Rezeki Tidak Salah Alamat

 


Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mertuanya tak boleh sebab wang itu nak digunakan bagi peperiksaan SPM adik iparnya.


Menantu merajuk dan membawa diri. Lagi pun pada hemat ibu mertuanya wang itu wang anak yatim yang harus jaga. Kata ibu mertuanya kalau mak tak ada wang macam mana nak lagi. Musim hujan tidak menentu. Wang KWSP peninggalan arwah suaminya yang menjadi suntikan semangat.

Masa berlalu dan adik ipar itu telah bekerja dan bergaji agakm\ lumayan. Ketika musim raya dia tidak lupa menziarahi kakak dan abang iparnya.

Nak jadi rezeki di kampung ada tanah hasil peninggalan arwah neneknya yang dijaga oleh sepupu. Setiap dua tahun wang hasil usaha kepala sawit dan bendang diagihkan kepada adik ipar itu. Wang itu tidak dimakan seorang, diberikan kepada kakaknya.

Inilah yang disebut orang, rezeki tak salah alamat. Apa yang kita tak dapat dulu suatu masa kita akan dapat dengan izin Allah. Kita kena yakin rezeki itu hak Allah dan harus redho kenapa kita tak dapat sebelum ini.

Oleh itu sahabat jika kita bergaduh pasal harta jangan sampai kita lupa segala-galanya dari Allah. Ada sebabnya kita tidak dapat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah