Kanak-Kanak dan Gambar

Seharusnya saya perlu menulis dalam halaman ini agar semua kita tahu dan menilai apa yang telah dan akan lalukan kepada seorang kanak-kanak. Saya bukan pakar undang-undang. Tetapi sejak bertugas di UKM  dan sering berada di beberapa majlis yang membicarakan soal undang-undang maka saya memahi sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Untuk belajar undang-undang bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi dalam beberapa kes kita boleh memahaminya dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di pasaran.

Kanak-kanak adalah sumber kita untuk melegakan tekanan. Sebut sahaja kanak-kanak semua orang suka. Kalau orang sakit sahaja yang kurang berminat pada seorang kanak-kanak. Hinggakan orang kurang siuman pun meminati kanak-kanak. Tetapi tahukah kita ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa kerana tekanan hidup seseorang terutamanya keluarga terdekat. banyak kejadian salah laku sex, salah laku mendidik telah dilakukan oleh orang-orang yang terdekat dengannya. Maka sejak akhir-akhir ini muncul kisah-kisah penderaanmelibatkan kecederaan dan kematian. Natijahnya maka seluruh masyarakat teruja dengan kes-kes ini.

Orang biasa macam saya semestinya memang tidak pernah membaca Akta Kanak-Kanak 2001. Kalau ada pun kita hanya tahu setelah berlakunya kejadian penderaan. Selepas itu kita kembali alpa. Kita mungkin bosan membaca akta tersebut (sila klik) http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm     namun adalah penting jika kita sayangi kanak-kanak untuk membaca dengan teliti. Kanak-kanak ada hak dalam kehidupan ini.

Islam yang dibawa oleh Rasullah SAW juga melindungi kanak-kanak. Kalau nak pukul pun bukan sampai cedera. tetapi hanya tujuan mendidik. Pukul dengan perlahan. Itu haknya. Oleh itu ketika Forum Bicara Bangi di UKM baru-baru ini ahli-ahli penal telah menghuraikan mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak. Sehinggakan kanak-kanak OKU mempunyai haknya. Maka tidak dinafikan masyarakat kita masih ramai kurang peka dengan hak kanak-kanak ini.

Membiarkan kanak-kanak yang masih di bawah usia 18 tahun sebenarnya menjadi satu kesalahan. Menyuruh anak-anak ke kedai sendirian juga menjadi kesalahan kepada penjaganya. Oleh itu apabila berlaku kes colek maka kita tak pernah terfikir kenapa terjadi begitu. Sering kita melihat kanak-kanak pergi ke kedai sendirian. Terdapat kanak-kanak memandu kenderaan ketika masih di bawah usia 16 tahun. Amat berbangga jika ada emak bapa membiarkan anak-anak sudah mahir menunggang motosikal.

Oh, tidak terkira ibu ayah yang mempunyai anak-anak kecil yang comel menyiarkan gambar anak-anak di dalam media sosial. Sudah lama saya terfikir masalah ini kemungkinan penjenayah sentiasa mengawasi aktiviti kita. Bayangkan jika lebih 20 kali kita menyiarkan wajah kita dan anak-anak sudah pasti orang lain boleh mengenali wajah seseorang. Lebih mudah terjadi kejadian jenayah seandainya kita menghantar anak-anak di tadika, atau pusat jagaan kanak-kanak.Prof Datin Aziah Awal (TNC HEPA UKM) sering melakukan kempen keselamatan kana-kanak biar di media cetak mahupun media TV. Ketika forum Bicara Bangi juga Prof Aziah menekankan perkara ini. Namun setelah kenyataannya keluar dalam media cetak ramai yang buat komen entah apa-apa. Komen ini saya lihat seperti tidak berpijak di bumi nyata. Ada yang melepaskan komen yang mempamerkan kedengkalan fikiran mereka.



Pada hemat saya, semua kita harus sedar kanak-kanak wajib dikawal. Akta sudah ada. Saya ingin mencadangkan agar pengetahuan ini perlu didedahkan dalam komuniti setempat. NGO-NGO kita harus lebih aktif membicarakan perkara ini. Wujudkan kursus-kursus ini dalam program bakal-bakal pengantin. Di samping menekankan bab-bab fikiq yang wajid diketahui oleh bakal pengantin, kita harus menerkankan  hak penjagaan. Kita tidak mahu setelah seseorang itu dipenjarakan oleh undang-undang baru dia faham bahawa apa yang dia lakukan adalah satu kesalahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Boria dan Dikir Barat