21 April 2014

Mencari Sinar Di Pulau Tioman

Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini.

Memang ada kenderaan yang boleh disewa, tetapi keadaan muka buminya amat mencabar dan adalah elok kita menggunakan pemandu tempatan. Kampung-kampung seperti  Kampung Tekek, Juara, Air Batang,Kampung Salang, Kampung Mukut, Kampung Genting, boleh diziarahi tetapi kedudukannya yang berjauhan maka saya mengambil keputusan hanya berada di Kampung Air Batang dan Tekek sahaj untuk tempuh dua hari di situ.


 Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang.

Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1]
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. (** Rujukan Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Tioman  )

Ketika saya berada di sana kisah ini langsung tidak di cerita oleh penduduk asalnya. Mereka sibuk dengan kerja harian melayan pelancong. Bagi mereka pelancong adalah rakan niaga yang memberikan wang. Mereka akan menunggu palncong yang turun dari feri dengan motosikal roda tiga. Mereka akan membawa beg-beg palancong ke tempat penginapan yang terdapat di situ. 

Saya sempat berbuat dengan dua orang pengusaha chalet. Pelancong akan menikmati kepuasan dari layanan mereka. Mereka melayan palancong yang memang dahagakan penginapan yang selesa, makan yang dapat memenuhi citarasa mereka. 

Kawasan tempat saya tinggal, amat susah hendak dapat makanan ala melayu. Justeru, kita harus bersedia untuk mencari menu yang sesuai. Di Kampung Tekek saya dapat juga menjamu selera dengan nasi putih berlaukkan sup daging. Bagi saya dan rakan setugas, masalah makan tidak menjadi masalah kerana kami memperolehi jamuan dari urusetia ekpedisi. Oleh itu pada hari terakhir saya segaja ingin mencari kelainan untuk menukar selera dengan resepi orang Tioman.

Hari pertama saya di Pulau Tioman, kedengaran dari corong pembesar suara satu ceramah oleh penceramah yang saya tidak pasti. Pada perkiraan saya suara itu datang satu bangunan yang jauh. Namun akhirnya saya dapat mengecam suara itu datang dari sebuah masjid setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maqrib. Saya tidak dapat ke sana kerana jauh dan tiada kenderaan.

Saya masih mencari sinar. Sinar itu ada. Rupa-rupanya usaha dakwah berjalan dengan baik. Banyak pengisian dakwah dilakukan di sini. Misalnya ada juga ceramah agam di Dataran Kampung Tekek. 

Hari kedua di sana, saya telah menyewa sebuah basikal dengan kadar RM5.00 untuk satu jam. Saya sewa basikal itu dua jam. Dengan basikal itu saya berjaya sampai di Masjid Jamek Kampung Tekek. Kecil sahaja masjidnya. Dapatlah saya berjemaah dengan makmum di situ yang diimamkan oleh seorang Imam masih muda. Bacaannya seperti seorang Qari. Anak muda itu mungkin seorang terpelajar, mungkin seorang guru di situ atau anak tempatan Kampung Tekek. Biar pun siapa beliau, hati saya amat sejuk kerana sinar Islam dan gaya kehidupan seorang Muslim masih kuat di Pulau Tioman.

Hari terakhir saya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman telah menemukan dengan seorang pengusaha chalet. Dia seorang pengusaha yang agak tegas dengan arak. Kalau datang ke kedainya pelanggan tidak dibenarkan membawa arak.Beliau begitu tegas dengan tegahan meminum arak. Bagi beliau, haram tetap haram.

Inilah yang cari sejak berada di Pulau Tioman. Saya telah banyak mendengar kisah-kisah panas mengenai arak, berpakaian tidak senonoh di tepi-tepi pantai. Namun usaha menegah tetap dilakukan oleh penduduk di situ. Malahan papa-papan tanda yang menerangkan kesalahan meminum arak,berpakaian kurang sopan telah dipasang oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.

Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang berani dan bertanggungjawab untuk mempertahan hukum Allah di bumi yang indah ini. Didoakan tidak diturunkan di bumi Tioman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Galeri

Haji: Doa dan Air Mata

Sila baca selanjutnya di  Haji: Doa dan Air Mata Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk menger...