Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK:

KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Selepas Lima Tahun Kita Bersara |

Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu.

Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan.

Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara orang, menunaikan umrah dalam dua kali ke Tanah Suci. Rezeki pada seseorang siapa yang tahu kecuali Allah dan dirinya sendiri.

Bersara pada kontek ini tak kira dari sektor kerajaan atau swasta. Saya pernah mendengar kata-kata orang bekerja makan gaji kalau bersara tidak semestinya kita akan berada dalam lingkungan menjadi orang kaya! Kecuali jika sebelum bersara kita telah membina perniagaan menerusi isteri atau anak-anak yang tidak ada kepentingan dalam mana-mana sektor kerajaan.


Seorang rakan Facebook mengusik saya, jarang ada orang mencadangkan masuk politik selepas bersara kerana kononnya gelanggang politik mampu menjadi kaya. Betul ke?

Selepas bersara, ramai yang jumpa saya bertanya, "abang buat projek apa?" saya kata "rehat...". Mereka kata rugi, saya banyak pengalaman kenapa tak berniaga. Saya senyum bangga kerana dianggap banyak pengalaman. Tapi mereka tidak tahu bahawa pengalaman saya hanya sesuai digunakan ketika muda. Saya akui bersara dalam bidang fotografi adalah muktamat. Kalau saya memegang kamera itu hanya hobi.

Menyesal bersara? Buat apa nak menyesal kerana saya bekerja sehingga genap usia 60 tahun. Saya puas bekerja sejak usia 21 tahun. Lepas SPM saya menganggur sekejap dengan menoreh getah dan menjadi pembantu kedai getah. Itu pengalaman paling berharga buat saya. Saya faham nilai wang. Selepas saya tamat kursus fotografi saya bertugas di UKM sehingga bersara.

Berhati-hati dengan wang.
Pesara sering kena tipu jika tidak berwaspada.
Elakkan berhutang setelah bersara.
Jangan lupa bayar zakat setelah dapat wang pampasan.
Sebelum bersara saya aktif. Bidang saya menarik. Boleh bekerja dan mengajar. Saya timba banyak pengalaman.

Ramai sekarang menjadi trend ialah bersara awal. Maksudnya jika mereka memilih untuk bersara pada usia 60 tahun mereka mengambil keputusan bersara awal pada usia 56 atau 58 tahun. Jika dalam perkhidmatan kerajaan setelah bekerja selama 30 tahun dan lebih mereka telah memperolehi wang pencen 60 % dari gaji terakhir. Banyak.....Sebenarnya tidak banyak.




Baiklah, saya ingin tumpukan kepada kegiatan anda sebelum pencen.
  1. Bersedia dengan kesihatan anda. Buat pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda sihat. Jika tidak sihat dengan penyakit yang kronik sila buat rawatan susulan dengan hospital pakar.
  2. Jaga rekod perkhidmatan. Jika rekod tidak baik maka  ia akan merugikan diri sendiri jika dibuang kerja. Jangan marahkan pegawai atasan jika anda kerap ambil cuti sakit tanpa sebab. Lagi teruk jika anda kaki ponteng.
  3. Kemaskini KWSP, Cukai Pendapatan. Pastikan semua rekod tiada masalah. Jika layak membayar cukai sila bayar.
  4. Jika ada hutang rumah dan kereta maka pastikan hutang dibayar dengan berekod.
  5. JANGAN membuat hutang baru jika tempuh kerja anda hanya tinggal lima tahun lagi nak bersara. Kecuali anda memiliki harta pesaka yang jelas anda miliki. Walaupun ada insuran yang akan melindungi hutang rumah atau kereta, tetapi bayangkan jika semasa pencen anda membayar hutang untuk tempuh lima tahun.
  6. Jika tiada lagi peluang naik pangkat untuk tempuh dua atau tiga tahun sebelum bersara usah risau. Bekerjalah dengan pangkat yang ada, bekerjalah dengan gaji yang ada. Mungkin anda tidak akan bertahan dengan kenaikan pangkat ketika berusia veteran sedang setelah naik pangkat anda kena bekerja dengan keras.
  7. Jika masih ada anak bersekolah rendah atau menengah ketika lima tahun lagi nak pencen sila buat perancangan kewangan yang betul.
  8. Adalah lebih baik 10 atau 20 tahun sebelum bersara ambil insuran yang boleh memberi pulangan kewangan ketika tamat polisi. Katakan polisi menawarkan RM20 ribu setelah ditolak wang proses anda akan dapat sekitar RM18 ribu. Jumlah itu sudah tentu cukup untuk membantu sesak anda.
  9. Ketika masih bekerja dalam tempuh 20 tahun lagi nak bersara anda boleh masuk koperasi. Jika koperasi tempat kerja anda kukuh ia sudah kira baik.
  10. Jika dalam sektor kerajaan bersedia untuk memenuhkan cuti terkumpul pencen. Ia melegakan anda ketika bersara.
  11. Bersedia dengan kepakaran atau kemahiran anda. Ia mampu membantu ketika masa terluang selepas bersara. Misalnya kemahiran menaip, komputer seperti mahir Photoshop, menjahit, menulis, bertukang, kemahiran baiki barang letrik dan kenderaan dan lain-lain.
  12. Amalkan membayar zakat pendapat atau zakat harta. Jika anda layak membayar maka ia akan menjadi saham akhirat.
  13. Kalau anda orang Islam, kebolehan dalam menguruskan jenazah, jadi Bilal dan Imam satu kelebihan.
  14. Setiap bulan, beli buku-buku agama, buku motivasi yang mana akan membantu kita setelah pencen. Paling terbaik koleksi Quran dan Tafsir. Buku-buku mahal dan boleh ditolak cukai pendapatan. Semasa ada wang belilah.
  15. Jika anda ada tanah, perniagaan atas usaha keluarga maka bantulah mereka.
  16. Bersedialah menunggu tarikh pencen kerana tarikh itu akan membuatkan anda gembira atau sebaliknya

Kata Dale Carnegie dalam bukunya, How to Stop Worring and Start Living; Kira-kira 90 peratus daripada perkara-perkara yang berlaku dalam hidup ini adalah sempurna, hanya 10 peratus sahaja yang salah. Sekiranya kita inginkan kebahagian, berikan tumpuan sepenuhnya kepada 90 peratus perkara yang sempurna itu, dan abaikan 10 peratus perkara yang lain. Sebaliknya, sekiranyanya kita mahu berasa bimbang, mengusutkan fikiran, serta mahu mendapat penyakit ulser perut, berilah tumpuan kepada 10 peratus perkara yang salah itu dan abaikan 90 peratus perkara yang sempurna (diterjemahkan oleh; Fakharoll Rodziee Don)

Saya telah bersara. Anda telah bersara dan anda yang lain akan bersara. Indahkah alam persaraan? Ada orang kata ya. Ada orang kata tak pasti.

Ada kawan saya selepas bersara berkata, selepas pencen anaknya kena berhenti kerja. Ada kawan saya selepas pencen merancang nak pakai kereta Mercerdes. Ada kawan saya selepas pencen buka kedai dan ada kereta mewah. Ada kawan saya selepas 6 tahun pencen berkerja semula dan dia kata seronok. Saya tak pasti dia seronok atau tidak. 

Sesetengah orang gembira selepas pencen dapat duduk masjid dan surau jadi ajk tempat ibadat. Mencuci masjid dan surau sambil mengajar kanak-kanak mengaji Al Quran. Ada yang jadi Imam, Bilal, tetapi bila ahli kariah tak ramai datang berjemaah dia jadi tekanan. Bila kanak-kanak kotorkan surau dia jadi resah. 

Di mana kita? Azizi Ali dalam bukunya Pesara Jutawan, 90 peratus kemungkinan bahawa anda tidak mempunyai wang cukup untuk persaraan. Penilaian saya ada pesara tidak bahagia dengan alam persaraannya. Ada pesara yang mendapat berbagai penyakit setelah bersara. Saya pernah bertemu seorang yang bersara dari perniagaan (kecil) yang duduk di masjid dan telah tiada sumber pendapatan.

Ramai yang kembali bekerja setelah lapan bulan bersara. Kenapa? Mungkin dia sunyi tinggal dengan isteri yang juga sudah bersara atau sebelum ini tidak berkerja. Apabila dia sunyi dia keluar minum-minum di luar sedangkan isterinya melayan sunyi keseorangan di rumah. Lebih malang ada yang bercerai selepas bersara. Malang juga ada yang berkawin lagi seorang selepas bersara dan terpaksa berhempas pulas bekerja kerana isteri masih muda dan dapat anak seorang selepas berkahwin.

Saya baru saja bersara tetapi sindrom sunyi sudah ada. Mujur saya mengekalkan dan melayan sunyi itu bersama isteri saya dengan aktiviti keluarga setelah bersara.

Berikut saya senaraikan apa yang harus di lakukan selepas bersara:

  1. Setelah dapat wang pampasan/KWSP sila bayar zakat wang simpanan.
  2. Simpan wang itu dalam tabung yang diyakini dan bekukan di situ untuk jangka masa tertentu.
  3. Jika pampasan anda lumayan melanconglah tetapi harus berjimat
  4. Bertekad dengan azam yang kuat untuk menunaikan haji jika belum pergi.
  5. Tunaikan umrah kerana jika wang kita digunakan ke jalan Allah pasti ada berkatnya. Jika mampu pergi sekeluarga.
  6. Fikirkan untuk berwakaf dan bersedekah. Wang kita tidak banyak, tetapi dengan bersedekah pastinya Allah akan membalas kembali. Cuma berhat-hati jangan kena tipu.
  7. Anda beruntung jika tinggal di kawasan perumahan atau kampung yang ramai orang pencen kerana sifat berlumba tiada lagi kerana semuanya telah menjadi wargamas. 
  8. Buat hibah dan wasiat segala harta yang ada biarpun sebuah motosikal yang telah tiada nilai. Jika ada keluarga yang mempunyai sifat amanah jadikan mereka sebagai penama. Jika anda meninggal dunia isteri dan anak-anak tidak jadi miskin.
  9. Jangan berhutang. Jika ada hutang langsaikan. Jangan ada lagi hutang kad kredit. Jika nak berbelanja dengan wang plastik gunakan kad debit.
  10. Kurang kos telefon, letrik, air, TV berbayar. 
  11. Banyakkan membaca dengan menggantikan menonton siaran TV.
  12. Perbanyakkan senaman. Misalnya berjalan-jalan untuk tempuh satu jam kerana setelah pencen kita sudah kurang berjalan.
  13. Usah mengingati sejarah perjawatan kita. Jangan ingat pangkat kita lagi kccuali jika ada gelaran dari istana.
  14. Menulis buku, blog atau laman web.
  15. Membaca Al Quran. Bukan asyik belajar sedang membacanya tidak, bagaimana nak lancar.
  16. Beritahu anak menantu bahawa anda perlukan masa bersendirian bukannya 24 jam menjaga cucu. Sesekali boleh sekadar untuk berhibur.
  17. Pesan kepada anak-anak bahawa anda telah bersara bukan ada gaji lagi. Ubah anggapan orang pesara adalah orang kaya baru. 
  18. Gunakan wang secara berhemah kerana ketika kita sakit tidak mungkin ada orang mampu membantu.
  19. Jika anda ada penyakit yang berat, lapangkan dada. Reda dengan pemberian Allah. Anggaplah penyakit anugerah Allah yang telah menentukan anda bukan lama lagi nak hidup. Pilih aktiviti hidup yang tidak menyusahkan orang lain. Usah melancong ke luar negara, jika terjadi sesuatu kos pengurusan perubatan amat mahal.
  20. Ingat semua orang telah bersara dan akan bersara. Usah dikenang jasa kita kepada tempat kerja kerana ia akan menyesakkan dada jika orang tidak menghargainya.
  21. Jadikan hari terakhir anda mengucapkan selamat tinggal dengan rakan sejawat atau orang bawahan adalah noktah. Maksudnya jika anda tidak berkunjung lagi ke pejabat selepas itu maka hari pencen anda adalah hari terakhir di situ. Sebab jika kunjungan selepas itu mungkin tidak ramai lagi yang mengenali anda lagi.
  22. Ubah gaya hidup. Mesrakan dengan rakan-rakan setaman atau sekampung kerana merekalah yang menguruskan hari-hari terakhir anda di muka bumi ini.
  23. Ingat tidak elok mengharap mati. Tidak baik meminta mati. Tapi bersedia dengan hari kematian.
Catatan saya sekadar analisa awal. Mungkin tulisan ini akan disunting dari semasa ke semasa. Namun anda mungkin boleh menambah pada ruangan komen untuk berkongsi bersama. Bersedialah untuk bersara. Tapi jangan sedih di malam anda menyambut tarikh lahir ke-60 atau lebih awal. Ingat Rasulullah wafat ketika berusia 63. Jika kita melebihi usia itu kita adalah Da'i untuk mengubah masyarakat setempat kerana setelah kita meninggal jiranlah insan awal yang akan menziarahi jenazah kita, jiranlah yang akan membaca Al Quran sebelum keranda dibawa ke kubur.

Bersara seronok, bersara amat indah namun jika tidak kena dengan gaya kita akan menjadi manusia yang murung dan anak cucu akan bersedih sebelum kita dijemput Ilahi. Jika kita sunyi, rumah anak-anak yatim boleh dilawati kerana kehadiran seorang Atuk akan menceriakan hidup mereka.....

Jangan mudah kena tipu.



Nasihat Dr. Rubiah K Hamzah:



_________________________________________________
Dapatkan Buku Memoir Seorang Jurufoto tulisan saya dengan harga promosi RM30.  Buku kedua saya ini mencatatkan pengalaman sebagai jurufoto selama lebih 38 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Sila hubungi dengan whatsap 0193393308
Dapatkan Buku Memoir Seorang Jurufoto tulisan saya.

Buku kedua saya ini mencatatkan pengalaman sebagai jurufoto selama lebih 38 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sila tempah di Shopee (klik)
__________________________________________________




Atas: Cetakan Pertama Telah Habis Dijual.
Dapatkan Buku Travelog Haji Cetakan Kedua 
 Sila tempah di SHOPEE (KLIK) 

Sebarang pertanyaan sila hantar whatsap ke: 0193393308






Kemaskini: 8 Mei 2023

Ulasan

mazni berkata…
Assalamualaikum.Saya aksm bersara awal diusia 52 tahun inshaAllah. Perancangan dibuat seawal 6 tahun lalu dengan mengatur gaya hidup elak pembaziran. Banyakkan bantu keluarga yg perlu. Bersara awal pada saya satu peluang untuk betulkan orientasi kompas hidup, bertenang dalam menghayati tujuan kita dihidupkan.
Unknown berkata…
bersaralah di kampung. Itu yang paling indah.
Unknown berkata…
Betul. Tapi tak ramai yang berfikiran begitu.Kalau ada yg berminat pun, mereka tak bersungguh2 merealisasikannya. Tak ada untuk mencari tanah atau buat rumah dikampung. Hidup banyak pilihan, cuma janganlah duduk rumah teres atau flat sampai mati
Kehidupan di kampung atau bandar tidak menjadi masalah. Rumah teres atau flat bukan pilihan yang kerana ia satu bentuk sosio kehidupan yang harus dihormati. Misalnya saya tinggal di rumah aparment yang selesa di sebuah kedudukan pinggiran kehijauan. Di sini saya bebas berkarya untuk web, blog dan menulis buku.

Malah misalnya saya yang datang dari keluarga termiskin 40 tahun dulu kini mempunyai dua rumah iaitu satu teres dan aparment merasakan sudah puas hidup. Walaupun saya dan isteri ada tanah di kampung isteri tetapi atas faktor percampuran keluarga maka kami hanya jadikan kampung sebagai tempat kami bertani.

Faktor terpenting setelah bersara ialah, tiada hutang. Hidup seadanya dan telah dapat menunaikan fardu haji yang amat dituntut oleh agam Islam.
Unknown berkata…
saya akan.bersara pd usia hampir 50 tahun dgn servis sebanyak.28thn
Teacher Haslinda berkata…
Saya berhasrat untuk bersara pada usia 52 tahun, skrg usia saya 42 tahun...saya terkesan dgn penulisan tuan....2021 adalah tahun permulaan untuk saya membuat persediaan rapi ke arah itu...semoga Allah izinkan niat saya ini...t.kasih atas tips yang dikongsi.
Semoga puan sihat menempuh waktu persaraan
Tanpa Nama berkata…
Bersemangat nak bersara. tahn depan. Usia 53. Moga Allah mudahkan dan tenangkan jiwa
Unknown berkata…
Saya merancang utk bersara setahun dua lagi
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Tuan,

Sy akan masuk usia 40 tahun ni. Jujurnya sy cuma rasa mahu hidup dalam kebebasan tanpa hutang. Persaraan yang sy idamkan adalah kebebasan masa dan tiada hutang untuk mengikat sy dalam menempuhi usia tua. melalui kearifan tuan, berapakah anggaran yang diperlukan untuk hidup selesa di masa hadapan? kwsp memberikan anggaran 228k diperlukan pada usia 55 tahun. Pada hemat tuan, berapakah perbelanjaan bulanan yang selesa untuk masa hadapan? Adakah aset seperti rumah diperlukan di masa hadapan atau sepatutnya dicairkan dan dinikmati? terima kasih.
Masya-Allah impian sdra/i begitu musrni. Sebenarnya itulah impian semua pesara/orang selepas sampai masa bersara tak kira sebagai pesara kerajaan atau swasta. Wang bagi saya agak flasibal. Bak kata orang ada duit banyak pun susah, tak ada duit lagi susah.

Anda masih muda, 40 tahun. Jika menyimpan tanpa KWSP pun anda masih akan banyak wang. Ok saya bantu bagaimana nak urus duit berdasarkan pengalaman saya sebagai pesara bukan pakar kewangan.

1. Simpanan KWSP adalah wajib dan jangan dikeluarkan jika tak perlu sangat. Ada jemaah haji yang sama-sama dengan saya menggunakan KWSP ada yang guna yang isteri dan sendiri. Dalam 80 ribu dua orang.
2. Simpan di dalam Tabung Haji bagi yang muslim. Bekukan 1300 untuk daftar haji. Kemudian simpan cara bulanan misalnya RM 100.00. Jika usia baru 40 tahun, ketika usia 55 tahun anda akan ada 18,000. Itu tidak termasuk bonus. Kelebihan Tabung Haji dia sudah bayar zakat.
3. Melaburlah di dalam ASBN. Walaupun anda tak banyak untung, katakan RM50.00 sebulan anda sudah ada RM9,000 ketika usia 55 tahun. Itu tak termasuk bonus. Tolak zakat 2.5% masih banyak sebab zakat melahirkan duit baharu walaupun bukan dalam ASBN. Bonus hanya akan dikira 75.4 dari wang tersebut akan dikenakan zakat.
4. Saya suka mengajak setiap keluarga buat tabung keluarga. Misalnya saya hanya menabung RM50.00 seorang setiap bulan. Kalau anak ramai yg bekerja pasti akan banyak simpanannya.
5. Jika telah berkeluarga daftar setiap anak kat Tabung Haji dan daftar haji untuk mereka. RM10.00 sudah cukup. Bayangkan jika kita telah meninggal dunia mereka buat haji kita dapat pahala. Masa itu mereka boleh tolong buat Badal Umrah.

Membeli rumah penting untuk kehidupan masa depan. Belilah ikut kemampuan dan patuh syariah. Jika ada tanah elok buat sendiri lebih selesa. Kalau berani belilah dua atau tiga rumah jika banyak bajet. Gaji anda saya tak tahu.

Jika hendak jual juallah selepas pencen. Jual kepada anak-anak pun boleh. Mereka boleh dapat murah sikit. Jika tidak masih boleh disewa namun risiko tinggilah jika penyewa banyak masalah!

Hutang: Satu perkara yang kena ambil kira. Pengalaman saya hutang rumah habis 5 tahun sebelum bersara. Hutang kereta pun habis 5 tahun sebelum bersara. Saya bersara sebagai kakitangan kerajaan pencen tak besar sebab bukan taraf pegawai. Pesara kerajaan tak lumayan KWSP.

Dua bulan selepas pencen saya nasihat isteri saya bayar semua hutang dengan jumlah puluh ribu juga. Hutang rumah dan kereta. Selepas dia bayar dia menarik nafas lega. Kami hidup tanpa hutang dan saya ada rumah sewa sebuah, saya duduk rumah isteri walaupun aparment. Isteri saya tidak mahu balik kampung walaupun dia ada tanah pesaka. Kami buat usaha pertanian. Cuma bila PKP susah nak balik kampung kami upah anak saudara jaga dan dapat upah.

Kaedah nak bebas hutang susah juga tapi kena usaha:

1. Fikir dulu sebelum berhutang. Perlu atau tidak.Mampu atau tidak
2. Bayar ikut jadual samada dengan bank atau orang
3. Jika nak bersara usia 60/55 tahun, usaha habiskan bayar paling lewat 3 tahun sebelum bersara.
4. Elak berhutang jika 5 tahun lagi nak bersara. Jangan mengharap hutan kita orang lain bayar. Misalnya isteri, suami atau anak-anak.

Zakat, wakaf dan sedekah:

Zakat wajib dibayar. Wakaf dan sedekah sunat diamalkan. Jika zakat tidak dibayar ia juga adalah hutang dengan manusia lain sebab 2.5% adalah hak orang lain iaitu Asnaf.

