15 November 2022

Buku Trevelog Haji




Perjalanan mengerjakan haji bukan mudah. Setiap Jemaah haji pasti ada cerita tersendiri sepanjang perjalanan mereka sama ada sebelum mahupun ketika mengerjakan haji. Kisah-kisah mereka menjadi panduan buat para pembaca, termasuklah kisah seorang jurufoto yang diuji dengan penyakit sebelum mengerjakan haji. Atas keizinan Pemilik Baitullah, beliau dapat menyempurnakan ibadah haji - rukun Islam yang kelima dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi. Catatan haji ini medium dakwah buatnya.


"Encik mana boleh pergi buat haji. Nak bunuh diri ke di sana. Nanti jatuh sakit di sana macam mana nak tunai haji. Nak tunai haji sambil naik Bas Safari ke?


Ingin mendalami kisah haji bertemakan air mata dan kuasa doa ini? Buku ini khas untuk anda.


INI CETAKAN KEDUA. CETAKAN SETERUSNYA TIADA LAGI SETELAH CETAKAN KEDUA HABIS DIJUAL..


DAPATKAN SEGERA UNTUK MOTIVASI MENUNAIKAN HAJI. Sila whatsap no 0193393308

17 Oktober 2022

Jangan Lokek Ilmu


Sudah lama tak bersua dengan dia. Kalau ada kami hanya bertemu dalam whatsap. Kali akhir tiga hari lepas ketika jam 4 pagi lebih dia menegur "awal Otai bangun?". Katanya dia berkampung di pejabat untuk menyiapkan urusan gambar sempena minggu pelajar baru. 


Hari dia saya temui di satu majlis kenduri kawin. Itulah antara aktivitinya mencari wang tambahan. Jika bertemu dia sering berkata, ini sifo saya memperkenalkan saya kepada ayah atau ibu pengantin. 


Dia juga pernah berkata, saya membesar dengan fotografi bersama En Raai. Saya pun tak tahu bila dia mula-mula jadi anak murid saya tapi saya tahu dia kerap mengikuti siri kursus anjuran UKM di mana saya salah seorang pengajarnya. Hasil amali dan latihan berterusan karyanya diterima oleh masyarakat. 


Sejarah silam semasa berusia dua tahun apabila ibu ayahnya maut dalam kamalangan di US ketika ayahnya menyambung pengajian PhD membawa saya lebih rapat.


Sebenarnya dalam dunia fotografi apabila bersama saya juga mempelajari banyak ilmu daripada beliau. Malah jika ada ruang masa kami berdua akan turun ke mana-mana lokasi membuat koleksi gambar.


Dulu semasa sama-sama dalam satu pejabat saya yang lebih berusia mereka menyebut Otai dan kini saya bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki kepadanya untuk menyambung kehidupan penuh mencabar ini.


Pesan saya kepada yang pernah menjadi pelajar saya, gunakanlah ilmu ini untuk kebaikan. Jika tidak saya juga akan didakwa di akhirat kelak.



Di Hening Subuh Ini:🌹

Semasa anak saya nak masuk sekolah menengah sebagai ayah hati terasa risau. Ketika itu setiap malam menghantar anak-anak mengaji Al-Quran dan dapatlah bersembang dengan cikgu Aznan Natar (Allahyarham).


Kata beliau, anak-anak ini nak kena pantau sebelum tingkatan tiga. Semasa itu perwatakan mereka boleh berubah kerana pengaruh kawan dan sekitaran. Allahyarham guru disiplin dan banyak pengalaman dengan murid-murid. 


Dalam Islam, anak-anak harus dilayan sebagai kawan, sebagai pekerja. Maksudnya boleh dimanja tetapi jika membuat salah harus ditegur dimarah.


Mendidik anak-anak jangan terlalu berkiblatkan kebendaan. Ajar mereka erti kesusahan. Latih mereka erti kerisis. Beritahu mereka bagaimana mengawal emosi jika salah seorang ibu atau ayah telah meninggal. 


Ajar mereka ilmu agama. Menutup aurat, jangan tinggal solat, mahir membaca Al Quran walaupun kemahiran lain seperti bersukan atau kebudayaan perlu diberi peluang asalkan tidak terpesong dari agama. 


Saya bersyukur kepada Allah fasa yang disebut oleh Allahyarham telah berlalu namun ada masanya setiap malam ketika saya menghantar Whatsap kepada anak-anak yang tinggal berjuahan untuk minta maaf jika ada kesalahan saya ketika mendidik di waktu kecil dulu, jawapan yang diberikan membuatkan saya boleh tidur lena. Saya garang sebenarnya namun garang itulah menyebabkan meteka rindu kepada saya. 


Keinginan seorang ibu ayah ialah biarlah di hari kematian, anak-anak dapat membaca Al-Quran di sisi jenazah. Lebih bahagia menjadi imam solat jenazah. 


Mari kita doakan.


Sesuai dengan hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:


مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ


Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.


Hadis riwayat Abu Daud: (490)🕋

09 Oktober 2022

Pesakit Buah Pinggang Meningkat

Angka ini memang menyeramkan. Namun ia macam kelihatan akan menjadi kenyataan. Dulu sebelum saya tergolong sebagai pesakit angka ini saya buat tak kisah. Namun kini dari semasa ke semasa ada saja ahli baharu di pusat diaisis yang saya buat rawatan. 

Di klinik Nefro masih ramai pesakit tahap 2 dan 3 sedang hadir membuat kawalan oleh doktor pakar. 

Kepada semua yang masih sihat elok buat ujian darah dan urin.

Jaga pemakanan. Kawal anak- anak dari makanan proses. Ajar mereka makan sayur dan buah-buahan.

Elak makan ubat untuk kosmetik demi kecantikan. Biarlah kita cantik cara semulajadi.

Pengambilan herba perlu berhati-hati seperti ubat kuat untuk lelaki dan wanita.

Kawal darah tinggi, kencing manis. Hidup semasa mudah dengan pandangan yang positif.

Jika anda yang masih sihat mempertikai pendapat saya ia bukan satu paksaan untuk percaya tapi sebagai pesakit saya berharap anda bukan pesakit baharu. 

Jangan buruk sangka dengan Allah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933166/106000-pesakit-buah-pinggang-kronik-menjelang-2040

20 September 2022

Allah Lebih Sayangi Kita

 Hari ini saya menerima panggilan telefon dari dua orang hamba Allah. Seorang yang kehilangan suami yang jemput kembali ke Rahmatullah. Allah menguji hamba ini dengan suami pesakit buah pinggang sejak 6 tahun dulu. Semalam adalah tarikh alhir perjalanan hidupnya di bumi Alllah.

Oleh kerana dia adalah anak saudara Acik Mah maka saya meringan diri menasihatkannya dalam beberapa hal kehidupan selepas kehilangan suami. Pengalaman ibu saya kematian ayah pada usia saya 11 tahun menjadi rujukan.
Bukan satu perkara yang mudah bagi seorang wanita menanggung dugaan Allah yang melibatkan kematian.
Insan kedua yang menghubungi saya ialah seorang lelaki mendakwa kerosakan buah pinggangnya pada tahap 2. Dia kemurungan sekarang. Katanya dia bermotivasi apabila membaca catatan di blog saya duniaraai.blogspot.com dan FB mengenai perjalanan hidup sebagai pesakit buah pinggang.
Saya dapati lelaki ini menanggung tekanan jiwa yang agak tinggi. Kata saya pandanglah saya yang lebih
hebat
tekanan namun saya layan tanpa membiarkan jiwa terjejas. Nasihat saya jangan buruk sangka dengan Allah.
Banyak yang saya berbual dengan dua orang ini. Namun kita harus ingat sebenarnya ramai yang lebih teruk dari kita. Berlapang dadalah menerima ujian Allah.
Allah kasihkan kita.

19 September 2022

Nizam Telah Pergi

 Semalam selepas selamat sampai di Bangi dari Kemaman Terengganu saya dapat masej daripada anak saudara Acik Mah Nooreen Esa bahawa suami Hairul Nizam Ishak sedang ditidurkan selepas tiga jarinya dipotong walaupun doktor mahu memotong kakinya hingga ke lutut. Proses ini dilakukan ekoran Nizam terpijak paku.

Nizam ditidurkan untuk memulihkan jantung dan paru-paru.
Nizam sudah lama menjalani rawatan dialisis. Setiap kali bertemu Nizam saya akan memberi motivasi kepadanya agar positif menjalani kehidupan ini.
Hari ini Nizam telah pergi dan tak akan kembali. Saya bagi pihak keluarga Acik Mah amat bersedih dengan peristiwa ini.
Innalillahiwainnailaihirojiun..Al Fatihah.

17 September 2022

Haji Mohd Tawi

 Semalam kami pesakit buah pinggang di pusat dialisis telah kehilangan ahli setelah Haji Mohd Tawi telah kembali ke Rahmatullah di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Kembalinya Allahyarham menamatkan perjalanan seorang pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani proses dialisis tiga kali seminggu empat jam setiap sesi.
Haji Tawi agak rapat dengan saya sejak mengenalinyaa ketika pertama kali menjejakan kaki di pusat dialisis tepat jam 6 pagi. Selepas solat Subuh kami akan berada di sebelah mesin dan melayan proses pensucian sambil tidur atau berbual.
Allahyarham Tawi telah melalui proses dialisis selama 12 tahun. Dia antara pesakit veteran dan disegani kerana perwatakannya yang lembut dan banyak memberi nasihat kepada pesakit lain. Antara nasihat arwah ialah jangan makan apa-apa supliment atau herba kerana ia akan memburukan lagi keadaan buah pinggang.
Satu lagi nasihat Haji Tawi ialah, jaga air jangan minum terlalu banyak.
Haji Tawi telah tiada, staff yang menjaganya pasti mempunyai nostalgia selama 12 tahun bersamanya.
Dengan rasa sedih saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Innalillahiwainnailaihirojiun saya sedekahkah Al Fatihah dan semoga Allah menempatkan dalam kalangan orang2 beriman.
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Dari Kemaman.

14 September 2022

Pertemuan Selepas Bersara

 Hari ini padat dengan temujanji doktor di HCTM di sebelah pagi. Jam 1 petang balik Bangi buat dialisis dan petang hingga malam ziarah anak yang buat pembedahan semalam.

Sebagai pesakit di hospital yang melahirkan ramai doktor pakar tidak dapat mengelak dari terlibat sebagai pesakit kajian mereka. Oleh itu hari ini 6 orang bakal pakar surgeri khususñya untuk Festula menggunakan tubuh saya untuk bahan kajian mereka.
Walaupun ada pesakit yang tak gemar diganggu pravisi mereka tapi bagi saya apa salahnya saya membantu mereka. Secara tak langsung ia satu amal jariah sebelum kembali ke Rahmatullah.
Foto: HCTM menjadi medan pertemuan antara yang sudah bersara dan yang masih berkhidmat

01 September 2022

Kisah Seorang Pesakit

Setelah 22 tahun saya berulang alik ke hospital bisikan hati tentang jiwa seorang pesakit jarang kita dengar. 


Kita boleh ketepikan keluhan anak jika ibu ayah sakit. Kisah seorang anak yang berulangalik dari Kedah ke Kuala Lumpur. Kisah sewa ambulan dari Kelantan ke KL. Kisah siapa nak hantar ibu ayah yang akan berjumpa doktor.


Banyak kisah sedih yang meruntum jiwa dari kalangan pesakit. Paling menyebakkan dada ialah kisah bayaran hospital. 5, 10, 20 ribu adalah jumlah biasa perlu dibayar jika melibatkan bilik pembedahan. 


Bagi mereka yang ada tanggungan.oleh skim pencen mungkin boleh nyenyak tidur kerana semua bayaran diuruskan oleh JPA. 


Bagaimana dengan yang tiada? Mujur kita ada pusat zakat, baitulmal  bagi pesakit Islam. Bagi bukan Islam mereka boleh merayu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perkeso dan NGO tertentu. Bagi mereka yang mengambil insuran masih lega insuran boleh bayar mengikut jumlah polisi. 


Dalam group pesara yang saya sertai, ada ahli yang berkata gunakanlah baki wang pampasan jika mahukan keselesaan. Apa salahnya manjakan diri? Kata mereka. 


Saya masih ingat ada seorang rakan yang minta bantuan kat saya untuk membeli kerusi roda. Walhal semasa saya wajib membayar kos rawatan dialisis sebanyak 3 ribu lebih sebulan saya tanggung sendiri selama tiga bulan sebelum bantuan perubatan saya diluluskan. Bila saya tanya ke mana wang pampasan....dia jawab habis besarkan rumah.


Apakah perkara kesempitan wang ini kita biarkan sehingga hujung usia? Tidak sama sekali! Waspadalah. Rancang sebelum bersara. 


Andai anda mengeluarkan KWSP jangan terlalu joli. Simpanlah kat ASB, Tabung Haji, beli sijil simpanan perimium BSN, beli insuran, beli emas. 


Ketika bersara dari jawatan kerajaan pun begitu. Paling tidak 30 atau 40% simpan untuk kecemasan. Kalau tak diguna? Bukan susah ia akan jadi pusaka kat waris. Paling tidak boleh buat wakaf atau badal haji jika belum pergi haji.  Bagi orang Islam, masuklah khariat kematian sebagai persediaan di hujung usia.


Jangan terlalu yakin anda tak boleh sakit. Jaga pemakanan. Berhenti merokok dan sebagainya. Ramai yang sakit tiba-tiba. Ketika itu kita dan keluarga saja yang tahu bagaimana.melalui zaman gelap dan hampir gelita. Walaupun penyakit ujian Allah namun kita masih boleh elak sebelum terlewat.


Tercatat di: Wad Oftalmologi HCTM / PPUKM.

23 Ogos 2022

Kehidupan Ini Singkat Masanya

Lima tahun sebelum bersara berbagai perancangan saya buat. Ada rakan-rakan yang kata rugi pengalaman dan kemahiran kalau tak di sambung. Betul ke?


Empat tahun selepas bersara dan nak masuk tahun kelima saya sedar umur bukan angka lagi. Jangan banyak angan-angan jika sudah masuk 60an. Lihat sekeliling bahawa rakan-rakan kita semua sudah kembali menemui pencipta, Allah.

Harta yang ada akan jadi pesaka kepada keluarga. Umur berbaki serahkan kepada Allah dan sejadah.

Jika nak mencurah ilmu, curahkan sebelum bersara. Kalau selepas bersara kawan-kawan akan kata cuku-cukuplah tu. Kalau semasa bekerja dulu ada anugerah apa2 keistimewaan letaklah kat dinding dan tengok sebelum tidur.

Kita tidak akan tinggal apa2 ketika sakit. Wang dalam bank tak akan dibawa ke bilik bedah, ke kubur. Semasa daftar kat wad nurse akan tanya pencen atau polisi insuran.

Jangan lupa kerap2lah lawat kawan sakit atau meninggal dunia. Ajar anak2 baca Quran supaya semasa matimu dapat juga dibaca buatmu

Harta jika ada usah direbut. Tambahan jika harta itu bukan hakmu. Sementelah ia harta pesaka isterimu.

*HCTM, Cheras*

24 Julai 2022

Ketika Saya Sekeluarga Positif Covid

 1. Catatan Covid 1: Saya, Acik Mah dan Nur Aqilah Raai positif Covid. Sebarang perjumpaan dihentikan sehingga tempuh kuarantin tamat.

Dialisis pun kena buat ikut jadual dan tempat khas. Temujanji di HCTM kena tunda.
Azab juga dua malam tak boleh tidur...Doakan buat kami ye..

2. Catatan Covid 2 : Dua malam saya tidak tidur. Tidur jam 11 malam jam 12 tghmalam dah terjaga sampai jam 4 pagi saya dah tak boleh tidur.
Kahak, lendir air liur hampir suku baldi kecil saya keluarkan. Mulanya saya fikir mungkin sebab saya terlebih minum air. Dada pedih, tekak penat kerana batuk. Bila ingat kembali macam batuk semasa saya tunai haji tahun 2019.
Biasanya sekitar jam 2 hingga 3 pagi saya akan kejut Acik Mah yang sedang nyenyak tidur walaupun dia dan Nur Aqilah Raai juga demam.
Acik Mah akan urut dada saya. Amat luar biasa sakitnya. Sejak saya buat Dialisis tak pernah demam, batuk dan selesema kecuali hujung tahun 2019 saya demam kerana ada jangkitan kuman.
Pagi tadi saya buat swap test sebelum pergi dialisis mengejutkan apabila keputusannya positif. Saya buat test kepada Acik Mah dan Aqilah juga positif. Malam ini anak saya yang tinggal di Petaling Jaya juga positif. Mujur Nur Atiqah yang tinggal di Terenganu tidak balik beraya.
Sejak Covid menjadi virus ganas inilah pertama kali keluarga saya terkena penyakit ini. Walaupun saya dan keluarga memgambil langkah pencegahan misalnya balik dari mana-mana kami akan mandi, namun apakan daya kami tak dapat menahannya.
Saya lihat sebenarnya SOP di masjid surau telah longgar. Surau taman saya ada jemaah yang datang tak pakai mask. Tidak bawa sejadah. Kalau bawa sejadah mereka akan lipat dua atau bawa sejadah kecil. Justeru saya ingin menyarankan jangan abaikan SOP yang sedia ada.
Azab sekali dan saya harus kurantin dalam rumah kecuali jika pergi buat dialisis.

3. Catatan Covid 3: Selepas 48 jam didapati ada jangkitan Covid saya masih lemah. Saya dan Acik Mah serta Nur Aqilah Raai hidup dalam suasana kurantin.
Kami tak banyak bercampur di antara tiga beranak kerana saya kuatir jika virus yang menyerang kami berbeza-beza sifatnya. Malah sebelum Virus Covid menyerang saya difahamkan virus selsema ada lebih seribu jenis.
Saya banyak menerima cadangan memakan herba. Terima kasih atas cadangan itu namun saya harus waspada kerana saya pesakit buah pinggang yang tidak digalakkan mencuba herba kerana ia akan mengecutkan lagi buah pinggang.
Apa yang saya alami sejak 48 lalu saya mengalami sedikit demam, selsema dan batuk. Jika dulu sebelum dialisis say boleh minum air suam setidak-tidaknya 1.5 liter. Sekarang saya hanya boleh minum hanya 500ml.
Inilah beberapa masalah bagi kami pesakit kronik. Doa? Ya itu sudah pasti saya lakukan sebab tu saya tulis EBook yang bertajuk Kuasa Doa. Sila klik http://duniaraai.blogspot.com/.../06/ebook-kuasa-doa.html...
Oleh itu saya ingin mengajak semua yang membaca catatan in agar usah anti vaksin. Ambillah vaksin agar ia satu usaha kita selain berdoa kepada Allah.
Nota gambar: Ada kawan Aqilah yang sudi membantu membelikan ubat, roti, kurma. Terima kasih hanya Allah yang membalas portolongan ini dalam tempuh kurantin kami.

