Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kwsp

Selepas Lima Tahun Kita Bersara

Imej
| Kesihatan Dan Wang Selepas Bersara | Setelah Anda Bersara | K etika sampai tarikh bersara kita akan melahirkan rasa syukur tidak terhingga. Tidak kisah kita bersara sebagai penjawat awam atau swasta. Malah ada juga usahawan akan mengambil keputusan bersara apabila tiba masanya. Dalam artikel ini saya ingin menyentuh bersara sebagai penjawat awam dan swasta. Dengan kata lain anda bersara sebagai kakitangan yang makan gaji. Persaraan yang kita ketahui pada masa kini tidak wujud sehingga lebih kurang 200 tahun dahulu. Sebelum Zaman Perindustrian bermula di Eropah dalam tahun 1700an. -@Azizi Ali, Buku Pesara Jutawan. Di Malaysia kini menjadi trend apabila ada kakitangan awam yang bersara awal sebelum sampai tarikh bersara wajib (option). Ada kakitangan yang bersara ketika usia 55 tahun, 58 tahun. Malah ada yang lebih awal. Lebih-lebih lagi jika kakitangan awam telah mencapai tempuh perkhidmatan selama 30 tahun.  Mereka akan memperolehi jumlah pencen bulan sebanyak 60% dari gaji terak...

Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara

Imej
Anda sihat setelah bersara? Alhamdulillah jika begitu. Tetapi jika sebelum bersara anda sudah ada Darah Tinggi, Deabetes, Jantung Masalah Pernafasan dan lain-lain sebenarnya anda akan melalui titik hitam suatu masa nanti. Bersedialah walaupun anda seorang yang cergas melakukan aktiviti senaman. Namun jika anda membuat pemantauan kesihatan di hospital Alhamdulillah anda tidak akan melalui kehidupan yang samar. Usia 60an bukan usia untuk bersuka ria dengan apa sahaja perkara seperti usia 20an atau 30an. Ada kes kawan saya sebulan sebelum bersara jatuh dan terlantar di hospital kerana masalah jantung. Ada kawan saya tiga bulan sebelum bersara dimasukkan ke hospital kerana masalah Deabetes. Seorang kawan saya yang sedang merancang untuk bersara awal, jatuh selepas bermain bedminton dan meninggal. Manakala rakan sepejabat isteri saya pulang ke rumah ketika tengahari jatuh dan meninggal sebelum masuk kerja sesi petang. Saya bukan hendak menakutkan anda. Kepada yang yang m...