Wakaf dan sedekah itu hak kita yang akan dituai diakhirat kelak. Oleh itu kita akan bahagia walaupun orang nampak kita macam miskin tapi di sisi Allah kita kaya.

Saya suka berkongsi topik ini kerana saya lihat ramai yang susah selepas bersara. Lebih-labih lagi dapat penyakit kronik. Tapi semua itu ujian daripada Allah kerana ia sayang sayang kita.


Boleh berinteraksi dengan saya di Facebook : https://www.facebook.com/raaiosman
Twitter: https://twitter.com/raaiosman
Instagram: https://www.instagram.com/raaiosman/?hl=ms

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Tuan,

Terima kasih beri jawapan yang panjang dan jelas huraiannya. Setiap baris panduan yang tuan berikan amat bermanfaat dan dapat dipraktikkan untuk semua orang. Sy dan keluarga telah mendaftar haji, cuma giliran nya masih jauh. In shaa Allah, jika awal dijemput menjadi tetamuNya, Alhamdulillah. Sebenarnya perancangan kewangan telah saya lakukan setahun selepas sy mula bekerja pada 2003, usai tamat pengajian di universiti. kesedaran timbul apabila terima penyata pendapatan pertama, diatas kertas jumlahnya banyak, tapi di dalam akaun bank cuma ada sedikit sahaja, senang cerita.. tiada simpanan. Tidak pula sy tahu kemana sy berbelanja.
Jadi permulaan tahun seterusnya itu sy beli rumah atas tujuan paksa-simpan sebab perlu bayar pada bank. dan bila ada kenaikan gaji yang mencukupi, sy usahakan membeli rumah kedua. Gaji saya biasa-biasa saja, cuma pada masa tu, bank banyak memberikan pinjaman 100%, dan ada yang bila siap baru bayar, jadi sy cuma pinjamkan nama. Cuma sejak 2012, ketika bank mengeluarkan syarat rumah kedua,ketiga hanya 80-70% pinjaman, sy dah tak mampu nak beli sebab harga rumah pun hanya mampu tengok saja. Apa-apa pun sy bersyukur ada tempat untuk berteduh.

Pada usia sekarang ni, sy rasa dalam hidup sy sudah tak banyak yang sy mahukan lagi. Setiap hari terasa umur semakin pendek..mungkin perlu fikirkan untuk menulis wasiat dan hibah kerana sebab harta boleh putus saudara.

Harap Tuan dapat menulis pandangan tuan tentang pengurusan harta, faraid dan wasiat pula selepas ini.

Terima kasih.
Alhamdulillah. Kesederan awal amat bermakna. Hidup mati semua dengan izin Allah. Saya juga begitu ada juga kelemahan dalam pengurusan kewangan.

1. Saya dan isteri pernah buat insuran yang matang 15 tahu lamanya apabila dapat pulangan kami ke Mekah buat umrah yang pertama bersama dua anak.
2. Tahun 2018 setelah saya bersara dari perkhidmatan kerajaan saya dan isteri ke Mekah buat umrah kali kedua dengan bawa seorang anak. Boleh baca kisah saya kat blog ini juga. Nak jadi rezeki dan jemputan Allah 2019 kami suami isteri mengorban sejumlah wang tunai haji dengan pakej swasta. Pengorbana kami Allah bagi ganjaran yang hebat apabila muncul Covid ramai tak dapat tunai haji. Insya-Allah kisah ini akan terbit dalam Travellog haji tahun ini. Nanti lihat iklan kat FaceBook saya.

Saya tulis ini untuk panduan kepada semua orang agar jangan lupa hak Allah.

Baik, bab Hibah, Wasiat saya tak mahir untuk bincang secara detail tapi boleh dapat rundingan daripada agensi bertauliah. Tapi saya amat menggalakkan dilakukan kerana walaupun kita tak banyak harta, wang tapi ia untuk menyelamatkan keluarga kita.

Boleh ikut Faraid kerana ia diatur oleh Islam. Namun jika hendak ikut agihan kita pun tidak salah. Misalnya saya tiada anak lelaki justeru agihan awal amat mustahak agar tiada pihak yang ambil kesempatan dengan cara tidak adil.

Ramai yang tidak ambil endah bab wasiat hibah dan faraid sebab katanya mereka tiada harta. Tapi wang kalau pun 10 ribu akan racun dalam hidup kita.

