Wartawan, Ahli Parlimen dan Wartawan.

Saya menerima mesej ringkas dari seorang sahabat Zabidi yang berbunyi "Al Fatihah,mantan Ahli parlimen Hulu Langat, Dato' Badrol Hisaham Abd Aziz telah kembali ke Rahmatollah jam 3 petang tadi, Jumaat di Hospital Serdang ". Selepas itu saya menghubungi seorang sahabat yang juga sahabat baiknya Saliman Leman. Saliman sudah menggetahui kepergian Dato' Badrol dan Saliman dalam perjalanan ke banglo arwah di Mutiara Bangi.

Saya tiba kemudiannya dan jenazah belum tiba. Dua puluh minit kemudian kereta jenazah tiba dengan diiringi pengiring Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Saya sempat membantu mengangkat jenazah Allahyarham sehingga ke ruang tamu. Saya sempat juga menyertai tahlil ringkas yang dipimpin oleh Dato' Osman Desa yang menjadi jiran sebelah banglao Allahyarham Badrol.

Saya kembali dapat bertemu dengan Allahyarham selepas bersara dari Ahli Parlimen Hulu Langat. Sebagai YB beliau sibuk dengan tugasannya maka peluang untuk bertemu dengannya agak sukar. Beberapa kali dalam majlis rasmi atau di majlis kenduri beliau tetap ramah dengan saya dan isteri.

Saya dan isteri mengenali Allahyarham ketika beliau bertugas secara kontrak di Pejabat Perhubungan Awam UKM. Allahyarham Badrol satu pejabat dengan isteri saya dengan mengendalikan majalah rasmi UKM Senada. Allahyarham merupakan alumni UKM.

Saya bersama Saliman Leman pernah bersama dengan Allahyarham ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menyelesaikan masalah skim perkhidmatan Jurufoto. Badrol menjadi pemandu kami. Malahan Saliman dan Badrol menjadi rakan baik kerana kerja sambilan menjual kereta terpakai.

"Aku tak boleh kerja macam orang pejabat. Aku suka bekerja luar pejabat", kata Allahyarham kepada saya. Akhirnya beliau menjadi warga Utusan. Sehinggalah menjawat jawatan yang tinggi di situ. Ketika itu saya berpeluang menulis beberapa tulisan untuk Utusan Malaysia di dalam ruangan Kisah Benar.

Ada ketikanya jika beliau tiada di rumah Datin Noraini menjadi penerima artikel saya samada di rumah atau di pejabatnya. Sekali tu ketika bertemu dengannya di pasar malam Badrol berkata, "cerita kau minggu ni macam kau belasah pak saudara je?". Badrol macam mengetahui isi hatiku.

Kemudian Allahyarham Badrol mencurahkan baktinya sebagai alhi politik. Ketika Allahyarham menjadi YB, saya kurang bertemu dengannya kerana saya bukan orang politik. Akhirnya setelah bersara dan sesekali bertemu dengannya dia menjawab "apa lagi aku kembali menjadi Wartawanlah....pengarang di Agenda Dialy. Tetapi kali ini saya tidak menulis dan mengirimkan artikel di blog kelolaannya kerana ia adalah blog politik.

Petang semalam Dato' Badrol telah pergi dengan tenang setelah sering keluar masuk hospital. Saya memahami penyakitnya kerana setiap kali bertemunya,saya diluar dan beliau berada di dalam keretanya.

Kepada saya beliau kembali bertemu Ilahi dengan kerjayanya sebagai Wartawan. Saya berkata begitu kerana sehingga saat-saat akhirnya pada 14 Feb 2012 tulisannya masih ditulis di Agenda Daily bertajuk, Memo panjang dan pengalaman pahit dewasakan saya .... 

Saya telah kehilangan seorang sahabat. Walaupun telah lama saya kehilangannya kerana protokol dan masa. Namun saya masih ingat kenangan bersamanya. Kenangan ketika tunjuk perasan pelajar UKM membantah sistem trafik. Kenangan beliau memberi peluang menulis di Utusan dan sebagainya.

Ketika ini Badrol telah menemui Penciptanya dan kita juga. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas. Menurut seorang rakan semalam ketika saya menziarahinya Allahyarham,  tanah perkuburan itu merupakan hasil sentuhan usahanya ketika menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat.

Kepada Allah Dia Datang, Kepada Allah Jua Dia Kembali. Al- Fatihah....Amin.

Ulasan

Inilah chating Facebook terakhir saya bersama Allahyarham:

Badrul Hisham Abdul Aziz

askm Raai..., kau tengah buat apa tu....saja2 chat sbb dah lama tak jumpa.

Abd Raai Osman
5hb Ogos 2011
Abd Raai Osman

Assalamaualaikum. Dok masukkan kat gambar kat dalam store

Dato sihat ke?

Badrul Hisham Abdul Aziz
5hb Ogos 2011
Badrul Hisham Abdul Aziz

ah... bukan tengah chating ke... kah kah kah

Abd Raai Osman
5hb Ogos 2011
Abd Raai Osman

taklah.....kalau org tegur tu chat jugak lah

sambil buat kerja

Badrul Hisham Abdul Aziz
5hb Ogos 2011
Badrul Hisham Abdul Aziz

oklah tu chat sambil buat kerja, jangan buat kerja sambil chat... nanti kerja semunya tak jadi

Abd Raai Osman
5hb Ogos 2011
Abd Raai Osman

betol

lama tak jumpa kat Bangi?

Badrul Hisham Abdul Aziz
5hb Ogos 2011
Badrul Hisham Abdul Aziz

ok bro...jumpa lagi... mungkin kat parking ketika ambil mem masing-masing

Abd Raai Osman
5hb Ogos 2011
Abd Raai Osman

ok


**Jumpa kat parking tu maksudnya kami kerap bertemu ketika mengambil isteri di tempat letak kereta komuter UKM. Tapi saya terkilan tak sempat nak beritahu bahawa saya dah tak ke sana kerana isteri telah memandu kereta ke KL.

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah