Catatan

Mencari ketenangan di Tasik Kenyir

Imej
Ketika musim tengkujuh di Pantai Timur air akan memenuhi Tasik Kenyir   Bila menyebut Tasik Kenyir ramai yang pernah sampai ke sana. Tambahan bagi mereka yang suka dengan aktiviti memancing. Saya pertama kali ke sana pada 24 hingga 27 Oktober lalu bersama-sama warga UKM yang menyertai Bengkel Penerbitan Vedio. Peminta fotografi boleh membuat outing di Tasik Kenyir Rumah Persekutuan Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir , Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara . Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Dasar Tasik Kenyir yang kering di kawasan Sungai Sauk Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988. Sisa balak akan tengelam ketika ai...

Jangan menconteng arang............

Imej
Kesempatan melawat Kilang Arang di Kuala Sepetang telah memberikan satu gambaran hebat tentang orang Melayu. Kilang ini yang terletak berhampiran Pekan Kuala Sepetang telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sejak tahun 1800an lagi. Hasil kayu bakau yang terdapat begitu banyak di Kuala Sepetang telah menjadikan perusahaan kayu arang antara sumber ekonomi penduduk tempatan selain menjadi nelayan. Terdapat pekerja di kilang ini telah bekerja sudah lebih dua puluh tahun. Ini tempat mereka mencari rezeki untuk keluarga. Eco Pendidikan yang terdapat berhampiran kilang arang di sini milik Jabatan Hutan Perak menjadi tempat pelancong memperolehi info mengenai proses kayu arang. Menurut Pengawas Hutan, En Nadrudin Shamsudin, kayu arang hanya terkenal di negara kita sebagai alat pembakar sahaja. Di Jepun kayu arang dijadikan berbagai kegunaan dalam berbagai industri. Antaranya dijadikan alat untuk menyah bau. Ketika melawat kilang tersebut, saya dan rakan-rakan dapat me...

Kepuasan seorang Karyawan Foto

Imej
Sila lihat koleksi saya Menghasilkan foto yang terbaik seharusnya perlu memiliki pengetahuan, pengalaman, ketabahan dan bantuan peralatan. Saya gemar dengan kerektor haiwan. Justeru apabila ada peluang ke zoo maka saya akan mengambil masa yang lama di sana. Mujur keluarga juga berminat dengan dunia saya maka ketika membawa mereka ke sana kesabaran harus dibawa bersama. Ingat melawat ke zoo bukannya murah. Zoo Negara Ulu Klang anda harus membayar RM20 untuk dewasa. Andainya anda membawa 30 orang maka akan diberikan potongan harga sebanyak RM2 sahaja. Zoo Taiping RM12. Baru-baru ini saya berkesempatan membawa 30 orang peserta bengkel fotografi UKM maka pihak zoo tersebut telah memberikan potongan sebanyak 50%. Saya pernah berada di Taman Burung KL selama emapt jam bersama anak, maka kosnya RM15 seorang akan menjadi RM30 jika berdua. Itu tidak termasuk kos minuman dan makanan. Oleh itu apabila anda ingin ke zoo maka pulangan modal harus difikirkan. Keluar dari zoo harus membawa...

Hari Raya dan Kamera

Imej
Kamera merupakan satu peralatan yang tidak mungkin dilupakan apabila menyambut hari raya. Hampir semua orang memiliki kamera dewasa ini. Era digital lebih memudahkan semua orang untuk merakam gambar tanpa perlu menyediakan filem dan mampu merakam sebanyak mana yang kita mahu. Ramai dikalangan peminat fotografi kini memiliki kamera DSLR. Namun ada sesetengah orang kamera DSLR tidak mampu dimiliki dengan alasan ianya mahal, susah dibawa, susah hendak dikendalikan. Gambar dengan kamera telefon bimbit Saya ada waktunya langsung tidak membawa kamera SLR jika pulang berhari raya dengan alasan mahu rehat dari tugasan kerana membawa DSLR dalam sebuah beg secara psikologinya seolah-olah saya sedang bertugas walaupun bercuti. Namun lebih jauh lagi saya ingin meringan bebanan ketika pulang berhari raya dan faktor keselamatan kamera itu sendiri. Naluri seorang karyawan fotografi tetap ada. Saya tidak mahu melepaskan peluang dengan peristiwa yang berlaku semasa musim perayaan. Justeru  la...

