20 Januari 2022

Kecoh pasal RFID

 RFID adalah benda baharu buat saya. Ia kelihatan canggih tapi macam memaksa pengguna untuk membelinya.

1.Harganya mahal bagi secalit pelastik yang mempunyai code.
2. Paling
hebat
jika terkoyak atau dikoyak ianya kena ditukar lain dengan kos yang mahal.
3. Resiko lain jika membasuh kereta rasanya tak semua pekerja tahu pelastik ini mahal harganya.
4. Andai ada kereta lebih dari satu maka kena ada lebih juga.
5.Saya bersetuju jika nak lakukan perubahan biarkan ada tempuh percubaan yang lama. Macam SmartTag sebelum ini tak semua lorong ada.
6. Bagi pengguna yang jarang2 masuk tol rasanya RFID ini bukan satu barang perlu dan terlalu tinggi darjatnya. Membazir.
Sebenarnya nak menuju negara maju bukan semua yang
hebat
nak digunakan. Kita ada kad kredit, maydebit, Ewallet dan banyak lagi tapi tak semua orang mampu dan nak guna.
Berniaga ni nak ambil duit orang, jangan paksa orang sudahlah. Banyak lagi keperluan yang kita tak pernah mampu dan cukup.

Tiada ulasan:

Rezeki Tidak Salah Alamat

  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...