Setelah Tua

 

Foto: Sumber Google


Kehidupan setelah tua banyak dugaannya. Jika anda sihat amat bersyukur namun kena bersedia jika tiba-tiba jatuh sakit. Ramai yang menyebut itu hukum Allah kerana dosa semasa muda tidak jaga badan. 


Anda yang terpilih kerana mengidap penyakit kronik harus bersikap redho. Lapangkan hati ia adalah ujian Allah. Lagi parah jika semasa muda anda jaga badan tetapi sampai masa dapat penyakit jantung, buah pinggang , barah dan sebagainya.


Antara persediaan dari muda ialah; 

1. Pantau tahap kesihatan jika ibu ayah pernah ada penyakit kronik

2. Simpan wang melalui cara yang selamat misalnya di Tabung Haji, ASB atau mencarum dengan insuran. 

3. Tanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak agar mereka ada rasa sayang ketika kita tua kelak. Jika kehidupan mereka tidak hebat dalam pelajaran jangan keciwa kerana mungkin itulah anak yang akan jaga anda ketika terlantar tenat.

4. Ajar ilmu agama agar mereka rehdo dengan takdir Allah. Jangan ketika sakit mereka hanya pandai merebut harta kita. 

5. Latih diri jangan terlalu fikir keduniaan. Fikir akhirat walaupun dunia itu penting misalnya jika terlalu miskin macam mana nak berzakat, tunai haji dan bersedekah sebab ibadah inilah yang akan membantu kita di akhirat.

6. Jaga pasangan kita kerana dialah yang akan bersusah payah ketika uzur kelak. 

7. Ingat, sebagai orang Islam sakit kita ujian daripada Allah SWT maka ketika berubat berimanlah doktor dan ubat hanya alat. Allah SWT berkuasa menyembuhkan kita. Kuatkan iman jangan lemah ketika meniti kehidupan untuk kembali kepada Ilahi. 


Penulis hanya berkongsi pengalaman. Kekuatan  datang daripada anda untuk tabah menerima segala-galanya. Anda kuat sebab Allah SWT yang izinkan. Kita berdoa dan selebihnya bertawakallah.


Jangan selalu beremosi seolah-olah menyalahkan takdir.



Ulasan

Src28888 berkata…
Satu nasihat yang amat baik kepada semua warga emas.

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah