Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarham abang ipar saya.
Dialah abang ipar dan dia juga bagai abang sejak dari tahun 1965. Sejak 2020 saya dan keluarga tidak dapat beraya dengannya dan kujungan hujung minggu lepas adalah yang terakhir. Berpeluang saya menjadi Imam solat jenazahnya dan berpeluang membaca Al-Quran sebelum beliau dihantar untuk dikebumikan.
Sebagai guru mengajar Quran, saya bersyukur di hari kematiannya Al Quranlah berkumandang di sisi jenazahnya yang dibaca oleh anak cucunnya.
Kita bagaimana meletakkan Al Quran dalam hudup ini??
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Aisyah r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ada orang yang akan dikumpulkan bersama para syuhada?"
Beliau bersabda, "Ya, ada. Iaitu orang yang ingat mati sebanyak dua puluh kali sehari semalam."
Alasan keutamaannya ialah, kerana ingat kematian secara automatik akan menimbulkan rasa tidak suka terhadap dunia yang sarat dengan tipu daya, dan mendorong seseorang untuk mempersiapkan diri buat kehidupan akhirat. Sebaliknya, lalai dari mengingat kematian akan mendorongnya untuk tenggelam dalam kesenangan duniawi.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
تُحْفَةُ الْمُؤْمِنِ الْمَوْتُ.
"Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman.
(Hadis riwayat Ibnu Abu Dun-ya dan
ath-Thabrani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan