Pusat Zakat Lemah
Pusat Zakat di mana-mana negeri sering ditibai oleh netizen di dalam media sosial. Yang kena tibai pastinya pegawai-pegawai pusat zakat kerana ada individu yang gagal memperoleh bantuan zakat. Saya bawa beberapa kisah yang harus menjadikan kita berfikir untuk sejenak di hujung minggu ini. 1. Seorang pemandu Grab membawa saya pulang ke rumah dari pusat dialisis memandu Alfat. Katanya dapat duit pampasan beli kereta buat Grab. Saya tanya dia zakat bayar tak? Dia kata kena bayar ke? 2. Seorang pemandu Grab dengan bangga berkata kalau dia rajin kerja hingga jam 12 tengah malam sehari boleh dapat RM400 hingga RM600. Saya kata kat dia kena bayar zakat tu. Dia terpelahan keretanya. Mungkin terangkat minyak terkejut. 3. Berapa ramai yang membayar zakat pampasan, zakat KWSP setelah bersara. Setelah dibersarakan? 4. Di katil hospital seorang wanita Cina berkata kat saya "Melayu senang maaa...Dialisis zakat bayar ooooo". 5. Dua tahun ini saya setiap tiga kali seminggu selepas Subuh bu...