09 Disember 2014
19 November 2014
Inilah yang saya perolehi
Sering saya katakan, doa kita adalah permintaan agar Allah kabulkan. Namun bagi saya ada waktunya doa Ibu paling khudus yang harus kita fikirkan.
Saya pernah menceritakan bahawa pernah gagal dalam temuduga untuk menjadi polis. Pernah ditegah oleh ibu dari menyertai tentera. Mungkin, kalau ibu saya mendengar kisah-kisah ibu-ibu syuhadah pada zaman Rasullah pasti beliau akan membenarkan saya bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan! Tetapi saya tidak kesal.......
namun ketentuan Ilahi adalah segala-galanya apabila semasa hayat saya telah mengecapi apa yang saya hajatkan. Saya berpeluang memegang senjata api. Kerana jiwa saya teapa teringin mencuba mencari kelebihan itu, biarpun turget saya bukanlah mengena 100%....

Mengecapi impian itu bukanlah perkara yang mudah. Takdir Allah tertunai juga impian itu apabila saya ditugaskan untuk merakam gambar kampus UKM pada penghujung tahun 2012. Paling menarik, saya berpeluang duduk di lantai helikopter sambil merakam gambar dari pintu yang terbuka. Sesuatu kenikmatan yang sukar diceritakan.
Tahun ini saya diberi peluang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengajar fotografi udara kepada anggota cawangan udaranya. Peluang ini telah memberi kesempatan kepada saya terbang bersama peserta sebanyak enam kali. Ohhh syukur Alhamdulillah rezeki yang tidak terduga disamping itu ia telah mengiktirafkan tenaga mahir dari Universiti Kebangsan Malaysia seperti saya.
13 November 2014
12 Julai 2014
Al Quran | Pengakuan Ikhlas Seorang Sahabat
Pagi tadi saya menulis begini di halaman FaceBook (FB) " Masih teringat kandungan khutbah semalam.
Kalau ada org hina Quran, pijak dan membuang di tempat yg tidak
sepatutnya semua umat Islam mengamuk. BAGUS kita bertindak mengamuk.
Tetapi sedarkah kita bahawa telah lama mengabai Al Quran dengan tidak
membaca, tidak menurut hukum yg terkandung di dalamnya. SAYA TERSENTAK! "
Memang kandungan khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid UKM menyentuh hati saya. Pada hemat saya setiap kali menjelang sambutan Nuzul Quran di mana-mana masjid akan menyentuh kepentingan membaca, memahami tafsiran, mengamal apa yang terkandung di Al Quran. Kehebatan Al Quran tidak dapat dipertikaikan lagi kerana Ia adalah Mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulallah SAW. Kerana kehebatannya kalau ada orang yang menghina Al Quran pasti akan dikecam oleh seluruh umat Islam, Alhamdulillah.
Saya masih ingat arwah emak walaupun beliau mampu mengajar saya mengaji Quran, namun dia tetap menghantar kepada guru yang mampu mendidik saya mengaji kitab hebat itu. Pengorbanan arwah emak menghantar dan mengambil saya di malam gelap dengan lampu suluh kerana kampung kami tiada bekalan letrik amat mengkagumkan saya. Tanpa mengira hujan atau ribut emak akan menyusuri gelap malam ke rumah Pak Long Mad yang mengajar Quran di kampung saya. Mungkin keagungan Al Quran, sepanjang saya mengaji dengan di ambil oleh emak (saya pergi sendirian kerana sebelum Magrib) kami dua beranak tidak pernah terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini. Maklumlah kampung saya memang terkenal dengan banyaknya ular Kapak di waktu malam.

Saya dan rakan-rakan sekampung mengaji Quran dengan Pak Long Mad tanpa sebarang yuran bulanan. Kalau ada pun, kami hanya tolong mengambil air untuk memenuhkan tempayan rumahnya disamping memotong kayu pada masa-masa tertentu. Saya hanya khatam Quran dengan hanya memberi sedekah semampu sahaja termasuk kain pelikat dan baju melayu tanpa seluar dan samping. Itulah budaya melayu lama.
Selang lima minit saya menulis di status FB saya, seorang sahabat, yang juga rakan FB saya, telah menulis begini......."Salam,
saya nak share satu cerita, tapi tak boleh kat wall, nanti takut jadi
'riak'. Tahun 1998 [umur saya 41 tahun] saya dapat sorang anak angkat
[perempuan] yang kematian ayah, satu hari dia minta saya tolong sahkan semua
sijil-sijilnya dan kami jumpa di Restoren Jejantas Sungai Buloh, sambil saya
sain sijil tu dia tanya saya satu soalan yang sangat power, 'Bapak, berapa
kali bapak khatam Qur'an?', saya tersentak tapi saya kena jawab dengan
jujur ...'1.7'' kali... [sebab kalau Ramadan pun masa tu pun saya tak pernah
boleh khatam ..Syawal dah sampai]... dia balas balik 'Tak sesuai Pak'...
Balik rumah saya termenung dan amat bersyukur, kerana apa??
1] Ilmu yang
besar bukan mesti dari orang besar, seorang anak boleh ingatkan bapaknya
2] Saya bersyukur kerana Allah SWT mengirim seorang budak untuk tegur saya
yang makin jauh dengan qur'an. Mulai hari tu saya mula baca balik, enam
bulan pertama saya bagi lidah saya biasa semula dengan sebutan [makhraj],
tebal nipis dan dengung [saya baca juzuk 28 dan cuba hafal Surah Al-Mulk]
... Lepas tu baru tenguk juzuk 1, saya ambil masa 1 setengah jam untuk
baca... [sedangkan masa kecil dulu lancar, bacaannya], Masa tu saya
berniat untuk khatam 50x sebelum usia 50 tahun. Saya baca antara waktu Maghrib dan Isya, Alhamdulillah saya khatam kali ke 50 pada 30 Januari
2008, lewat 2 bulan dari usia itu. Kini, saya berniat untuk khatam kali
ke 100 sebelum usia 60 tahun, sekarang cobaan kali ke 87, [lagi 3 hari
nak Nuzul Qur'an, baru juzuk 21...mungkin sempat khatam hari ke 23
puasa].
Sambung sahabat saya lagi......" Begitulah
syahadan alkisah, jadi saya bangga usaha abang tegur rakan-rakan untuk baca
al-quran, saya kerap tanya pelajar saya soalan yang sama, "Bila kali
terakhir kamu memegang Al Qur'an dan memabacanya [kalau takat pegang dan
masukkan dalam beg]...tak aci...
" Lupa pula nak cakap, budak tu cuma umur 18 tahun, sekarang anak dah 3 orang, saya hanya jumpa bila hari raya...Maksud saya pada tahun 1998 budak tu umur 18 tahun... " sahabat saya mengakhiri catatan peribadinya kepada saya.
Sekali lagi saya tersentak membaca catatan itu sambil merenung jauh keluar rumah sambil telinga mendengar anak sulong saya membantu membetulkan bacaan emaknya. Anak itulah yang dua puluh tahun dulu cukup payah nak menyebut huruf "RA".
Syukur, disamping kita sedang menuanaikan puasa di bulan Ramadan, kita juga akan menyambut Nuzul Quran sempena turunnya ayat yang pertama Iqra'
***Nota: Catatan sahabat saya telah dikemaskini ayatnya | Diedit oleh: Nur Aqilah Abd Raai.
***Nota: Catatan sahabat saya telah dikemaskini ayatnya | Diedit oleh: Nur Aqilah Abd Raai.
09 Julai 2014
Lagu Raya
Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba. Manakala Palestine terus dibom!
Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa!

Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum".
Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa.
Namun saya ingin mengajak anda yang sudah lama tidak balik bertemu sanak saudara,ibu ayah, adik abang, sepupu atau ipar duai untuk mendengar lagu-lagu raya. Pasti meleleh air mata. Baliklah seandainya anda masih mempunyai ibu dan ayah/mertua. Perasaan ketiadaan ibu ayah hanya mereka yang telah tiada pasti telah merasainya.....
Jikalau tiada kenderaan sendiri sudah pasti pagi esuk anda akan ke perhentian bas untuk membeli tiket. Pengurusan radio sudah menjadikan satu polisi mereka akan menyiarkan lagi-lagu raya dua atau seminggu sebelum Syawal. Namun saya kurang senang apabila lagu-lagu bertemakan Ramadan kurang dimainkan di mana-mana sebelum Ramadan.
Sudah pasti jika lagu-lagu sebegini disiarkan ada orang yang tidak sabar-sabar untuk menyambut bulan puasa. Mujurlah terdapat kumpulan-kumpulan nasyid mencipta lagu-lagu bertemakan Ramadan.
05 Julai 2014
Wabak Denggi
Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di <sila klik>
Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya.
Itu antara senarai yang harus kita buat selain dasar menjaga hak jiran dan sebagainya dengan menjaga persekitaran yang bersih kerana kita tahu nyamuk boleh terbang jauh.

- Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam.
- Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes!
- Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu.
- Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes.
Itu antara senarai yang harus kita buat selain dasar menjaga hak jiran dan sebagainya dengan menjaga persekitaran yang bersih kerana kita tahu nyamuk boleh terbang jauh.
Kanak-Kanak dan Gambar
Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu
dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak.
Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM dan sering
berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka
saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar
undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa
kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di
pasaran.
Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini muncul kisah-kisah penderaanmelibatkan kecederaan dan kematian. Natijahnya maka seluruh masyarakat teruja dengan kes-kes ini.
Orang biasa macam saya semestinya memang tidak pernah membaca Akta Kanak-Kanak 2001. Kalau ada pun kita hanya tahu setelah berlakunya kejadian penderaan. Selepas itu kita kembali alpa. Kita mungkin bosan membaca akta tersebut (sila klik) http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm namun adalah penting jika kita sayangi kanak-kanak untuk membaca dengan teliti. Kanak-kanak ada hak dalam kehidupan ini.
Islam yang dibawa oleh Rasullah SAW juga melindungi kanak-kanak. Kalau nak pukul pun bukan sampai cedera. tetapi hanya tujuan mendidik. Pukul dengan perlahan. Itu haknya. Oleh itu ketika Forum Bicara Bangi di UKM baru-baru ini ahli-ahli penal telah menghuraikan mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak. Sehinggakan kanak-kanak OKU mempunyai haknya. Maka tidak dinafikan masyarakat kita masih ramai kurang peka dengan hak kanak-kanak ini.
Membiarkan kanak-kanak yang masih di bawah usia 18 tahun sebenarnya menjadi satu kesalahan. Menyuruh anak-anak ke kedai sendirian juga menjadi kesalahan kepada penjaganya. Oleh itu apabila berlaku kes colek maka kita tak pernah terfikir kenapa terjadi begitu. Sering kita melihat kanak-kanak pergi ke kedai sendirian. Terdapat kanak-kanak memandu kenderaan ketika masih di bawah usia 16 tahun. Amat berbangga jika ada emak bapa membiarkan anak-anak sudah mahir menunggang motosikal.
Oh, tidak terkira ibu ayah yang mempunyai anak-anak kecil yang comel menyiarkan gambar anak-anak di dalam media sosial. Sudah lama saya terfikir masalah ini kemungkinan penjenayah sentiasa mengawasi aktiviti kita. Bayangkan jika lebih 20 kali kita menyiarkan wajah kita dan anak-anak sudah pasti orang lain boleh mengenali wajah seseorang. Lebih mudah terjadi kejadian jenayah seandainya kita menghantar anak-anak di tadika, atau pusat jagaan kanak-kanak.Prof Datin Aziah Awal (TNC HEPA UKM) sering melakukan kempen keselamatan kana-kanak biar di media cetak mahupun media TV. Ketika forum Bicara Bangi juga Prof Aziah menekankan perkara ini. Namun setelah kenyataannya keluar dalam media cetak ramai yang buat komen entah apa-apa. Komen ini saya lihat seperti tidak berpijak di bumi nyata. Ada yang melepaskan komen yang mempamerkan kedengkalan fikiran mereka.
Pada hemat saya, semua kita harus sedar kanak-kanak wajib dikawal. Akta sudah ada. Saya ingin mencadangkan agar pengetahuan ini perlu didedahkan dalam komuniti setempat. NGO-NGO kita harus lebih aktif membicarakan perkara ini. Wujudkan kursus-kursus ini dalam program bakal-bakal pengantin. Di samping menekankan bab-bab fikiq yang wajid diketahui oleh bakal pengantin, kita harus menerkankan hak penjagaan. Kita tidak mahu setelah seseorang itu dipenjarakan oleh undang-undang baru dia faham bahawa apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan.

02 Julai 2014
Bengkel Fotografi Korporat Din Arshad
- Bengkel fotografi ini berbentuk lanjutan. Setiap peserta mestilah pernah mengikuti mana-mana kursus asas atau telah memahami asas penggunaan kamera. Penceramah tidak lagi menerangkan asas penggunaan kamera DSLR. Tarikh: 17 dan 18 September 2014
Tempat: Bilik Latihan di Kolej Keris Mas UKM, Bangi
Penceramah: Din Arshad, seorang perunding fotografi yang terkenal sejak 30 tahun lalu. Lihat: http://www.dinarshadstudio.com
Siapa yang patut hadir?
1. Jurufotografi UKM diwajibkan hadir dan perlu mendaftar dalam sistem EsPel.
2. Jurufotografi dari agensi kerajaan.
3. Individu yang menjalankan perniagaan dalam bidang kormesial fotografi.
Yuran penyertaan:
Yuran sebanyak RM700.00 akan dikenakan kepada peserta dari luar UKM. Surat tawaran akan dikeluarkan selepas melengkapkan borang ini. Yuran termasuk sijil, nota,makan dan minum sepanjang bengkel tanpa penginapan.
Jurufotografi dari kalangan staff UKM akan dibiayai oleh UKM. | Borang pendaftaran
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi: Raai Osman 0193393308 atau 0192254358 Emel: raai@ukm.edu.my
26 Jun 2014
Petikan berita UKM: Khidmat Masyarakat Fotografi di Pulau Pangkor
Jurufoto UKM Berikan Kursus Fotografi Percuma Kepada Belia
Foto Ikhwan Hashim
PULAU
PANGKOR, 16 Jun 2014 – Seramai lebih daripada 30 orang belia dari Perak
telah menyertai suatu kursus fotografi percuma yang ditawarkan oleh
seorang jurugambar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program
percuma itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Perak Tengah (JBS),
dengan kerjasama UKM, Majlis Belia Perak Tengah, Persatuan Belia Taman
Teknologi Seri Iskandar (PTS) dan Persatuan Alumni Institut Kemahiran
Belia Negara Peretak (IKBN) .
Ia dikendalikan oleh ketua jurufoto Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UKM Abd Raai Osman.
Program
itu bertujuan meningkatkan minat belia dalam bidang fotografi dan juga
melatih mereka untuk menghasilkan imej yang baik dan berkualiti. Ia
dijalankan untuk memberi manfaat kepada belia dan pada masa yang sama
meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap UKM.
Abd Raai
berkata setiap warga UKM berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat
kerana ia amat rapat di hati mereka hingga ramai lagi kakitangan bukan
akademik UKM telah memberi khidmat kepada masyarakat dengan cara mereka
sendiri.

09 Jun 2014
KENAPA PERCUMA?:
Ayat sekima yang sering meneroka di benak orang terkejut melihat saya
mengadakan kursus fotografi secara percuma sejak akhir-akhir ini. Tidak
teras rugi ke mengadakan kursus percuma? Misalnya perlu tanggung bebanan
kos perjalanan dengan kereta dan kos tol, tempat tinggal. Kebanyakkan
program saya pasti akan membawa keluarga. Kalau mengambil kira bayaran,
pastinya saya akan dapat imbuhan yang lumayan!
Saya telah mengadakan kursus ini pada Disember 2013 di daerah kesayangan saya Sik Kedah.
Sambutannya cukup besar. Peserta yang datang dari seluruh Kedah. Mereka dahagakan ilmu, mereka dahagakan rangkaian kawan dan sahabat. Malahan apabila saya yang hadir dari UKM Bangi dilihat sebagai satu rahmat kepada mereka. Anda tahu? Seorang rakan sanggup mengirimkan sejumlah wang ke akuan saya untuk tujuan jamuan...menitis air mata saya penuh syahdu apabila melihat sejumlah wang begitu besar.
Saya mendapat sokongan yang positif apabila pegawai kanan UKM memberi sokongan diatas usaha ini. Malahan bagi saya ia kerana UKM nama hebat yang melonjakkan nama saya sebagai Jurufoto kerdil.
Saya pernah menganjurkan kursus untuk masyarakat setempat di Bangi dengan yuran cuma RM 50.00! Sahabat saya Ismail Ibrahim memberi sokongan padu. Kami buat seminggu sekali setiap hari Sabtu.
Lihat, 14 dan 15 Jun 2014 saya diberi kerjasama oleh Jabatan Belia dan Sukan Seri Iskandar Perak. Asalnya saya hendak mengadakan program ini di Bandar Seri Iskandar, Perak namun Majlis Belia daerah tersebut menganjurkan program ini di Pulau Pangkor.
Kenapa percuma? Saya akan bersara pada 17 April 2018......Pada hemat saya selepas bersara, saya bukan lagi seorang Jurufoto...orang tidak akan kenal dengan Raai Osman seorang Jurufoto. Saya akan melalui usia emas (ketika itu) sebagai orang pencen seperti orang lain. Ketika itu saya tidak boleh berbicara sebagai Jurufoto.....
Oleh itu mengambil keputusan tahun 2013 hingga 2017 adalah tahun-tahun akhir saya mencurah apa saja pengalaman walaupun orang tidak mencari. Insyallah jika diizinkan olehNya (Allah) saya dapat menjejakkan kaki sehingga bumi Sabah untuk tujuan ini. Terimalah saya seadanya. Malahan inilah hadiah persaraan saya paling manis selepas tahun 2018.....
Kepada rakan-rakan profesional, usah risau dengan usaha saya. Sebenarnya hasil program ini banyak mengundang pertanyaan untuk mengadakan kursus lanjutan. Saya ada mencadangkan mereka mengikuti dari profesional lain yang juga rakan-rakan dan guru-guru saya.....

13 Mei 2014
Fotografi hari ini di Malaysia.
10 Mei 2014: Saya hadir semalam di
Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu bahru (IKBN
Peretak), Selangor selaku Naib Yang DiPertua Persatuan Alumni IKBN
Peretak. Bukan sebagai Juri.
Tetapi penilaian saya terhadap gambar-gambar yang dipamerkan oleh semua peserta (pelajar tahap 3 kursus fotografi) tetap ada. Apabila saya ditanya oleh Pengarah IKBN Peretak Tuan Haji Wan Salam bagaimana dengan mutu karya? Saya jawab, cukup cemerlang!.
Sejak saya meninggalkan IKBN Peretak pada tahun 1977, inilah kali pertama saya dapat melihat sambil membuat penilaian tidak rasmi. Kesemua karya mampu melonjakkan mutu fotografi di Malaysia. Mereka datang dari hasil didikan tenaga pengajar yang terbaik. Mereka menghasilkan karya dari bakat, ilmu dan kemampuan terbaik.
Seperti kata Tuan Haji Saari selaku Pegarah Bahagian Latihan Kementerian Belia dan Sukan dalam ucapan perasmiannya, karya-karya seperti ini perlu dibawa ke Kuala Lumpur dengan membuat pemeran di galeri seni yang banyak di sana. Dengan cara begitu pelajar mampu mempromosi karya dan diri mereka.
Menjadi orang yang berjaya adalah orang yang harus berani mencari kelaianan, justeru menurut Haji Saari, pelajar harus meneroka banyak bidang dalam fotografi dan bukan hanya terhad kepada satu bidang sahaja.
Pada hemat saya, kerajaan, badan-badan berautoriti perlu mengubah minda dengan hanya memikirkan orang luar dari Malaysia lebih hebat. Kita ramai anak-anak muda yang mampu menghasilkan karya foto terhebat. Kenapa kita perlu membelakang anak-anak tempatan sedangkan kita telah melatih ramai anak-anak muda dengan jutaan ringgit tetapi apabila memberikan projek besar orang luar yang dapat habuan?
Saya yang hadir bersama barisan ajk persatuan amat kagum dengan usaha IKBN Peretak. Malahan kami yang terdiri dari alumni kursus fotografi amat menyanjungi bakat yang ditunjukkan oleh adik-adik ini.
RaaiMan.
> Naib Yang DiPertuan Persatuan Alumni IKBN Peretak.
> Jurufoto Kanan, UKM.
> Ketua Hakim Anugerah Kewartawanan Foto 2014 anjuran Malaysian Press Institut
> Penceramah Fotografi | Penceramah Kursus Fotografi Forensik.

