Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.


"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas.

Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak.

"Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya.

"Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu.

Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya dipelawa makan Lala bersalut telur. Memang nampak sedap dan kelihatan halal namun keraguan masih wujud.

Masing-masing yang kelaparan hanya minum air tin atau roti yang biasa kita makan di kebanyakan kedai. Mujur tidak ada yang kebuluran..........

Pada lazimnya, jurufoto/karyawan foto harus belajar mencari kesusahan maka saya fikir kami telah bersedia dengan keadaan iu. Maka apa yang kami lalui sepanjang empat jam di Pulau Ketam satu pengalaman yang menarik.

Kami harus belajar bagaimana pegawai kerajaan lain yang bertugas di sana melalui keadaan begitu. Belajar bagaimana budaya, kehidupan dan budi bahasa mereka. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Cina. Terdapat yang tidak tahu bercakap melayu, namun terdapat rakan-rakan meraka yang menjadi penterjemah kepada kami.

Kami bersyukur terdapat Pusat Islam di Pulau Ketam dimana tersedia sebuah surau yang sempurna.Kami semua bersolat Zohur di situ. Pada hemat saya Islam segar di mana-mana. Hasil pengamatan saya surau tersebut diurus dengan baik kerana terdapat kelengkapan asas yang sempurna. Terdapat Al Quran yang jaga dengan sempurna.

Oleh itu saya fikir ada pihak-pihak pendakwah mampu ke sana demi memastikan umat Islam boleh menambah ilmu-ilmu Islam.

Paling tidak pun pendakwah kita boleh  ke sana menyebarkan ilmu Islam agar orang memahami beberapa perkara asas seperti kebersihan dan makanan halal. Paling tidak ada nelayan-nelayan yang akan menyediakan makanan dari laut seperti ikan, sotong, ikan bilis yang dikeluarkan mengikut kaedah yang halal!


Saya amat yakin makanan halal mampu menarik minat orang Islam ke Pulau Ketam. Ada ketikanya saya dipelawa makan makanan  Lala bercampur telur. Kalau mengikut bau, dan cara diadunkan ia mungkin tidak dicampur dengan elemen bahan tidak halal, namun oleh kerana kurang yakin maka saya masih was-was.

Ketika menuju  ke jeti untuk pulang saya melihat terdapat pelawat yang membawa anjing bersamanya. Maka pada fikiran saya mungkin gadis itu memikirkan itu adalah haiwan peliharaan. Mungkin pada pendapatnya tidak ramai orang Islam yang akan menaiki feri.

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.

Pulau ini mampu memberi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana untuk sampai ke sini amat mudah. Kalau dari Kuala Lumpur, kita perlu menaiki komuter ke Pelabungan Klang.

Menaiki feri yang berhawa dingin kita hanya perlu membayar RM7.00 sahaja. 

< Pautan yang berkaitan >

Ulasan

Unknown berkata…
Salam En. Abd Raai, saya Saadah pelajar tahun 2 UKM. Saya ingin mencari lokasi untuk kerja lapangan bagi menyempurnakan kajian saya mengenai permainan tradisional kaum cina.Boleh saya tahu pendapat Encik, adakah sesuai lokasi perkampungan orang cina di Pulau Ketam ini dan daripada lawatan Encik di Pulau ini, adakah encik menjumpai permainan-permainan warisan kaum cina seperti mahjong dan sebagainya? Maklumbalas dari pihak encik amat saya hargai.tq
Pulau Ketam antara lokasi yang boleh dilakukan kajian ini. Saya juga ingin mencadangkan juga jika Saadah boleh pergi ialah di Kuala Sepetang Taiping, Perak.

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat