Penyakit Demensia

 

Oleh: Abd Raai Osman

Pernahkah terjadi di dalam keluarga anda anggota keluarga hilang tanpa dikesan. Tidak lama selepas itu ia dihantar oleh orang ramai ke balai polis kerana terjumpa berjalan-jalan di tengah malam.

Ada kejadian seorang  ayah melarikan diri dari rumah anak menantu kerana merajuk, marah. Ayah  lebih baik jika melarikan diri ke rumah orang-orang tua.

Ini satu delima keluarga tak kira bangsa dan agama. Banyak ragam akan berlaku jika ianya tidak ditangani dengan bijak atau ilmu. Masalah ini dipanggil penyakit Demensia. Orang Melayu biasanya menyebut penyakit nyanyuk.

Apa itu Demensia?

Demensia adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta menurunnya kecerdasan mental.

Demensia akan berlaku tidak kira usia namun ia mudah terjadi kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Demensia menyebabkan pengidapnya mengalami penurunan daya ingat yang bisa membuat pikun dan mengubah cara berpikir. Sedangkan alzheimer, merupakan penyakit yang menyebabkan penurunan daya ingat dan disertai kemampuan berpikir, berbicara, hingga perubahan perilaku.

Apakah Demensia merbahaya? Ya jika tidak dikawal penyakit ini akan menyebab penyakit lain misalnya ia akan mengubah tahap sihat jantung dan organ-organ lain. 

Menurut Dr Mohd Fairuz Ali, Fakulti Perubatan UKM, keluarga kena memainkan peranan untuk membantu ahli keluarga yang mengalami masalah ini. Biasanya dalam keluarga ibu dan ayah akan mengalami masalah penyakit ini.

Jangan biarkan mereka bersendirian. Bantu apa saja yang diperlukan oleh ibu ayah. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan lebih parah dan menimbulkan penyakit lain.

Prof Madya Dr. Khatijah Alavi FSSK UKM pula menggariskan berberapa panduan psikologi ke arah mengurangkan resiko lebih parah. Bina jambatan kasih sayang agar ibu ayah yang mengalami masalah Desima kurang tekanan. Langkah mengurangkan kemurungan adalah cara terbaik.

Anak-anak hendaklah sering mengajak ibu ayah beriadah, Buat aktiviti keagamaan bersama. Misalnya anjurkan tazkirah kecil bersama ini ayah.

Ibu ayah juga tidak harus merahsiakan apa yang alami seperti penyakit atau masalah kewangan. Bawa berbincang dengan anak-anak.

Bina semangat ibu ayah dengan cahaya Islam. Amalkan doa-doa yang mampu meredakan masalah dan meneguhkan keimanan kita.

Tulisan ini hasil kehadiran Bengkel Keluarga SihatCegah Demensia anjuran Pusat Ativiti Warga Emas (PWE) Bandar Baru Bangi pada 22 Januari 2022






Kekalkan hubungan keluarga agar warga emas tidak terasa terpinggir




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah