Catatan

Aidil Fitri 1445/2024

Imej
29 Syawal 1445: Majlis hari raya Aidilfiri anjuran Persatuan Pesara UKM. ................. Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Kemeriahan terasa buat saya secara peribadi. Banyak pertemuan dengan keluarga dan rakan2 berlaku pada tahun ini. Saya hadir ke majlis jamuan Aidilfitri hari ini dengan penuh makna. Bertemu rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa. Walaupun kami tinggal dalam lingkungan Bandar Baru Bangi tapi jarang berjumpa kecuali di masjid, surau atau mall. Dulu kami antara insan yang menjadi pembangun UKM baik sebagai tenaga akademik, pentadbir dan staff sokongan. Ada di antaranya adalah insan2 hebat dan terkenal sebagai pemikir negara. Tenaga mahir kepada negara kini kami telah tiada kudrat. Kami hanya mampu tersenyum walaupun ada dailog yang lucu. Inilah perubahan yang kami lalui. Ada yang bertongkat, ada yang berkerusi roda. Kamilah yang akan menziarah rakan2 ini setelah mereka pergi kelak. Dunia buat kami adalah penghujung. Pertemuan kami hanya berkisar cara ...

Ayah Dan Anak

Imej
Foto: Google Saya sampai di rumahnya ketika dia sedang membaca Al Quran. Katanya telah habis khatam 16 kali. Dia pesakit jiwa. Masa dia normal dia lakukan ibadat seperti orang sihat. Dua bulan sekali cucuk ubat tenteram jiwa. Berpisah dengan isteri dan ada anak dua pasang. Bekas isteri tidak benar jumpa anak-anaknya. Kesihan dia. Rasanya perpisahan itu tiada masalah bagi saya cuma memisahkan anak dengan ayah adalah ZALIM! Saya pesan kepada abang sulungnya, teruskan istiqamah membaca Al Quran dengan doa agar bekas isterinya insaf untuk membenarkan anak-anaknya bertemu ayah.mereka. Di akhirat kelak dia tetap seorang ayah.

Sukan Rakyat

Imej

Saya Redho Segala Ujian Allah

Imej
 Gambar sumber: Google. Kita semua ada dugaan dalam hidup ini. Ketika diuji oleh Allah SWT jangan anggap ia satu ujian yang berat untuk kita.  Ketika saya diuji dengan penyakit sejak 24 tahun dulu tiada siapa yang tahu sebab saya rahsiakan ujian itu. Saya melihat ujian yang bermula ketika usia 11 tahun amat berat apabila ayah pergi meninggalkan saya dan ibu dalam kemiskinan.  Hidup tanpa wang dan harta. Dihina sebagai anak yatim dan balu yang miskin. Kami tidak merungut walaupun tidak pernah mendapat agihan zakat. Dihujung kehidupan, wujud pelangi apabila saya bekerja dan arwah ibu tinggal dalam kesenangan.  Inilah kehidupan kita, saya bisik kepada ibu. Namun Allah SWT uji lagi apabila ibu mengidap Leukimia ketika sedang sedap melayan cucu-cucunya. Meninggal ibu selepas itu diribaan saya dan Acik Mah .  Rupanya kematian seorang ibu satu insiden yang begitu mempengaruhi emosi saya. Rupanya ujian sebelum ini bukan ujian yang hebat.  Kematian ibu lebih hebat....

Hidup Ini Kena Redho

Imej
  Hari ini di pusat hemodialisis ada dua pesakit baharu, seorang lelaki dan seorang lagi wanita datang untuk dapat jadual rawatan.  Foto: Sumber Google Pesakit lelaki telah diarah buat dialisis dua bulan lalu tapi masih menangguhkan rawatan sebab belum ada tanda-tanda bengkak kaki dan kencing masih bersih.  Saya tanya kreatinin berapa dia jawab 600 lebih. Kata isteri suaminya masih bertenaga dan mampu naik basikal untuk riadah.  Wanita itu masih muda datang dengan adik beradiknya. Tiup telah dipasang pada leher secara kecemasan. Mereka terkejut bila saya beritahu masih mampu berpuasa sejak lima tahun lepas dan tahun sudah masuk hari ketujuh.  Sebagai pesakit, saya nasihatkan kepada mereka jika telah berada keadaan begini jangan dengar cakap orang yang tiada pengalaman sebagai pesakit atau keluarga pesakit. Jangan terperangkap dengan dakwaan apa-apa ubat kononmya boleh memberhentikan rawatan dilaisis kecuali tukar buah pinggang, itu pun jika ada penderma.  S...