Biar kita kaya tapi kita jadi senang, biar kita tak kaya tapi hidup jadi senang.
Unknown berkata…
Sy seorg guru.Tahun ni umur sy mncch 52.sy da nekad pencen insyaallah 55. 1 shj tujuan sy mngp n knp nak pencen awal...fokus ibadah.da 30+ sibuk dgn hal2 kja.
Terima kasih cikgu kerana memberi ulasan. Pada hemat saya bekerja juga mampu memberi ruang ibadat jika kita mampu, pandai menguruskan masa. Dalam tempuh 3 tahun nak pencen cuba cikgu berazam menjadikan jawatan guru sebagai ruang ibadat. 1.Saya semasa bertugas selama 38 tahun lebih, banyak peluang keluar daerah malah hingga luar negara. Ketika itu saya bermusafir dan berpeluang melakukan solat Jamaq dan Qasar. Malah doa orang2 bermusafir lebih barakah. 2.Semasa bertugas saya menjadi pensyarah sambilan selama 21 tahun. Rasanya ketika itu banyak ruang dakwah saya boleh lakukan kepada pelajar universiti. Malah saya ada anak angkat yang memeluk Islam, orang Serawak. Oleh itu jika masih berjawatan kita banyak ruang beribadat yang dalam erti kata bukan solat, membaca Al Quran sahaja. Memang ramai beranggapan bila pencen nak beribadat, tapi bayangkan ketika Corona Covid melanda dunia kita gagal ke masjid, surau, berumrah dan tunai haji. Ada yang terasa kosong. Namun saya tak nafikan setelah pencen banyak masa beribadat siang dan malam. Namun saya masih juga menggunakan masa selain ibadat selama 8 atau 10 jam untuk buat kerja macam di pejabat dengan menulis.Alhamdulillah saya sudah menyiapkan dua buah buku EBook dan sedang menyiapkan dua buah buku bercetak iaitu Travellog Di Dua Tanah Suci dan Memoir Seorang Jurufoto Boleh lihat di https://play.google.com/store/books/details/Abd_Raai_Bin_Osman_Seni_Foto?id=VUYQEAAAQBAJ https://play.google.com/store/books/details/Abd_Raai_Osman_Antologi_Cerpen_Ibu?id=Ja4REAAAQBAJ
Cikgu winnie berkata…
Tahun ni umur saya,43 tahun. Saya telah berkhidmat 20 tahun sebagai guru. Tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar buat saya rasa nak resign awal tapi memandangkan anak bongsu saya tingkatan 4, yg 2 orang lagi di matrikulasi dan tingkatan 5, terpaksa saya bersabar. Hutang bank habis 2026. Saya terpaksa plan bersara unur 53 supaya genap 30 tahun servis. Kalau tak pun, saya plan paling awal umur 50 tahun.loan rumah saya habis umur saya 55 tahun. Terpaksa saya settlekan baki loan rumah guna duit graduaty nanti. Saya harap tindakan saya ni betul sebab saya lihat keja sebagai guru semakin hari semakin tertekan. Saya tidak mampu menghadapi stress di tempat kerja. Sekarang pun saya menghadapi stress dan kemurungan.. Sekadar luahan di sini saja. Harap perancangan saya ni betul.
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih tuan atas perkongsian dan info ini. Saya mmg terkesan dengan penulisan tuan. Ini kerana saya juga sedang merancang untuk bersara awal. Usia saya 45 tahun dan plan bersara pada tahun 2022. Insyaallah. Tujuan saya bersara adalah untuk fokus masa bersama keluarga kerana saya masih ada baby umur 1 thn lebih dan untuk melakukan aktiviti yang saya minati selama ini seperti menulis novel dan berniaga. Tahun ni saya sudah mula berniaga kecil-kecilan bersama anak dan suami. Persediaan awal telah dibuat dan suami menyokong pilihan saya. Doakan agar urusan Bersara pilihan dipermudahkan.
Maz berkata…
Terima kasih tuan atas perkongsian dan info ini. Saya mmg terkesan dengan penulisan tuan. Ini kerana saya juga sedang merancang untuk bersara awal. Usia saya 45 tahun dan plan bersara pada tahun 2022. Insyaallah. Tujuan saya bersara adalah untuk fokus masa bersama keluarga kerana saya masih ada baby umur 1 thn lebih dan untuk melakukan aktiviti yang saya minati selama ini seperti menulis novel dan berniaga. Tahun ni saya sudah mula berniaga kecil-kecilan bersama anak dan suami. Persediaan awal telah dibuat dan suami menyokong pilihan saya. Doakan agar urusan Bersara pilihan dipermudahkan.
Nor berkata…
Tak pyh fikir la fasal harta tuan...tukar kpd nama anak2.
Tanpa Nama berkata…
Saya berhasrat pencen awal pada usia 47 tahun iaitu 27thn 6 bln perkhidmatan... saya tentera dan saya tiada masalah di tempat kerja... saya gembira sepanjang saya berkhidmat... dan seorang wanita

