Catatan

Lihatlah Dunia Ini Masih Indah

Imej
  1. Seorang lelaki Cina menolak kerusi roda dengan tenaga yang minimum masuk ke bilik doktor. Seorang doktor muda memegang daun pintu agar memudahkan lelaki Cina itu menolak isterinya. Rasanya semasa muda lelaki ini bukan sebarangan orang sebab fasih berbahasa Inggeris. 2. Seorang wanita muda memberi laluan kepada seorang wanita wargamas. Wanita muda ini kemudian menolak kerusi roda wanita itu walaupun dia bukan ibunya. "Anak pergi sekolah ada urusan" itu dailog wanita wargamas itu kepada wanita muda tadi. 3. Di satu sudut saya lihat seorang wanita Indonesia membantu menyuap makanan kepada seorang wanita. Layanannya bagai seorang anak kepada seorang ibu. 4. Di lobi hospital seorang anak muda menurunkan kerusi roda dan kemudian seorang wanita bertongkat menaiki kereta roda letrik menuju ke klinik seorang diri. Sudah pasti anak muda tadi adalah pemandu Grab. 5. Saya menyusuri lorong ada masa sesak ada masa legang. Sekarang saya pakai tongkat agar orang lain perasan saya seoran...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Imej
  Hari ini hari akhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022. Peminat buku telah mengambil peluang keemasan sejak seminggu lepas. Ada yang datang dengan membawa beg besar dan kecil. Ada yang membawa balik buku dengan beg pelastik berjenama penerbit buku tersebut. Kelonggaran PKP membolehkan PBAKL diadakan tahun ini. Para penerbit lega dan terasa bagaikan hari raya. Mereka bersaing cara sihat untuk menjual buku-buku. Ada yang menawar potongan harga. Saya sebagai penulis baharu dapat belajar membuat pemasaran. Berdiri di gerai Nurul Syahida Hassan atau SHE sambil mengajak pengunjung membeli buku tulisan saya. Baru terasa bagaimana nak menarik minat pembeli. Lakukan live di Facebook. Bercakap dan mempromosi walaupun belum tentu ada pembeli. Zaman sekarang penulis bukan macam zaman dulu. Tulis dan hantar kepada penerbit kemudian dapat honororium jika buku kita bermutu. Rumusannya nak jadi penulis kena minat berniaga. Keluarkan modal. Kalau nasib baik kita akan kaut keuntungan jika ...

Rezeki Tidak Salah Alamat

Imej
  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mertuanya tak boleh sebab wang itu nak digunakan bagi peperiksaan SPM adik iparnya. Menantu merajuk dan membawa diri. Lagi pun pada hemat ibu mertuanya wang itu wang anak yatim yang harus jaga. Kata ibu mertuanya kalau mak tak ada wang macam mana nak lagi. Musim hujan tidak menentu. Wang KWSP peninggalan arwah suaminya yang menjadi suntikan semangat. Masa berlalu dan adik ipar itu telah bekerja dan bergaji agakm\ lumayan. Ketika musim raya dia tidak lupa menziarahi kakak dan abang iparnya. Nak jadi rezeki di kampung ada tanah hasil peninggalan arwah neneknya yang dijaga oleh sepupu. Setiap dua tahun wang hasil usaha kepala sawit dan bendang diagihkan kepada adik ipar itu. Wang itu tidak dimakan seorang, diberikan kepada kakaknya. Inilah yang disebut orang, rezeki tak salah alamat. Apa yang kita tak dapat dulu suatu masa kita akan dapat dengan izin ...

KL dan Aku

 Aku berjalan menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan mulai sibuk waktu kerana orang sedang balik kerja.Itulah jalan menuju ke rumah sewa di Kampung Kolam Air (kampung setinggan) berhampiran Sekolah Seri Putri. Ketika itu Kuala Lumpur masih tenang walaupun sudah ada lorong-lorong hanyir yang terkenal di Jalan Haji Husain. Kadang-kadang kesian aku tengok ada wanita separuh abad duduk di kerusi di belakang rumah kedai yang kemudiannya baru aku tahu mereka menunggu pelanggan!  Berhampiran show room Tan Chong Motor sering kelihatan Jefry Din menunggu bas mini untuk balik ke rumah. Biasanya aku tak kisah dia sebab masa tu beliau penyanyi yang sedang meletop. Ada masanya aku akan singgap di pejabat Varia Pop berjumpa sahabat jurufoto di situ. Azaham Brado (arwah) akan melayanku. Nasib baik dapat berjumpa Mama Jui, seorang wartawan dan juga penulis lirik.  Setiap Sabtu aku akan naik pejabat akhbar Watan jumpa Ghani Osman. Hantar artikel, cerpen.  "U dah tahu Halim dibawa...

Penyakit Demensia

Imej
  Oleh: Abd Raai Osman Pernahkah terjadi di dalam keluarga anda anggota keluarga hilang tanpa dikesan. Tidak lama selepas itu ia dihantar oleh orang ramai ke balai polis kerana terjumpa berjalan-jalan di tengah malam. Ada kejadian seorang  ayah melarikan diri dari rumah anak menantu kerana merajuk, marah. Ayah  lebih baik jika melarikan diri ke rumah orang-orang tua. Ini satu delima keluarga tak kira bangsa dan agama. Banyak ragam akan berlaku jika ianya tidak ditangani dengan bijak atau ilmu. Masalah ini dipanggil penyakit Demensia. Orang Melayu biasanya menyebut penyakit nyanyuk. Apa itu Demensia? Demensia  adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta menurunnya kecerdasan mental. Demensia akan berlaku tidak kira usia namun ia mudah terjadi kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Demensia  men...

Ijazah Tidak Diiktiraf?

Oleh: Prof Emeratus Dr Bohari Yamin  (Mantan Prof FST UKM) Ada Yang Minta pandangan saya tentang viral bekas PhD UPM Dari Palestine Yang katanya  degreenya tidak diiktiraf Europa untuk bekerja Di Sana. Soal pengiktirafan ni soal sesuatu negara juga. Malaysia juga tidak mengiktiraf beberapa universiti Di Japan Dan negara lain begitu juga sebaliknya. Pelajar saya yang Ada master memperoleh biasiswa Mumbusho Di Osaka universiti diminta mula dgn sarjana Dan selepas 4 tahun lebih selesai PhDnya.  Beberapa student master saya sambung PhD ke Cambridge Dan Australia tiada masalah kerana mereka tahu sistem Kita. Beberapa lulusan PhD saya dari Iran Dan Libya Dapat kerja di Australia Dan Canada. Mereka lihat CV juga. Ramai PhD Yang dihasilkan UPM Dan Univ lain menunjukkan ramai Yang Mohon masuk kerana mereka minat setelah membuat penilaian   sendiri   ISU Tak Dapat kerja atau visa itu Ada banyak sebab. Kita juga ramai PhD YG masih Cari kerja lulusan Tokyo Univ Pu...

Kecoh pasal RFID

Imej
  RFID adalah benda baharu buat saya. Ia kelihatan canggih tapi macam memaksa pengguna untuk membelinya. 1.Harganya mahal bagi secalit pelastik yang mempunyai code. 2. Paling hebat jika terkoyak atau dikoyak ianya kena ditukar lain dengan kos yang mahal. 3. Resiko lain jika membasuh kereta rasanya tak semua pekerja tahu pelastik ini mahal harganya. 4. Andai ada kereta lebih dari satu maka kena ada lebih juga. 5.Saya bersetuju jika nak lakukan perubahan biarkan ada tempuh percubaan yang lama. Macam SmartTag sebelum ini tak semua lorong ada. 6. Bagi pengguna yang jarang2 masuk tol rasanya RFID ini bukan satu barang perlu dan terlalu tinggi darjatnya. Membazir. Sebenarnya nak menuju negara maju bukan semua yang hebat nak digunakan. Kita ada kad kredit, maydebit, Ewallet dan banyak lagi tapi tak semua orang mampu dan nak guna. Berniaga ni nak ambil duit orang, jangan paksa orang sudahlah. Banyak lagi keperluan yang kita tak pernah mampu dan cukup. #plus #rfid #tol