Motivasi Daripada Saya

Imej
1. 2015 jam 12 tengahari saya dibawa masuk ke bilik bedah. Jam 6.30 petang saya dibawa keluar ke wad CCU. Acik Mah  di hujung troli dan kakak kesayanganku mengiringi saya. Waktu itu sejam lagi orang akan berbuka puasa 1 Ramadan.  Malam itu saya kambali tidur hingga tengahmalam dan sedar kemudian bersolat Isyak dan Maghrib yang tertinggal. Esoknya 2 Ramadan saya belum berpuasa hingga jumlah puasa tertinggal ialah 22 hari. Saya ganti selepas itu.  2. Banyak siri-siri pembedahan kecil dilakukan dalam beberapa kali bulan Ramadan termasuk tahun 2023. 3. Tahun 2019 saya memulakan rawatan dialisis dengan tandatangan doktor bahawa untuk seumur hidup. Kenapa perlu dialisis? Ya perlu kerana kandungan toksik dalam badan telah tinggi bila mana air kencing dalam buah pinggang tidak boleh keluar lagi.  Jika dibiarkan air ini akan merebak ke paru-paru, jantung dan merbahaya! Saya akur walaupun ada orang suruh makan macam-macam suplement. Tahun ini kali kelima saya jalani ibadah pua...

Ujian Saya

Imej
 24 Feb Sabtu jam 1.30 Jabatan Kecemasan HCTM: Acik Mah dibawa masuk ke Zon Kritikal. Saya hanya tunggu di luar untuk urusan dokumentasi. Qila Ra'ai mencari parkir di kawasan HCTM. Saya biarkan dia tidur di dalam kereta tapi dengan pesan jangan hidupkan enjin dan buka sedikit tingkat serta kunci pintu kereta.  Saya berada di kerusi menunggu dengan menahan mengantuk kerana siang tadi membuat dialisis. Tapi mata tidak boleh tidur kerana keadaan tidak selesa. Sambil-sambil itu saya melayan seorang lelaki cina yang menunggu ayahnya masuk zon merah kerana masalah paru-paru. Fikiran menerawang kepada Acik Mah yang tadi mendapat arahan Poliklinik UKM Bangi agar dibawa ke mana-mana hospital. Tekanan darahnya normal tapi nadinya 133/minit.  Saya tidak mahu ganggu kerja pasukan perubatan kerana fahaman saya jika terlalu kritikal sudah pasti mereka akan panggil waris. Sebagai suami pada hemat saya elok isteri saya berehat dan tenangkan fikiran. Jam 5 pagi saya minta izin masuk untuk...

Terowong Smart Kuala Lumpur

Imej
Sila klik  Gambar Sila klik Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir  ( Inggeris :  Stormwater Management and Road Tunnel ; kependekannya:  SMART ; kod:  ) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di  Kuala Lumpur ,  Malaysia  dan merupakan satu  projek kebangsaan  di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan  terowong  lencongan air yang terpanjang di  Asia Tenggara  dan kedua terpanjang di Asia. [1]  | Sumber Wikipedia.

Scammer: Pencuri Moden

Imej
Foto dari Google. Scammer: Saya perhatikan sejak 5/6 tahun ini, kegiatan scammer cukup aktif. Namun masih ramai orang yang terkena tipu (scam). Antara perkara yang harus dilakukan ialah: 1. Anak-anak ajar ibu ayah cara penggunaan telefon bimbit yang bijak jika kalian telah membeli telefon yang canggih.  2. Wargamas harus bijak menjadi ahli group whatsap (masjid, surau, ahli pesara)  kerana di dalamnya ramai ahli yang mampu mengajar bagaimana nak elak discam. 3. Masjid atau surau boleh prihatin dengan masalah ini misalnya menampal poster peringtan atau anjurkan taklimat dengan memanggil pihak PDRM untuk membantu. 4. Wargamas harus jadi bijak berfikir jika masih kuat ingatan. Jika tidak jangan guna langsung apa-apa telefon yang canggih.  5. JIKA ANDA DALAM KALANGAN YANG MEMPUNYAI WANG YANG LUMAYAN DI MANA-MANA BANK, WASPADA SENTIASA KERANA ANDA ADALAH MANGSA MEREKA!! https://www.facebook.com/share/p/ppMGiaeLdteLj8Md/?mibextid=oFDknk

Setelah Tua

Imej
  Foto: Sumber Google Kehidupan setelah tua banyak dugaannya. Jika anda sihat amat bersyukur namun kena bersedia jika tiba-tiba jatuh sakit. Ramai yang menyebut itu hukum Allah kerana dosa semasa muda tidak jaga badan.  Anda yang terpilih kerana mengidap penyakit kronik harus bersikap redho. Lapangkan hati ia adalah ujian Allah. Lagi parah jika semasa muda anda jaga badan tetapi sampai masa dapat penyakit jantung, buah pinggang , barah dan sebagainya. Antara persediaan dari muda ialah;  1. Pantau tahap kesihatan jika ibu ayah pernah ada penyakit kronik 2. Simpan wang melalui cara yang selamat misalnya di Tabung Haji, ASB atau mencarum dengan insuran.  3. Tanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak agar mereka ada rasa sayang ketika kita tua kelak. Jika kehidupan mereka tidak hebat dalam pelajaran jangan keciwa kerana mungkin itulah anak yang akan jaga anda ketika terlantar tenat. 4. Ajar ilmu agama agar mereka rehdo dengan takdir Allah. Jangan ketika sakit mereka ha...

Usah Cipta Alasan Untuk Tunai Haji

Imej
Sila klik untuk baca: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07/586837/usah-cipta-alasan-elak-tunai-haji Dapatkan buku tulisan saya. Sila whatsap ke 0193393308. Harga RM40 kos pos RM6 (Sabah & Serawak kos pos RM12) 

Mati Dalam Tidur

Imej
 Saya telah dirujuk dengan doktor pakar paru-paru setelah  melalui proses MRI.  Saya didapati tidur  berdengkor  ketika proses MRI ke atas jantung selama lebih dua jam.  Foto: Sumber Google Doktor meminta saya masuk wad untuk Sleep Study dan hasilnya paru-paru saya terhenti sebanyal 51 kali dengan kadar 26 saat. Kenapa saya tulis untuk kes in? Ya  jika kes ini dibiarkam resiko kematian dalam tidur akan berlaku. Memang sebelum ini saya hanya dapat tidur sekitar satu atau tiga jam sahaja waktu malam.  Saya akan terjaga dan bangun mengejut. Ini amat menakutkan isteri saya. Ada masanya  saya bercakap dalam tidur seperti memberi ceramah. Paling menakjubkan saya membaca ayat Quran dan berwirid apa saja yang saya hafal.  Saya rujuk bab mati dalam tidur tapi tidak banyak dalil yang saya jumpa bab kebaikannya.  Ada rujukan dari sudut agama dan sila rujuk di https://semakhadis.com/sesiapa-yang-tidur-dalam-keadaan-bersuci-kemudian-dia-meningga...

Genap Empat Tahun Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Imej
  Foto: Sumber Google Terima kasih tidak terucap kepada rakan-rakan FB yang saya kenal dan tidak. Kalian pilihan Allah untuk memberi sokongan untuk saya.  Saya tidak menjangka dapat berada di dunia ini selepas 4 tahun setelah saya menandatangan borang dialisis  yang doktor beri..."Dialisis seumur hidup". Saya berada dalam kelompok insan-insan terpilih oleh Allah. Setiap tiga kali seminggu kami bertemu untuk empat jam membersih darah dan kumbuhan.  Sepanjang 4 tahun keluar masuk hospital adalah lumrah. Ia cabaran buat diri sendiri dan keluarga. Paling sedih Acik Mah (isteri)  yang 24 jam bersama saya. Dia insan pilihan Allah buat saya dan jika semasa muda saya abaikan dia sudah tentu satu penyesalan akan terjadi. Saya akui sakit menyuci dosa. Tapi kepada orang lain saya tak sanggup nak sebut hal ini. Amat terasa jika ini disampaikan kepada pesakit.  Pesan saya kepada rakan senasib dengan saya kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Baca Quran. Bermaafan. Bersede...

Jom Lawat Kedai Saya

 Berminat hendak tempah buku tulisan saya?  Sila lawat https://shp.ee/ptphseu

Takdir Allah

Imej
  Jika anda membaca status saya tentang hubungan anak, isteri, suadara mara bukan bermaksud saya ada masalah dengan mereka. Mereka tiada masalah tapi saya menghayati masalah ini ketika berada di klinik, wad dan seumpamanya. Ada ibu ayah ketika di katil hospital sepenuhnya diuruskan oleh petugas wad baik urusan membersih bahagian bawah dan sebagainya. Ada pesakit sebelah katil saya menjadi pertikaian antara keluarga sehinggalah jam 1 pagi meninggal ketika saya terjaga. Ada pesakit yang sedang dibedah tapi keluarga berkampung di luar bilik bedah. Bayangkan perasaan mereka menghadapi suasana ini , Ada pesakit menunggu pengesahan bayaran sebelum dibedah. Oleh itu jika hari ini jika ada dalam keluarga yang sedang menderita sakit ziarahilah mereka. Hulurkan tangan mana tahu kita ada dosa dan mereka juga ada dosa. Tahukah kita dengan ada keluarga yang sakit ia adalah sumber kita memperolehi pahala? Semoga dengan ziarah itu ada ubat yang mujarab buat mereka. Terutamanya buat ibu atau ayah....

Ketika Kita Sakit

  Aturan hidup bukan daripada kita. Semua Allah yang tentukan, kita hanya berdoa dan berusaha,... Ketika kita tua kita biasanya akan bersama isteri atau suami. Itu pun jika Allah nak uji kita akan pergi dulu atau pasangan kita pergi dulu tanpa boleh buat pilihan. Sebab itu jika ada yang setia itu bonus kita. Kita mahu ada anak bersama kita. Tidak ,meraka ada pilihan sebab joldoh mereka Allah yang aturkan. Jangan sedih jika mereka berjauhan kerana ikut pasangan. Tahukah kita ada anak-anak yang masih belum ada jodoh. Mungkin Allah telah takdirkan dia adalah anak yang akan jaga kita ketika sakit. Jangan mengeluh pada takdir, semuanya adalah keindahan rahmat-Nya. Latihlah diri agar sentiasa memakbulkan doa kita.

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Imej
Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas...

Selepas Lima Tahun Kita Bersara

Imej
| Kesihatan Dan Wang Selepas Bersara | Setelah Anda Bersara | K etika sampai tarikh bersara kita akan melahirkan rasa syukur tidak terhingga. Tidak kisah kita bersara sebagai penjawat awam atau swasta. Malah ada juga usahawan akan mengambil keputusan bersara apabila tiba masanya. Dalam artikel ini saya ingin menyentuh bersara sebagai penjawat awam dan swasta. Dengan kata lain anda bersara sebagai kakitangan yang makan gaji. Persaraan yang kita ketahui pada masa kini tidak wujud sehingga lebih kurang 200 tahun dahulu. Sebelum Zaman Perindustrian bermula di Eropah dalam tahun 1700an. -@Azizi Ali, Buku Pesara Jutawan. Di Malaysia kini menjadi trend apabila ada kakitangan awam yang bersara awal sebelum sampai tarikh bersara wajib (option). Ada kakitangan yang bersara ketika usia 55 tahun, 58 tahun. Malah ada yang lebih awal. Lebih-lebih lagi jika kakitangan awam telah mencapai tempuh perkhidmatan selama 30 tahun.  Mereka akan memperolehi jumlah pencen bulan sebanyak 60% dari gaji terak...

Selamat Berangkat Abang Mad

Imej
  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarham abang ipar saya. Dialah abang ipar dan dia juga bagai abang sejak dari tahun 1965. Sejak 2020 saya dan keluarga tidak dapat beraya dengannya dan kujungan hujung minggu lepas adalah yang terakhir. Berpeluang saya menjadi Imam solat jenazahnya dan berpeluang membaca Al-Quran sebelum beliau dihantar untuk dikebumikan. Pada asasnya jurang umur jauh (79 dan saya 65) maka ketegasan sebagai abang semasa kecil amat memberi menafaat buat saya. Sebagai guru mengajar Quran, saya bersyukur di hari kematiannya Al Quranlah berkumandang di sisi jenazahnya yang dibaca oleh anak cucunnya. Kita bagaimana meletakkan Al Quran dalam hudup ini?? °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Aisyah r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ada orang yang akan dikumpulkan bersama para syuhada?" Beliau bersabda, "Ya, ada. Iaitu orang yang ingat mati sebanyak d...

Catatan Buat Abang Ipar Saya

Imej
Dia telah pergi dalam usia 79 tahun. Saya kenali arwah sejak kecil dan berkahwin dengan kakak saya Timah ketika lagu Oh Fatimah sedang popular. Di usia emasnya beliau rajin belajar Al Quran dengan beberapa orang Qari di Johor. Semangat Qari kebangsaan Haji smail Hashim dan sepupunya Haji Abdul Ghani Abdullah menghasilkan beliau mahir membaca Al Quran dan menjadi guru Quran dan mengajar anak-anak kakitangan penjara Kluang berhampiran kampungnya di Kluang. Arwah tidak bersekolah tinggi.