Sesekali Jurufoto berbicara 1

Foto oleh: Mahayudin Mohamad, BERNAMA
Kami komuniti sepi ketika bertugas. Ada kalanya kami seperti bersaing di arena. Kami memang berebut-rebut mencari sudut ketika merakam gambar. Ketika-ketika tertentu kami seperti bermusuhan ketika mencari sudut untuk memperolehi komposisi yang baik. 

Siapa kami? Semua orang mengenali kami apabila memegang kamera. Semua orang suka kepada kami ketika dapat melihat hasil kerja kami. Tetapi kami bergelut dengan perasaan ketika isteri sarat mengandung lapan bulan. Takut-takut isteri bersalin tanpa kami. Ketika ayah atau ibu sedang sakit kami berperang dengan emosi kerana mereka amat perlu di sampingnya. Namun demi rezeki, mereka semua pasrah melepaskan kami ke tempat mencari rezeki.

Ada ketikanya kami pulang larut malam, awal pagi ketika semua orang sedang bermimpi indah. Sedangkan ada rakan-rakan kami sedang meneropong masalah orang lain yang ditimpa musibah seperti banjir, tanah runtuh. Saya telah menulis di sini ila tekan>

Tapi itu semua masalah yang kami kongsi bersama-sama dengan anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Pra Medik dan sebagainya. Itulah kami Jurufoto yang bertugas di sektor kerajaan. Apa istimewanya kami? Ya tiada yang istimewa, tetapi ada diantara kami yang bertugas bersama doktor di bilik bedah berjam-jam lamanya. Ada yang bertugas di pekat malam ketika orang yang membuat maksiat. Kejadian itu perlu dirakam oleh kami.

Hari ini kami mengupas semua itu. Tetapi intipatinya tidak perlu saya terangkan diruangan ini kerana ianya masih perlu dirahsiakan kepada umum.

Hari ini kami meluahkan semua masalah dalam satu bengkel yang serius. Kami tidak main-main. Malahan di bengkel kami tiada orang datang untuk merakam gambar. Kami kupasa masalah tanpa perlu orang lain tahu. Mungkin kepada keluarga kami harus rahsiakan dulu kerana ini adalah rahsia kerajaan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah