Inilah yang saya perolehi

Sering saya katakan, doa kita adalah permintaan agar Allah kabulkan. Namun bagi saya ada waktunya doa Ibu paling khudus yang harus kita fikirkan. Saya pernah menceritakan bahawa pernah gagal dalam temuduga untuk menjadi polis. Pernah ditegah oleh ibu dari menyertai tentera. Mungkin, kalau ibu saya mendengar kisah-kisah ibu-ibu syuhadah pada zaman Rasullah pasti beliau akan membenarkan saya bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan! Tetapi saya tidak kesal....... namun ketentuan Ilahi adalah segala-galanya apabila semasa hayat saya telah mengecapi apa yang saya hajatkan. Saya berpeluang memegang senjata api. Kerana jiwa saya teapa teringin mencuba mencari kelebihan itu, biarpun turget saya bukanlah mengena 100%.... 

 Ketika saya tinggal di kampung empat puluh tahun dulu sering melihat helikopter tentera terbang rendah ketika operasi pengganas komunis di sempadan Malaysia Thailand. Minat untuk menaiki helikopter tetap tersemai.

Mengecapi impian itu bukanlah perkara yang mudah. Takdir Allah tertunai juga impian itu apabila saya ditugaskan untuk merakam gambar kampus UKM pada penghujung tahun 2012. Paling menarik, saya berpeluang duduk di lantai helikopter sambil merakam gambar dari pintu yang terbuka. Sesuatu kenikmatan yang sukar diceritakan.

Tahun ini saya diberi peluang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengajar fotografi udara kepada anggota cawangan udaranya. Peluang ini telah memberi kesempatan kepada saya terbang bersama peserta sebanyak enam kali. Ohhh syukur Alhamdulillah rezeki yang tidak terduga disamping itu ia telah mengiktirafkan tenaga mahir dari Universiti Kebangsan Malaysia seperti saya.

 Nasihat saya, mohonlah doa ikut kemampuan kita dalam apa jua harapan disamping itu jangan lupa doa ibu dan ayah amat diperlukan. Insyaallah berkat usaha dan doa pasti kita akan berjaya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah