Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara
Anda sihat setelah bersara? Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman.
Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an.
Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal sebelum masuk kerja sesi petang.
Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang masih muda berwaspadalah dengan kesihatan. Jaga makan, jaga rehat, jaga emosi, jaga amal ibadat. Semua ini antara perkara yang akan membuatkan anda sihat dan bahagia.
Anda menjadi orang kaya selepas bersara? Bila bertemu rakan-rakan anda akan digelar orang kaya baru. Tidak kira yang bekerja dengan kerajaan atau swasta status ini akan dilekatkan pada diri anda.
Dalam catatan kali ini saya hendak menyentuh dengan wang anda. Kenapa saya harus menyentuh kewangan anda? Dengki oh tidak. Wang anda tetap milik anda. Jumlah yang anda dapat mengikut gaji akhir yang anda perolehi ketika bersara. Begitu jika anda bersara dengan menyimpan KWSP.
Setelah saya bersara hampir dua tahun maka satu analisa tentang pentingnya menyimpan untuk peruntukan kesihatan. Ahhh kewangan kerajaan kan ada, itu mungkin bisik hati anda. Ya jika bersara dengan kerajaan ada peruntukan ini. Tapi sejauh mana kelancaran proses untuk memperolehi kewangan ini.
Ada kes-kes penyakit kronik memerlukan kewangan yang lumayan. Misalnya penyakit Barah, Jantung, Paru-paru, Otak, Buah Pinggang. Oleh itu dalam kes-kes begini ia amat memerlukan peruntukan yang tinggi. Jangan cemas jika anda tidak mengidap penyakit seumpama itu.
Harus anda ingat jika Allah hendak menguji kita selepas lima atau sepuluh tahun kita bersara, hospital menjadi tempat utama kunjungan kita selain masjid dan surau. Pada masa itu anda tidak lagi ada masa ke pulau-pulau percutian, hotel-hotel untuk berehat.
Jadi apa harus kita buat dengan wang yang lumayan? Berikut saya berikan cadangan yang mudah jika anda seorang Islam.
- Simpan dahulu untuk jangkamasa setahun.
- Gunakan untuk menunaikan haji atau jika nama belum dijemput, rancanglah pergi umrah.
- Jangan lupa bayar zakat sebaik sahaja dapat wang tersebut.
- Buat wakaf dengan mana-mana badan yang diiktiraf. Misalnya tabung pembangunan masjid, surau, rumah anak-anak yatim, rumah-rumah orang tua.
- Simpan untuk urusan kesihatan.
Ingat jika anda berinfak ke jalan Allah wang anda akan terjamin dengan ganjaran pahala yang besar.
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu segaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) : dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-rang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al Baqarah 2: 195)
Simpan untuk urusan kesihatan.
Simpanlah wang untuk kesihatan kerana ada masa-masa tertentu anda perlukan wang untuk merawat kesihatan. Pada masa itu misalnya jika bantuan dari pihak-pihak tertentu belum mendapat kelulusan.
Pengalaman saya sejak Disember 2019 peruntukkan kewangan yang tinggi perlu dikeluarkan. Setelah saya wajib membuat Dialisis setiap tiga kali seminggu maka wang simpanan harus disediakan untuk tujuan itu. Saya harus membayar sendiri terlebih dahulu setiap kali Dialisis kepada pusat Homodialisis.
Begitu juga ada seorang rakan yang bekerja swasta harus menanggung kos rawatan yang sama. Kini beliau mendapat pencen terbitan dari Perkeso.
Renungkanlah wahai saudara/i jika terkena kepada anda atau keluarga anda, mesti galap mata memikirkan masalah ini.
Kawal kewangan anda.
Wang anda tetap wang anda. Sesiapa pun tidak boleh menegur atau menghalang apa yang anda nak buat dengan wang itu.
- Anda nak kawinkan anak dengan perbelanjaan yang besar.
- Anda nak besarkan rumah atau nak beli rumah baru?
- Anda nak melancong setiap bulan?
- Anda nak kawin seorang lagi?
- Anda nak beli kereta atau motiskal baharu?
Semua itu hak anda. Memang sesiapa tak boleh ganggu. Namun setelah anda sakit dalam tempuh tertentu selepas bersara dan wang dalam simpanan telah kering di mana nak cari lagi sumber kewangan.
Anda boleh berkata, ahh saya tidak akan sakit yang kronik kerana saya jaga kesihatan. Tetapi harus ingat apabila doktor berkata "penyakit pakcik tidak boleh pulih atas faktor penuaan" bagaimana perasaan anda.
Ingat, kemurungan kerana ketiadaan wang ketika sakit lebih merbahaya dari penyakit itu sendiri. Namun harus kita ingat wang juga bukan penyebab kita akan sihat kerana kesihatan itu Allah yang tentukan.
Sila klik: Kemurungan seorang Pesakit
Sila klik: Kemurungan seorang Pesakit
Ulasan