Hari Raya Aidilfitri dan Ziarah Syawal

Imej
Di rumah rakan Facebook Cikgu Aziz di Pagoh. Ikhsan-Aziz Salleh 8 September 2010 bersamaan 29 Ramadan saya sempat berbual dan bersalam dengan Haji Zainal Osman pemilik Putera Foto yang terletak di PUSANIKA UKM. Perbualan singkat di CIMB UNIKEB cukup meninggalkan kesan kepada saya apabila pada 14 September Haji Zainal beritakan kembali ke Rahmatollah. Berita ini saya terima daripada Saliman Leman menerusi SMS. Oleh kerana saya sedang sibuk menyiapkan barang-barang ke dalam kereta untuk ke Segamat dari Muar maka SMS itu tidak saya baca. Sdra Zulkifli Ibrahim seorang Pegawai Penerbitan di UKM Press menelefon saya untuk meminta kepastian. Namun setelah saya menelefon ke nombor telefon bimbit Hj. Zainal baru kepastian diperolehi. Adik ipar arwah Hj Zainal yang menjawab panggilan saya. Sebenarnya hati saya sering berdetik sebelum pulang ke Muar pada 9 September siapa pula orang yang kenali akan kembali dijemput Ilahi. Namun saya sering memujuk hati agar tidak terus melayan perasaan itu....

Haji Zainal Osman-Alumni Fotografi IKBN yang berjaya

Zainal Osman yang telah kembali ke Rahmatollah pada 14 Sept 2010 merupakan alumni Intitut Kemahiran Belia Peretak yang berjaya. Beliau merupakan seorang usahawan studio foto sejak awal tahun 90an. Permis niaga beliau terletak di PUSANIKA UKM. Saya mengenali beliau ketika mula-mula membuka kedai foto di situ.Diawal pembabitan Allahyarham ketika senifoto masih menggunakan filem telah membawa kepada pembukaan makmal pemerosesan filem dan mencetak gambar. Malahan perkembangan peniagaannya membolehkan beliau mendapat tender merakam gambar majlis konvokesyen di beberapa institut pengajian tinggi antara yang paling berjaya ialah di majlis Konvokesyen UKM lebih sepuluh tahun. Perkembangan senifoto digital telah mencabar beliau namun atas bantuan anaknya dan rakan-rakan Allahyarham telah menyahut cabaran dengan membuka makmal mencetak foto digital. Putera Foto Studio telah berkembang dengan jayanya walaupun menempuh cabaran yang berbagai. Namun saya melihat Zainal tidak patah ...

Ramadhan yang akan meninggalkan kita

Setiap tahun bulan Ramadhan akan tiba selagi dunia belum kiamat dan kita belum menemui ajal. Pengisian dalam bulan ini tidak perlu diceritakan dengan panjang lebar kerana semua orang tahu ia perlu berpuasa dan melakukan amal kebajikan lain samada wajib atau sunat. Namun setiap orang pasti mempunyai kenangan sendiri yang disimpan sebagai kenangan peribadi, keluarga mahupun masyarakat. Jikalau zaman dahulu ibu bapa kita menyimpan kenangan itu dalam bentuk lisan sahaja. Ia akan diulang-ulang bercerita kepada anak atau cucu. Justeru, kenangan seseorang amat berharga untuk dikisahkan. Kini dengan wujudnya media berbagai kaedah boleh disampaikan samada dalam bentuk buku, akhbar. Lebih istimewa lagi apabila wujud media terkini seperti Web, Blog,Facebook, Twitter dan lain-lain lagi maka penyampaian akan lebih sempurna disimpan. Kalau tiga puluh tahun dulu ramai antara kita menyimpan kisah-kisah kenangan di dalam diari atau buku catatan lain, kini ianya lebih luas. Saya bertemu kembali gu...