01 Disember 2012

Setelah lebih 50 tahun tak jumpa

10 November saya pulang ke Kedah untuk menghadiri kenduri di Sungai Petani dan Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pada 11 November saya menghadiri majlis kenduri di rumah kakak sepupu saya di Permatang Pauh.Kak Kiah adalah sepupu saya anak kepada Mak Anjang. Dia sudah melepasi usia emas dan hampir sebaya dengan kakak saya. Mereka pernah menjadi teman sepermainan ketika masih kanak-kanak.

Kakak saya telah berkahwin pada tahun 1965 dan berhijrah ke Kluang dan menetap di sana. Kerana kemiskinannya kakak saya tidak pernah balik ke utara (Kedah mahu pun Pulau Pinang).

Saya kerap bertemu dengan dua insin ini kerana dengan rezeki yang ada, mampu ke Kluang dan balik utara.





Selang dua minggu, kakak sepupu saya akan bertandang ke rumah besannya di Parit Jawa, Muar, Johor. Anak perempuannya yang telah bernikah pada 11 November akan menghadiri majlis bertandang ke rumah suaminya.

Saya mengatur satu pertemuan antara kakak dan sepupu saya pada 25 November. Kebetulan anak-anak saudara saya berkelapangan pada hari tersebut. Justeru dua buah kereta dari Kluang datang ke Muar.

Sekali lagi, Allah mengizinkan sebuah pertemuan. Ketika kami tiba di sebauh hotel murah di Parit Jawa, kami disambut oleh keluarga kakak sepupu saya. Oh, sebuah pertemuan penuh bermakna telah berlaku. Sukar saya ingin gambarkan perasaan mereka. Maka pertemuan itu telah disaksikan oleh anak-anak menantu dan cucu-cucu mereka. Itulah kuasa Allah.

Saya merasakan lega kerana usaha yang besar ini berjaya dilakukan. Pada saya ia amat besar sejarahnya sebelum saya menghembus nafas terakhir. Syukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Galeri

Awas! Keretapi nak melintas.

Pernah naik keretapi? Keretapi cara lama yang memenatkan! Mungkin itu ungkapan yang pernah kita dengar. Sebelum tahun 1995 tidak semua ora...