21 April 2014
Mencari Sinar Di Pulau Tioman
Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini.

Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai
lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini
pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga
betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1]
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. (** Rujukan Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Tioman )
Ketika saya berada di sana kisah ini langsung tidak dicerita oleh penduduk asalnya. Mereka sibuk dengan kerja harian melayan pelancong. Bagi mereka pelancong adalah rakan niaga yang memberikan wang. Mereka akan menunggu palncong yang turun dari feri dengan motosikal roda tiga. Mereka akan membawa beg-beg palancong ke tempat penginapan yang terdapat di situ.

Kawasan tempat saya tinggal, amat susah hendak dapat makanan ala melayu. Justeru, kita harus bersedia untuk mencari menu yang sesuai. Di Kampung Tekek saya dapat juga menjamu selera dengan nasi putih berlaukkan sup daging. Bagi saya dan rakan setugas, masalah makanan tidak menjadi masalah kerana kami memperolehi jamuan dari urusetia ekpedisi. Oleh itu pada hari terakhir saya segaja ingin mencari kelainan untuk menukar selera dengan resepi orang Tioman.
Hari pertama saya di Pulau Tioman, kedengaran dari corong pembesar suara satu ceramah oleh penceramah yang saya tidak pasti. Pada perkiraan saya suara itu datang satu bangunan yang tidak jauh. Namun akhirnya saya dapat mengecam suara itu datang dari sebuah masjid setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maqrib. Saya tidak dapat ke sana kerana jauh dan tiada kenderaan.
Saya masih mencari sinar. Sinar itu ada. Rupa-rupanya usaha dakwah berjalan dengan baik. Banyak pengisian dakwah dilakukan di sini. Misalnya ada juga ceramah agam di Dataran Kampung Tekek.

Hari terakhir saya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman telah menemukan dengan seorang pengusaha chalet. Dia seorang pengusaha yang agak tegas dengan arak. Kalau datang ke kedainya pelanggan tidak dibenarkan membawa arak. Beliau begitu tegas dengan tegahan meminum arak. Bagi beliau, haram tetap haram.
Inilah yang dicari sejak berada di Pulau Tioman. Saya telah banyak mendengar kisah-kisah panas mengenai arak, berpakaian tidak senonoh di tepi-tepi pantai. Namun usaha menegah tetap dilakukan oleh penduduk di situ. Malahan papan-papan tanda yang menerangkan kesalahan meminum arak,berpakaian kurang sopan telah dipasang oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.
Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang berani dan bertanggungjawab untuk mempertahan hukum Allah di bumi yang indah ini. Didoakan tidak diturunkan bala di bumi Tioman.
15 April 2014
Petikan Dari Portal Berita UKM
Anggota Suksis UKM Menonjol Di Latihan Menembak
Dari Portal Berita UKM
foto Abdul Raai bin Osman
MUAR, 5
Apr 2014 - Seramai 158 anggota Sukarelawan Polis Universiti Kebangsaan
Malaysia (Suksis) menerima kepujian daripada Naib Canselor Profesor
Datuk Dr Noor Azlan Ghazali setelah tamat latihan menembak di Maktab
Teknik Polis Di Raja Malaysia, di sini hari ini.
Prof Noor Azlan memuji mereka kerana telah berjaya mencapai tahap Red Umbrella atau penonjolan dalam latihan itu.
Beliau
berharap semua pelajar UKM yang menyertai Suksis akan menjadi lebih unik
dan menonjol serta dikagumi masyarakat berbanding dengan pelajar lain.
Latihan
menembak itu boleh membawa kepada usaha mencapai ketepatan dalam tugasan
harian mereka. Pengalaman demikian, katanya, amat berharga dan anggota
Suksis yang menyertai latihan menembak itu akan memahami beberapa syarat
dan kehendak dalam perkhidmatan polis.
Latihan
menembak itu berlangsung selama tiga hari dan telah memberi peluang
kepada mereka memahirkan diri dalam penggunaan senapang M16 dan pistol.
Kursus
menembak itu adalah sebahagian daripada program yang akan dilalui
anggota Suksis termasuk Kursus Suai kenal, Kursus PGA, Kursus Merin,
Pertolongan Cemas, Kursus Etika, Kursus Kepimpinan dan program lawatan
ke beberapa lokasi Polis Diraja Malaysia (PGRM) dan Pusat Latihan Unit
Simpanan Persekutuan (FRU).
Pegawai
Latihan di Markas Suksis UKM, Inspektor Roslan bin Yunus, berkata
anggota Suksis juga menjalani kursus asas undang-undang Malaysia.
Beliau
memuji anggota Suksis kerana memiliki semangat tinggi sepanjang
menyertainya. Pelajar-pelajar yang menyertai pasukan Suksis akan
ditauliahkan sebagai pegawai berpangkat Inspektor setelah tamat latihan
selama tiga tahun di UKM. Mereka yang berminat boleh meneruskan khidmat
dalam pasukan polis sama ada sebagai pegawai tetap atau sukarelawan.
Beliau
berharap akan ada anggota alumni mahu pun pelajar UKM yang pernah
menganggotai Suksis dapat kembali menjadi anggota sukarelawan setelah
tamat atau pun ketika mereka menyambung pengajian di peringkat pasca
siswazah.

10 April 2014
Petikan Berita Dari eWarga UKM
12 Februari 2014
Semoga Tintanya Ada Habuan Di Akhirat.
"En Raai jom la kerja dengan saya di PRO", saya seringkali diajukan dengan kata-kata itu setiap kali bertemu dengan beliau. Sekadar melepaskan senyuman dan memberitahu soal pindah pejabat bukan satu yang saya gemar kecuali dengan arahan atau terpaksa.
Namun atas kehendaknya, nama saya dicadangkan menjadi Editor Bersekutu untuk buletin Senada UKM. Satu tugas besar yang dilantik oleh Naib Canselor UKM sekitar awal tahun 2006. Saya seorang kakitangan sokongan bukan pentadbiran mahupun akedemik disenaraikan oleh beliau untuk tanggungjawab itu.
Beliau yang saya maksudkan ialah Allahyarham Salmah Zainal Abidin. Namanya tidak sebesar individu lain di UKM. Salmah seorang Pegawai Penerbitan yang tugasnya menyunting artikel, jurnal. Namun bagi saya beliau memberi jasa kepada penglibatan saya sebagai penulis sambilan di UKM. Banyak artikel ringan yang saya tulis diterbitkan oleh beliau. Malahan beliau banyak menyunting dan menerbitkan puisi saya untuk Senada.
Saya dinaikkan pangkat ke Penerbit UKM, manakala Allahyarham naik pangkat ke Penerbit selepas itu. Akhirnya saya berkata, "Dapat juga Puan Salmah menjadi pegawai saya....". Allahyarham tersenyum tanda setuju.
Namun tidak lama selepas itu Puan Salmah dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2008-2013. Saya terputus hubungan kerja dengannya. Namun sebagai pegawai yang ada kaitan dengan IPT, ada waktunya saya menyumbang foto-foto untuk menyenangkan tugasan beliau.
Tahun 2013 Allahyarham kembali semula ke Penerbit UKM dan menyandang Timbalan Ketua kat situ. Berlaku penstrukturan Penerbit UKM saya sekali lagi terlepas dari pengawasan Puan Salmah.
Allah lebih menyayangi Puan Salmah, sekitar pukul tiga lebih petang 11 Februari 2014 beliau telah dijemput Ilahi di kediamannya. Paginya beliau menghadiri satu mesyuarat bersama pegawai-pegawainya di Penerbit UKM. Puan Salmah pulang selepas itu untuk menunaikan tanggungjawab kepada bondanya yang kurang sihat. Pegawai-pegawainya terkejut setelah berita kematian beliau diberitahu oleh anaknya. Ada yang tidak percaya. Namun itulah hakikatnya.
Allahyarham pergi disamping anaknya tanpa suaminya di sisi kerana ada urusan pejabat di Kuantan. kehendak Allah siapa boleh menjangkakan. Kembalinya Allahyarham meninggalkan satu bakti buat semua termasuk saya. Walaupun beliau seorang editor yang menyunting setiap artikal penulis lain pada saya habuan di akhirat pasti ada hasil setiap titisan tinta yang disuntingnya.....Al Fatihah.
11 pagi 12 Februari 2014; Di Pusara, Sungai Tangkas, Kajang.

09 Februari 2014
08 Februari 2014
Petikan dari Portal Berita UKM
Anggota PALAPES Mempunyai Kelebihan Antara Semua Pelajar
Foto Raai Osman
BENTONG, 5
Feb 2014 - Pelajar yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
(PALAPES) mempunyai kelebihan dari graduan lain kerana pengalaman
ketenteraan yang mereka timba membolehkan mereka cemerlang di mana saja
mereka berkhidmat.
Naib
Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan
Ghazali berbangga dengan pencapaian mereka ketika melawat khemah latihan
Palapes UKM-USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini hari ini.
Pelatih itu baru sahaja selesai menjalini latihan tahunan mereka di
Mempaga di sini hari ini.
Prof Noor
Azlan selaku Komandan PALAPES UKM telah melawat kelima-lima khemah
latihan enam hari mereka itu yang berakhir hari ini.
Khemah-khemah itu menempatkan tiga peringkat anggota kadet UKM–USIM ia itu Peringkat Awal, Menengah dan Senior.
Pegawai di
peringkat Junior menjalani latihan hutan dan ‘peperangan melawan
gerila’ seperti mendudukki pengkalan hutan, ronda tinjau, serang hendap
dan serangan khemah musuh.
Sementara
diperingkat Intermediate dan Senior pula mereka melaksanakan empat fasa
dalam Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) iaitu fasa mara,
pertahanan, berundur dan serangan.
Penilaian
di tumpukan kepada peringkat pegawai kadet Senior kerana latihan mereka
itu akan menentukan mereka lulus atau tidak untuk ditauliahkan di Hari
Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPT pada Julai 2014 nanti.
Datuk Noor Azlan berkata pelajar yang menganggotai PALAPES akan menjadi berjaya untuk menempuh cabaran.
Sekiranya
cabaran keras di khemah itu mereka mampu lakukan, tidak mustahil mereka
juga boleh lakukan seumpama di dunia luar kampus setelah tamat pengajian
kelak. Beliau berharap agar masyarakat kampus dapat mengetahui mengenai
PALAPES dan UKM dapat mengadakan satu program gempur kampus untuk
memperkenalkan PALAPES kepada semua pelajar.
Turut
hadir di upacara tersebut ialah Timbalan Komandan Prof Madya Shamsul
Abadi dan Leftenen Kolonel PALAPES Mohd Sahar bin Haji Saidi.

Petikan dari: http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1687-rotu-participants-have-competitive-advantage-over-other-students.html
Gempur Wira di Mempaga 2014
Seawal pukul 6.00 pagi pegawai muda kadet UKM telah bersiap sedia di sebuah ladang kelapa sawit Mempaga Pahang. Mereka menunggu arahan untuk mara dengan berjalan kaki sejauh 25km dalam masa tiga hari. Mereka telah bermalam sejak 31 Januari 2014 ketika itu adalah cuti umum Tahun Baru Cina.
8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16.
Tidak sampai 500 meter penulis mendengar bunyi tembakan senjata api. Pasukan yang berada di belakang sekali akan mengambil perlindungan dengan meniarap atau duduk di tepi jalan. Dari jauh kedengaran tembakan berbalas dengan tembakan sambil arahan mara untuk mengempur musuh.
Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan perang. Kenderaan 3 tan bergema membelah jalan raya yang sibuk dengan kereta yang balik bertemu keluarga sempena cuti umum itu. Ada yang seolah cemas melihat senario ini. Ada yang memberikan laluan kepada kadet. Paling mengharukan ada yang membunyikan hon tanda sokongan.
Selepas mereka berjaya menyerang atau bertahan dari musuh, Ketua Jurulatih (CI ), Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said akan membuat postmortem. Beliau akan mengulas apakah serang atau pertanhanan itu berjaya atau tidak.
Mereka berjalan mara lagi dan serangan berlaku lagi. Sehinggalah tepat pukul 11.30 pagi mereka berhenti rehat di sebuah ladang kelapa sawit untuk makan tengahari. Bezanya makanan mereka dibekalkan oleh lori 3 tan yang membawa makanan itu dari Kem Mepaga. Tepat pukul 2 petang mereka bergerak lagi dan episod serang tetap berlaku sehinggalah pukul 4.00 petang mereka akan brhenti di sebuah ladang untuk bermalam dan menyambung kemaraan keesokkan hari.
Ketika berada di tempat berehat sebenarnya mereka masih menjalankan aktiviti untuk persiapan pada keesokkan hari. Arahan demi arahan akan disampaikan pada waktu malam disamping meredakan keletihan dan merawat anggota yang sakit atau cedera.
Itu adalah sebahagian gambaran mengenai latihan tahunan pegawai kadet Palapes UKM dan USIM yang telah diadakan di Mepaga pada 31 Januari hingga 5 Februari 2014. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Junior, Intermidiate dan Senior.
Kumpulan Junior akan berada di dalam hutan Ulu Sungai Raub selama empat malam. Mereka akan menjalani latihan perang di dalam hutan dengan menyerang khemah musuh. Latihan ini telah disaksikan sendiri oleh Naib Canselor UKM selaku Komanden Kehormat pada pagi 4 Februari. Serangan ke khemah musuh disaksikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dalam suasana perang yang sebenar. Beliau begitu kagum dengan persembahan itu dan memberikan pujian kerana semangat yang ditunjukkan amat tinggi sekali.
Manakala kumpulan kadet Intermidiate melakukan latihan berjalan mara seperti yang telah penulis ceritakan sebelum ini. Mereka akan menyerang kumpulan Senior seperti yang pernah saya catatkan tahun lepas di MISI PERANG (sila klik).
Prof Datuk Dr Noor Azlan telah melawat di semua lokasi latihan dan telah menunjukkan minat dan berjanji jika ada kelapangan masa, beliau akan turun untuk bermalam bersama-sama kadet di kem latihan tahunan ini.
Pada hemat penulis, latihan begini bukanlah mudah dilalukan kecuali bagi mereka yang kuat semangat sahaja yang mampu. Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Soal kena marah, kena denda jika melakukan kesalahan adalah perkara lumrah. Menjaga senjata apai adalah perkara utama yang harus diambil berat. Kerana menurut Ketua Jurulatih, orang awam akan mengambil peluang mencuri jika kadet lalai!
Bagi penulis, bertugas selam enam hari di Mempaga bukan sekadar merakam gambar dan merakam berita, namun inilah peluang penulis memahami bagaimana beratnya tugas anggota tentera dan berat juga menjadi Jurufoto di medan perang. Soal fobia bunyi senjata api adalah perkara utama yang harus dihilangkan.
8.00 pagi mereka mara ke jalan besar yang menghubungkan Mempaga ke Raub iaitu jalan alternatif ke Kelantan. Setiap seorang baik lelaki mahu pun wanita membawa bebanan seberat lebih kurang 10kg. Lebih berat bagi kadet yang membawa peralatan semboyan. Disamping itu mereka akan membawa senjata api paling ringan pun M16.

Penulis yang ditugaskan membuat liputan bergambar dan berita betul-betul merasakan bagaikan berada di medan perang. Kenderaan 3 tan bergema membelah jalan raya yang sibuk dengan kereta yang balik bertemu keluarga sempena cuti umum itu. Ada yang seolah cemas melihat senario ini. Ada yang memberikan laluan kepada kadet. Paling mengharukan ada yang membunyikan hon tanda sokongan.
Selepas mereka berjaya menyerang atau bertahan dari musuh, Ketua Jurulatih (CI ), Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said akan membuat postmortem. Beliau akan mengulas apakah serang atau pertanhanan itu berjaya atau tidak.
![]() |
Tahap kewaspadaan harus ada kerana musuh akan menyerang pada bila-bila masa. |
Mereka berjalan mara lagi dan serangan berlaku lagi. Sehinggalah tepat pukul 11.30 pagi mereka berhenti rehat di sebuah ladang kelapa sawit untuk makan tengahari. Bezanya makanan mereka dibekalkan oleh lori 3 tan yang membawa makanan itu dari Kem Mepaga. Tepat pukul 2 petang mereka bergerak lagi dan episod serang tetap berlaku sehinggalah pukul 4.00 petang mereka akan brhenti di sebuah ladang untuk bermalam dan menyambung kemaraan keesokkan hari.
Ketika berada di tempat berehat sebenarnya mereka masih menjalankan aktiviti untuk persiapan pada keesokkan hari. Arahan demi arahan akan disampaikan pada waktu malam disamping meredakan keletihan dan merawat anggota yang sakit atau cedera.
![]() | ||||||
Jika pada Hari Raya Cina baru-baru inim anda melihat situasi ini, merka hanya berlatih berjalan mara dan mempertahan diri dari serangan musuh sahaja. |
Kumpulan Junior akan berada di dalam hutan Ulu Sungai Raub selama empat malam. Mereka akan menjalani latihan perang di dalam hutan dengan menyerang khemah musuh. Latihan ini telah disaksikan sendiri oleh Naib Canselor UKM selaku Komanden Kehormat pada pagi 4 Februari. Serangan ke khemah musuh disaksikan oleh Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dalam suasana perang yang sebenar. Beliau begitu kagum dengan persembahan itu dan memberikan pujian kerana semangat yang ditunjukkan amat tinggi sekali.
![]() |
Komanden Palapes UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Timbalan Komanden Datuk Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat |
![]() |
Andai ini peperangan yang sebenar? |
Pada hemat penulis, latihan begini bukanlah mudah dilalukan kecuali bagi mereka yang kuat semangat sahaja yang mampu. Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Soal kena marah, kena denda jika melakukan kesalahan adalah perkara lumrah. Menjaga senjata apai adalah perkara utama yang harus diambil berat. Kerana menurut Ketua Jurulatih, orang awam akan mengambil peluang mencuri jika kadet lalai!
![]() |
Penulis bersama pasukan penguji dan pegawai Palapes UKM |
Bagi penulis, bertugas selam enam hari di Mempaga bukan sekadar merakam gambar dan merakam berita, namun inilah peluang penulis memahami bagaimana beratnya tugas anggota tentera dan berat juga menjadi Jurufoto di medan perang. Soal fobia bunyi senjata api adalah perkara utama yang harus dihilangkan.
19 Januari 2014
Disalin dari Portal Berita UKM
UKM Photographer Conducts Free Workshop For Rural Youths
Pix Students of Photography Workshop
BANGI, 10 Jan
2014 - More than 30 youths from all over Kedah received free training
in photography from a UKM photographer in Sik, Kedah last week.
The
workshop was the initiative of Abdul Raai Osman, a photographer with the
UKM News Portal then on holiday in his kampung who felt that he had to
do something to contribute to the community there.
Using his
35 years of experience in UKM he decided to give the free photography
lessons with the hope that it would allow the youths there to generate
their own incomes.
He got the
idea after listening to speeches by UKM senior officials about how the
university needed to engage the community. His efforts showed that
everyone regardless of position and background can make a contribution
to society if they wanted to.
Raai said
he is neither an intellectual nor does he hold high office in the
university. Thus one of the few ways that he can contribute is to impart
his knowledge learnt in UKM.
“I only
have 4 more years of service left before retiring. I just want to do my
part in helping the community and at the same time enhance UKM’s
reputation,” he said.
The
workshop was made possible with the collaboration of Sik Recreational
Association (SRA) and Sik Department of Youth and Sports (DYS). The two
day workshop trained youth in both theoretical and practical aspects of
photography.
Raai also
took the opportunity to highlight UKM’s achievement and distribute
brochures to the participants urging them to choose UKM if they wanted
to further their studies.
Kedah State Assemblyman for Jeneri, En Mahadzir Bin Haji Abdul Hamid was present during parts of the workshop.

Langgan:
Catatan (Atom)
Selamat Berangkat Abang Mad
Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...

-
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: | KWSP Anda | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara | Seorang yang pernah menjawat ...
-
Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya a...
-
Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pin...