Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Misi udara UKM 21.11.2012

Imej
20 November 2012-Cik Azimah Mahmud Pegawai Khas Tan Seri Naib Canselor membuat panggilan meminta saya datang ke lokasi bencana berhampiran FSSK. Sepuluh minit kemudian saya tiba berhampiran lokasi, Cik Azimah memberitahu bahawa Naib Canselor telah sampai di lokasi FST. Lima minit kemudian saya tiba di kawasan kompleks baru FST . Ketika memberi salam kepada Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin beliau berkata, "lepas ni naik heli rakam gambar kawasan dari udara". Akur dengan arahan Naib Canselor itu. Oleh kerana seharian pada hari Isnin 20 November itu cuaca mendung dan hujan maka misi tersebut ditangguhkan. Rombongan Naib Canselor bersama kumpulan jurutera hanya membuat tinjaun darah sahaja. Disebelah petang kira-kira pukul 4 petang Tuan Haji Zanudin Daud pegawai kanan Tan Sri memberitahu menerusi panggilan telefon bahawa esok 21 November Misi Udara akan berlepas pukul 10.00 pagi di Dataran Gemilang UKM. 21 November 2012 sa

Setelah lebih 50 tahun tak jumpa

Imej
10 November saya pulang ke Kedah untuk menghadiri kenduri di Sungai Petani dan Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Pada 11 November saya menghadiri majlis kenduri di rumah kakak sepupu saya di Permatang Pauh.Kak Kiah adalah sepupu saya anak kepada Mak Anjang. Dia sudah melepasi usia emas dan hampir sebaya dengan kakak saya. Mereka pernah menjadi teman sepermainan ketika masih kanak-kanak. Kakak saya telah berkahwin pada tahun 1965 dan berhijrah ke Kluang dan menetap di sana. Kerana kemiskinannya kakak saya tidak pernah balik ke utara (Kedah mahu pun Pulau Pinang). Saya kerap bertemu dengan dua insin ini kerana dengan rezeki yang ada, mampu ke Kluang dan balik utara. Selang dua minggu, kakak sepupu saya akan bertandang ke rumah besannya di Parit Jawa, Muar, Johor. Anak perempuannya yang telah bernikah pada 11 November akan menghadiri majlis bertandang ke rumah suaminya. Saya mengatur satu pertemuan antara kakak dan sepupu saya pada 25 November. Kebetulan anak

Di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Imej
Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan. Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor. Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan semu

Sungai Petani ke Tanjung Dawai Kedah ke Pulau Pinang

Imej
Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri , jom kita ke Tanjung Dawai. "Ada apa di sana ayah, "tanya along Atiqah. "Tak ke ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan  tak ada ka?". "Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen", Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah. Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta berbau belacan Tanjung Dawai. ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Selepas membuat daftar masuk di sebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya

Ada ketikanya.......

Saya telah lama tidak menulis dilaman ini. Maaf kerana sejak beberapa ketika saya harus berperang dengan takdir Allah. Allah menduga saya dengan cobaan yang agak berat untuk saya tanggani. Namun saya akan terus berjuang untuk hidup. Insyaallah saya teruskan demi kehidupan ini.

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

Imej
Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara Selasa, 24 Julai 2012 08:31 Berita dan Foto oleh Abd Raai bin Osman Penerbit UKM SINTOK, 17 Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada kemusnahan negara. Tengku Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu dipertahankan. Beliau yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan)  IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini. Beliau berkata melihat kepada perkembangan semasa

Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.

Imej
"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas. Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak. "Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya. "Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu. Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya d

Halalkah...?

Mendarat sahaja saya dan rakan-rakan di jeti Pulau Ketam, kami bertemu dengan restoran makanan laut. Saya singgah di sebuah restoran. Bau harum telur menyemarakan aroma. Memang sedap.  Kata tukang masak restoran itu, makanan tersebut ialah Lala (sejenis makanan laut seperti kerang atau siput). Campuran telur, tauge dan tepung ubi. Kalau dilihat pada cara masakannya memang menaikkan selera. Saya sekadar bertanya, "halal ke". Tukang masak itu bertanya kepada pembantunya seorang wanita Indonesia. Wanita itu sekadar tersenyum,. Saya terfikir, faham ke tidak wanita cina dan Indonesia itu status halal makanan mereka.  Ada pekedai memberitahu kepada saya bahawa " Melayu boleh makan ini ....". Saya sekadar tersenyum. Terdapat kedai yang melekatkan ayat بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ dan kalimah . Kedai itu menjual nasi campur dan penjaganya ialah wanita Indonesia.  Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kefahaman orang bukan Islam tentang status

Kita tidak seharusnya kalah.

Kita tidak seharusnya kalah, itu yang wajib saya beritahu kepada sahabat-sahabat dalam AJK Persatuan Alumni Peretak. Kami berusaha untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan pada 16 April 2012. Namun oleh kerana Menteri perlu berada di Parlimen maka AJK hanya dapat bertemu pada 18 April. Mereka bersiap sedia dengan berbagai maklumat. Malahan sdra Baha dari Dungun, Terengganu, sdra Samsudin Oli dari Kedah datrang pada 17 April dan bermalam di Kuala Lumpur. Pada malam17 April saya menyambut ulangtahun kelahiran bersama keluarga bilamana anak kedua belanja makan. Kemudian saya bergegas ke Kuala Lumpur kerana Samsudin dan Baharudin menanti di sana. Sebenarnya hari itu saya dapat menyambut bersama-sama mereka. Sdra Samsudin, Baha, Hafis, Mizwan dan sdri Noni turut bersama. Hebat sangat ke program kami nak bertemu menteri? Kata sdra Samsudin, ada pihak yang tidak percaya dengan pertemuan tersebut. Alhirnya pertemuan itu berlaku tanpa saya. Saya wajib bertemu doktor pakar di Hospital UKM.

Saya bukan sekadar lilin yang menyala.......

Imej
Ketika saya dijemput menghadiri Malam Anugerah Seni UKM 2011 oleh seorang pelajar tidak terfikir pun bahawa pada malam itu akan dianugerahkan sekeping sijil. Sijil yang mengiktirafkan saya sebagai Jurulatih untuk tempuh 20 tahun. Sememangnya saya telah lama berkhidmat di UKM sebagai Jurufoto sejak tahun 1979. Namun saya telah memulakan perkhidmatan sebagai Jurulatih Seni Foto sambilan selepas itu. Semasa saya memulakan tugas mengajar dan membimbing pelajar dalam bidang seni foto masih lagi menggunakan filem. Malahan saya pernah mengajar mereka memproses filem hitam putih dan mencetaknya. Setiap hari Sabtu saya akan bersama-sama pelajar-pelajar di kampus. Saya tidak pernah merasai nikmat bercuti hari Sabtu seperti orang lain, kecuali ketika pelajar bercuti di pertengahan atau akhir semestar. Pelajar bersilih ganti. Sehingga kini saya telah melatih mereka hampir lima ratus orang. Cabaran memang ada. Setelah teknologi digital maka saya harus mempelajari teknologi itu. Saya perlu mengha

Menjadi penal penilai kursus pengendalian video

Sesekali saya dijemput menjadi penal penilai bengkel pengendalian vedio oleh Penerbit UKM. < Sila klik   >

Wartawan, Ahli Parlimen dan Wartawan.

Saya menerima mesej ringkas dari seorang sahabat Zabidi yang berbunyi "Al Fatihah,mantan Ahli parlimen Hulu Langat, Dato' Badrol Hisaham Abd Aziz telah kembali ke Rahmatollah jam 3 petang tadi, Jumaat di Hospital Serdang ". Selepas itu saya menghubungi seorang sahabat yang juga sahabat baiknya Saliman Leman. Saliman sudah menggetahui kepergian Dato' Badrol dan Saliman dalam perjalanan ke banglo arwah di Mutiara Bangi. Saya tiba kemudiannya dan jenazah belum tiba. Dua puluh minit kemudian kereta jenazah tiba dengan diiringi pengiring Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Saya sempat membantu mengangkat jenazah Allahyarham sehingga ke ruang tamu. Saya sempat juga menyertai tahlil ringkas yang dipimpin oleh Dato' Osman Desa yang menjadi jiran sebelah banglao Allahyarham Badrol. Saya kembali dapat bertemu dengan Allahyarham selepas bersara dari Ahli Parlimen Hulu Langat. Sebagai YB beliau sibuk dengan tugasannya maka peluang untuk bertemu dengannya agak sukar.

Sesekali Jurufoto berbicara 2

Saya nak sambung mengenai bengkel yang telah diadakan oleh Jurufoto dalam Perhidmatan Awam. Kalau yang agak masih diperingkat usul dan ura-ura tak maulah saya tulis. Bukan apa kuatir menjadi rasmi pula. Kerana apa yang bincang dalam pertemuan ini ialah masih dalam proses untuk memurnikan lagi. Komuniti kami besar sebenarnya. Namun keahlian dalam sati-satu agensi masih kecil. Jurufoto di RTM, Bernama, Jabatan Penerangan boleh dikatakan mempunyai jumlah penjawat yang ramai. Mereka agak tersusun tetapi bagi agensi lain sperti IPTA, dan badan-badan berkanun lain agak kurang. Misal UKM mempunyai hanya 14 orang Jurufoto. Itu pun ditempatkan diperbagai fakulti dan jabatan. Sebab itu kami bentuk persatuan yang mana pada masa akan datang ia akan menjadi kesatuan dengan matlamat nak menjaga kebajikan ahli-ahli. Memang ada jurufoto yang menganggotai kesatuan di agensi masing-masing tetapi dengan wujudnya kesatuan jurufoto adalah diimpikan agar semua ahli boleh berkomunikasi dalam satu komunit

Sesekali Jurufoto berbicara 1

Imej
Foto oleh: Mahayudin Mohamad , BERNAMA Kami komuniti sepi ketika bertugas. Ada kalanya kami seperti bersaing di arena. Kami memang berebut-rebut mencari sudut ketika merakam gambar. Ketika-ketika tertentu kami seperti bermusuhan ketika mencari sudut untuk memperolehi komposisi yang baik.  Siapa kami? Semua orang mengenali kami apabila memegang kamera. Semua orang suka kepada kami ketika dapat melihat hasil kerja kami. Tetapi kami bergelut dengan perasaan ketika isteri sarat mengandung lapan bulan. Takut-takut isteri bersalin tanpa kami. Ketika ayah atau ibu sedang sakit kami berperang dengan emosi kerana mereka amat perlu di sampingnya. Namun demi rezeki, mereka semua pasrah melepaskan kami ke tempat mencari rezeki. Ada ketikanya kami pulang larut malam, awal pagi ketika semua orang sedang bermimpi indah. Sedangkan ada rakan-rakan kami sedang meneropong masalah orang lain yang ditimpa musibah seperti banjir, tanah runtuh. Saya telah menulis di sini ila tekan> Tapi itu semua

Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

Imej
3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur. Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah. Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain. Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan. amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sam