Namun, saya berhasrat utk pencen awal disebabkan ibu saya di kg tiada siapa yg jaga apabila adik saya akan ikut suaminya kerana baru shj berkahwin... ibu saya x betah tinggal di rumah anak lama2...

Setelah berbincang adik beradik dan suami, mereka semua menyokong hasrat saya kerana saya shj yg boleh berpencen... jumlah pencen bulanan saya dianggarkan rm 5K sebulan....

Saya tiada hutang lain kecuali sebuah rumah teres rm 700/bulan... dan saya dapat balik dan masih perolehi keuntungan kerana ianya dijadikan homestay kawasan demand yg tinggi...

Saya telah buat solat istikharah utk membuat pilihan ini disebabkan hati masih berbolak balik bila adakalanya saya memikirkan anak2 yg sorang di Universiti, sorang lg ting 5, 2lg masih di ting 1 dan 3... masih bersekolah dan memerlukan kos yg tinggi dalam pembelajaran

Sebelum ni urusan guru tuisyen, dan byrn2 sekolah serta keperluan lain memang kami tidak pernah hadapi masalah... sebab suami isteri bekerja...

Tp bila pencen macam2 pula saya fikirkan, cukup ke nanti?, mampu ke suami menanggung semuanya?

Jika saya memilih meneruskan perkhidmatan pula... saya bimbang ibu saya akan kesedihan dan umurnya pun telah menjangkau 70an... saya takut terkilan x sempat memenuhi permintaan ibu saya

Saya bukan seorang yang boros, mementingkan branded atau bergaya.. jadi kos diri sendiri x tinggi.. tp saya masih fikir kecukupan itu....

Suami sering meyakinkan saya, apa yang ada sekarang pun lebih dari mencukupi.... insyaallah cukup dia kata.. itulah hati ni...

Anak2 sejak lahir semua kami dah invest utk insuran pendidikan.. cukup 18thn adalah modal utk belajar sebenarnya...

Apakah pandangan tuan ttg hal ini? Adakah saya terlalu memikirkan sgt....
Jika melihat pada usia persaraan yang akan puan tempuhi nanti memang terasa muda. Namun huraian aktiviti yang telah puan atur begitu menarik. 47 usia bersara bukanlah terlalu tua kerana jika tiada apa-apa penyakit puan mampu aktif lebih kurang 15 tahun sebelum genap usia 60 tahun.

Merancang memjaga ibu satu tugas mulia yang tak semua anak-anak dapat. Namun dengan pendapatan 5k bagi seorang pesara sudah cukup untuk melakukan aktiviti keluarga. Simpan wang setiap bulan agar tiada kesulitan wang jika ibu sakit atau suami dan anak-anak sakit.

Kita sukar meramal keadaan dunia. Misalnya pendamik Covid, bencana alam, penyakit kronik. Hal-hal seumpama ini meminta kita menyimpan sejumlah wang yang banyak. Tabung Angkatan Tentera mungkin menjanjikan jumlah wang yang lumayan tapi puan harus menyimpan di tabung yang menyakinkan misalnya SB, Tabung Haji dan sebagainya.

Jika ada modal dan masa buat aktiviti perniagaan kecil antara jam 10 pagi hingga 3 petang. Waktu lain berehat. Tapi sebagai wanita saya fikir urusan di dalam rumah sudah cukup sibuk untuk 24 jam.
Tanpa Nama berkata…
Syukur alhamdulillah sihat ketika bersara pilihan umur 58 tahun ini. Antara faktornya saya memiliki mesin kangen water, tak minum air gas, kurangkan gula putih dan sentiasa memaafkan semua orang.

https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/kwsp-hanya-4-boleh-bersara-selesa/
dalilah berkata…
terima kasih tuan atas perkongsian yang telus dan terperinci.
membacanya seolah-olah mendengar nasihat daripada ayah sendiri.
Sdri Dalilah. Alhamdulillah

Catatan popular daripada blog ini

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah