Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit

Saya Redho Segala Ujian Allah

Imej
 Gambar sumber: Google. Kita semua ada dugaan dalam hidup ini. Ketika diuji oleh Allah SWT jangan anggap ia satu ujian yang berat untuk kita.  Ketika saya diuji dengan penyakit sejak 24 tahun dulu tiada siapa yang tahu sebab saya rahsiakan ujian itu. Saya melihat ujian yang bermula ketika usia 11 tahun amat berat apabila ayah pergi meninggalkan saya dan ibu dalam kemiskinan.  Hidup tanpa wang dan harta. Dihina sebagai anak yatim dan balu yang miskin. Kami tidak merungut walaupun tidak pernah mendapat agihan zakat. Dihujung kehidupan, wujud pelangi apabila saya bekerja dan arwah ibu tinggal dalam kesenangan.  Inilah kehidupan kita, saya bisik kepada ibu. Namun Allah SWT uji lagi apabila ibu mengidap Leukimia ketika sedang sedap melayan cucu-cucunya. Meninggal ibu selepas itu diribaan saya dan Acik Mah .  Rupanya kematian seorang ibu satu insiden yang begitu mempengaruhi emosi saya. Rupanya ujian sebelum ini bukan ujian yang hebat.  Kematian ibu lebih hebat....

Hidup Ini Kena Redho

Imej
  Hari ini di pusat hemodialisis ada dua pesakit baharu, seorang lelaki dan seorang lagi wanita datang untuk dapat jadual rawatan.  Foto: Sumber Google Pesakit lelaki telah diarah buat dialisis dua bulan lalu tapi masih menangguhkan rawatan sebab belum ada tanda-tanda bengkak kaki dan kencing masih bersih.  Saya tanya kreatinin berapa dia jawab 600 lebih. Kata isteri suaminya masih bertenaga dan mampu naik basikal untuk riadah.  Wanita itu masih muda datang dengan adik beradiknya. Tiup telah dipasang pada leher secara kecemasan. Mereka terkejut bila saya beritahu masih mampu berpuasa sejak lima tahun lepas dan tahun sudah masuk hari ketujuh.  Sebagai pesakit, saya nasihatkan kepada mereka jika telah berada keadaan begini jangan dengar cakap orang yang tiada pengalaman sebagai pesakit atau keluarga pesakit. Jangan terperangkap dengan dakwaan apa-apa ubat kononmya boleh memberhentikan rawatan dilaisis kecuali tukar buah pinggang, itu pun jika ada penderma.  S...

Motivasi Daripada Saya

Imej
1. 2015 jam 12 tengahari saya dibawa masuk ke bilik bedah. Jam 6.30 petang saya dibawa keluar ke wad CCU. Acik Mah  di hujung troli dan kakak kesayanganku mengiringi saya. Waktu itu sejam lagi orang akan berbuka puasa 1 Ramadan.  Malam itu saya kambali tidur hingga tengahmalam dan sedar kemudian bersolat Isyak dan Maghrib yang tertinggal. Esoknya 2 Ramadan saya belum berpuasa hingga jumlah puasa tertinggal ialah 22 hari. Saya ganti selepas itu.  2. Banyak siri-siri pembedahan kecil dilakukan dalam beberapa kali bulan Ramadan termasuk tahun 2023. 3. Tahun 2019 saya memulakan rawatan dialisis dengan tandatangan doktor bahawa untuk seumur hidup. Kenapa perlu dialisis? Ya perlu kerana kandungan toksik dalam badan telah tinggi bila mana air kencing dalam buah pinggang tidak boleh keluar lagi.  Jika dibiarkan air ini akan merebak ke paru-paru, jantung dan merbahaya! Saya akur walaupun ada orang suruh makan macam-macam suplement. Tahun ini kali kelima saya jalani ibadah pua...

Ujian Saya

Imej
 24 Feb Sabtu jam 1.30 Jabatan Kecemasan HCTM: Acik Mah dibawa masuk ke Zon Kritikal. Saya hanya tunggu di luar untuk urusan dokumentasi. Qila Ra'ai mencari parkir di kawasan HCTM. Saya biarkan dia tidur di dalam kereta tapi dengan pesan jangan hidupkan enjin dan buka sedikit tingkat serta kunci pintu kereta.  Saya berada di kerusi menunggu dengan menahan mengantuk kerana siang tadi membuat dialisis. Tapi mata tidak boleh tidur kerana keadaan tidak selesa. Sambil-sambil itu saya melayan seorang lelaki cina yang menunggu ayahnya masuk zon merah kerana masalah paru-paru. Fikiran menerawang kepada Acik Mah yang tadi mendapat arahan Poliklinik UKM Bangi agar dibawa ke mana-mana hospital. Tekanan darahnya normal tapi nadinya 133/minit.  Saya tidak mahu ganggu kerja pasukan perubatan kerana fahaman saya jika terlalu kritikal sudah pasti mereka akan panggil waris. Sebagai suami pada hemat saya elok isteri saya berehat dan tenangkan fikiran. Jam 5 pagi saya minta izin masuk untuk...

Setelah Tua

Imej
  Foto: Sumber Google Kehidupan setelah tua banyak dugaannya. Jika anda sihat amat bersyukur namun kena bersedia jika tiba-tiba jatuh sakit. Ramai yang menyebut itu hukum Allah kerana dosa semasa muda tidak jaga badan.  Anda yang terpilih kerana mengidap penyakit kronik harus bersikap redho. Lapangkan hati ia adalah ujian Allah. Lagi parah jika semasa muda anda jaga badan tetapi sampai masa dapat penyakit jantung, buah pinggang , barah dan sebagainya. Antara persediaan dari muda ialah;  1. Pantau tahap kesihatan jika ibu ayah pernah ada penyakit kronik 2. Simpan wang melalui cara yang selamat misalnya di Tabung Haji, ASB atau mencarum dengan insuran.  3. Tanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak agar mereka ada rasa sayang ketika kita tua kelak. Jika kehidupan mereka tidak hebat dalam pelajaran jangan keciwa kerana mungkin itulah anak yang akan jaga anda ketika terlantar tenat. 4. Ajar ilmu agama agar mereka rehdo dengan takdir Allah. Jangan ketika sakit mereka ha...

Penyakit Demensia

Imej
  Oleh: Abd Raai Osman Pernahkah terjadi di dalam keluarga anda anggota keluarga hilang tanpa dikesan. Tidak lama selepas itu ia dihantar oleh orang ramai ke balai polis kerana terjumpa berjalan-jalan di tengah malam. Ada kejadian seorang  ayah melarikan diri dari rumah anak menantu kerana merajuk, marah. Ayah  lebih baik jika melarikan diri ke rumah orang-orang tua. Ini satu delima keluarga tak kira bangsa dan agama. Banyak ragam akan berlaku jika ianya tidak ditangani dengan bijak atau ilmu. Masalah ini dipanggil penyakit Demensia. Orang Melayu biasanya menyebut penyakit nyanyuk. Apa itu Demensia? Demensia  adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta menurunnya kecerdasan mental. Demensia akan berlaku tidak kira usia namun ia mudah terjadi kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Demensia  men...

Warkah Dari Hospital 1

Imej
Catatan 1: Ibadat dan doa Sekadar perkongsian betapa hampirnya Allah dengan hamba yang beribadat dan berdoa. Ketika saya dijangkiti kuman dan demam selama seminggu antibiotik telah diberikan oleh Doktor. Antibiotik paling kuat hinggakan cirit birit. Kesempatan diberikan oleh Allah ketika di wad saya mampu bangun solat 5 waktu dan solat sunat Tahajut, Taubat, Hajat, Witir. Disamping itu saya sering amalkan zikir Laila Hailahailla Anta Subhanakainniminalzolimin. Dikatakan jika diizinkan-Nya kita sembuh, sembuhlah. Sekiranya kita mati Allah akan ampunkan dosa.....Insyaallah.. Ada pesakit bukan Islam terkejut kerana genap seminggu, doktor benarkan saya pulang. "Cepat awak boleh balik". Saya hanya tersenyum tetapi dalam hati bersyukur kerana Allah sembuhkan saya. Inilah keutamaan solat, doa, zikir. Catatan 2: Hikmah maaf dan membayar hutang. 12 tengahmalam ketika saya bangun untuk ke bilik air wad (?) HCTM kelihatan satu keluarga sedang berk...

Rahmat dan kuasa Allah

Telah dua kali terjadi. Namun dengan kuasa Allah semuanya berlalu dengan tenang. Tahun lepas ketika musim konvokesyen UKM abang ipar (suami kakak saya) dimasukkan ke hospital. Kerana tugas, selepas tamat konvokesyen saya bergegas ke Kluang menziarahi abang ipar. Syukur dia kembali sihat. Maklumlah dia seorang wargamas yang pergi menunaikan fardu haji sudah tentu ada kesan pada kesihatannya. Pada asalnya abang ipar masih mahu menangguhkan pemergiannya ke Mekah kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Namun dengan nasihat saya dia akur menempuh apa jua cabaran di tanah suci. Tahun ini sekali lagi sewaktu majlis konvokesyen, saya mendapat khabar biras (adik ipar isteri) jatuh sakit. Doktor mengesahkan dia kena barah paru-paru tahap empat dan juga terdapat ketumbuhan di kepala!  Biras saya begitu rapat dalam hubungan seperti saudara kandung. Kalau balik ke rumah mertua atau kakak ipar kami sering berjemaah bersama samada di rumah atau di masjid. Dia begitu kelakar dan ...