebih mantap amalan ibadatnya. Kami berbincang banyak berkisar sola ibadat dan hukum. Prinsip saya jika saya tak bawa dia memeluk Islam tapi membantu memantapkan amal ibadat sudah kira baik. Malah bukan senang nak layan seorang sahabat yang memeluk Islam dan masih dengan budaya lama dan bangsanya.
Banyak juga amalan agama lama dan bangsanya saya belajar kerana sebelum ini masih salah faham. Ibrahim menerangkan hal-hal itu dengan teliti.
Masa berlalu, saya berpindah rumah. Agak lama kami tak bertemu kerana saya tinggal agak jauh. Anak-anaknya sudah menbesar dan mengambil alih perniagaan mungkin kerana faktor usia Ibrahim.
"Saya mula berniaga bengkel kereta ini dengan bantuan Pusat zakat. Alhamdulillah. Dulu zakat bagi wang kat saya, sekrang saya sudah boleh bayar zakat pula", pernah Ibrahi menerangkan kisahnya bab bantuan zakat.
Ibrahim telah kembali menemui Allah. Dari agama asalnya bukan Islam dia kembali menemui Ilahi kerana positif Covid ketika sedang ditidurkan oleh doktor. Semoga sebelum ditidurkan Allahyarham sempau mengucap Syahadah. Berehatlah sahabatku di Alam Barzah, aku juga akan kemabli pada tarikh yang Allah akan tentukan kelak.
Marilah kita berdoa agar keluarga yang ditinggal terus kekal dalam kekuatan iman dan menjadi Islam yang beramalkan segala ajaran Islam.
Al Fatihah.
Ulasan