Dua Tahun Di Pusat Dialisis
6 Disember 2021 yang lalu telah dua tahun saya hidup sebagai pesakit buah pinggang dengan rawatan Hemodialisis.
Keciwa? Sama sekali tidak. Alhamdulillah hingga kini saya masih diberi kekuatan semangat dengan sokonga isteri, anak2, menantu2, kakak yang dikasihi dan anak2 saudara yang memahami siapa saya.
Malah dalam buku Travelog Haji Antara Doa & Air Mata telah saya catatkan kisah perjuangan sebagai pesakit dialisis.
Sejak empat bulan kebelakangan ini saya balik dari Dialisis nak Grab. Maka apabila pemandu Grab tahu saya balik buat Dialisis maka mereka ingin tahu apa puncanya.
Anda tidak akan tahu anda sihat buah pinggang jika tidak membuat ujian darah dan urin. Jika ada rasa sakit pinggang itu bukan lagi simptomnya.
Kencing berbuih atau lebih teruk berdarah antara simptomnya. Badan penat dan lesu. Kerap kencing malam. Susah tidur malam. Terasa loya dan muntah ia adalah simptom2 buah pinggang anda telah berada di tahap 3 atau 4.
Pesakit darah tinggi, deabetis, goat antara yang mudah mengalami kegagalan buah pinggang.
Ada kajian mengatakan sedikit masa lagi Malaysia akan terdapat lebih 100 ribu pesakit buah pinggang.
Malah seorang doktor pakar buah pinggang memdakwa doktor buah pinggang antara profesion yang tidak akan menganggur🙄
Saya mengalami masalah buah pinggang sejak tahun 2014 apabila pada tahun 2015 doktor membuat pembedahan pertama selama 6 jam mengeluarkan batu karang sebesar 2.6 cm. Kemudian pad tahun 2016 bedah selama 3 dan 2017 kali ketiga dibedah selam 3 jam.
Episod seram dan detik2 begitu hampir dengan Allah membuatkan saya insaf bahawa hidup dan mati itu cukup singkat masanya. Harta banyak mana yang kita miliki akan kita lupa ketika jasad dibawa ke bilik bedah.
Di pusat dialisis yang saya buat rawatan telah menemukan beberapa pesakit dari ketogeri berbagai.
"Saya bang dulu kuat bersukan. Banyak makan ubat penahan sakit. Akhirnya inilah akibatnya" seorang pesakit yang berusia 40an.
"Saya ni bermasalah buah pinggang sejak umur 2 tahun. Umur 31 baru buat dialisis. Sekarang sudah 8 tahun cuci darah Pakcik" seorang wanita yang saya namakan M.
Kata puan M maknya ada guru besar sekolah justeru semasa bersekolah mak beliau memantau makanan kantin. Lebih2 lagilah di rumah.
Seorang wanita yang saya namakan puan S beruntung kerana akan membuat pemindahan buah pinggang dari pendermanya adalah abang kandungnya. Masih muda dalam usia awal 30an.
Puan S mengidap penyakit SLE yang ada kiatan dengan kulit akhirnya menjejaskan kesihatan buah pinggangnya.
Saya ingin anda tahu bahawa kehidupan saya telah berubah 360 darjah. Tiada lagi keriangan untuk ke sana sini. Dengan rawatan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat maka rumah dan ruang dialisis adalah dunia baru saya. Saya masih kuat dan jika orang tak tahu dia tak akan tahu saya pesakit kronik. Syukur Allah telah menjemput saya bagi menjadi tetamu-Nya di musim haji 2019/ 1440. Bacalah kisah saya di buku yang telah saya tulis.
Nasihat saya jika anda rasa curiga jumpa doktor dan minta buat ujian darah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang.
Jaga pemakanan dan buat riadah jika masih sihat.
Jangan makan ubat tanpa nasihat doktor. Jangan makan sebarang jenis herba yang konunnya mampu memulihkan buah pinggang.
Dengar kata doktor pakar jika ingin hidup sihat ceria.
Pandang dunia ini dengan positif. Bersedia alam akhirat dengan penuh harapan keran a sikit ini ujian Allah kepada hambanya dikasihi. Banyakkan ibadat. Banyakkan bersedekah.
Bersangka baik dengan Allah setiap kali kita mengadapnya.
Ulasan