4. Catatan Covid 4: Kita kena percaya kata hati jika kita sering bersama Allah.
Anak sulong saya ingin balik ke Bangi kerana cuti agak panjang. Oleh kerana suaminya berada di pelantar minyak maka saya tak izinkan dia pulang.
Allah Maha Pengasih apabila anak saya tak jadi balik beraya Aidil Adha dan saya, isteri dan anak bongsu terkena Covid maka saya beritahu dia semuanya itu aturan Allah. Jika dia balik sudah pasti Covid akan berjangkit kepadanya.
Cuba bayangkan apa yang dirasai oleh anak saya. Namun yakinlah jika kita dekat dengan Allah pasti ada bantuan daripada-Nya
5. Catatan Covid 5: Mungkin ada yang berkata, kenapa saya suka menulis bab- bab penyakit yang saya alami. Kadang-kadang hingga hal dalam bilik bedah saya ceritakan.
Allah mentakdirkan saya dijangkiti Covid. Sejak 2020 saya jadi terganggu apabila setiap hari menonton sida g media KP KKM. Setiap kali data kematian melibat pesakit jantung, buah pinggang saya jadi fobia.
Ya jika anda sihat maka berbagai pendapat anda boleh guna untuk mengikut atau tidak SOP atau pengamal antivaksin. Bagi kami yang tiga kali keluar ke pusat dialisis berbagai kerisauan berada dalam hati.

6.Catatan Covid 6: SOS sudah bermula di hari keempat walaupun makanan masih ada tetapi plan kecemasan jika minta bantuan jiran (wang boleh bank in).
Syukur Alhamdulillah Allah beri ujian ini.

7. Hari ke-8 masih positif. Kurantin bersambung. Buat rawatan Dialisis di bilik khas dengan pemantauan nurse yang berpakaian khas. Semoga Allah terus memberi ketabahan.
Aqila juga sambung kurantin. Acik Mah dah pulih.

8. Alhamdulillah.....hari ke-10 ujian Covid menunjukkan ianya negatif.
Terima kasih kepada keluarga yang memberi kerjasama depang tempuh kurantin. Rakan-rakan yang mendoakan kepada saya da keluarga. Staff pusat dialisis yang mengawasi saya sepanjang! 10 hari.
Patuhi SOP dan waspada setiap masa.
Tiada huraian foto disediakan.

Mengenang Peristiwa Tunai Haji:

MUSIM HAJI 1443/2022 TELAH BERAKHIR. RAMAI HAJI DAN HAJAH TELAH KEMBALI KE TANAH AIR DAN MENINGGALKAN KENANGAN DAN RINDU TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA. JIKA ADA JEMPUTAN DAN REZEKI PASTI AKAN ADA YANG AKAN KEMBALI MENGUNJUNGI TANAH SUCI INI. 

Saya dan isteri sentiasa rindu dan mengulangi kisah-kisah di Tanah Suci. Ada waktu menitis air mata mengenang bagaimana kami menjadi intim dan tertaup kasih sayang semula ketika di sana. Benarlah sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan isteri baginda Siti Hajar bersama isteri. 

Menitis air mata seorang lelaki bila mengenangkan sirah Nabi Ibrahim. Mengenang Nabi Ismail kehausan ditanah gersang. Ketika meminum air Zam-Zam pasti teringat Siti Hajar menyebut Zam-Zam dan memberi Nabi Ismail meminum air mustajab itu. 

Kita menempuh azab ketika menunai haji tidak lama. Kita tidak melihat kambing yang akan disembelih untuk bayaran Dam. Kita tak nampak kambing yang disembelih untuk kurban di Mekah. Tapi apabila berada di Mina sudah pasti kita akan teringat bagaimana Nabi Ibrahim memegang pisau dengan anaknya Ismail sedia menanti untuk dikurbankan. 

Oh, masih ada umat Islam sendiri hendak mengubah hukum berkurban, hukum haji dan sebagainya. Masih ada orang Islam yang kurang ilmu dan imam menghina Allah, Islam dan Rasul-Nya. Kaji, dan bacalah sirah nabi dan rasul agar kita faham segala perjalanan hukum yang termaktub dalam Islam.


1. Sebelum Subuh tadi saya menerima Whatsap daripada seorang sahabat yang memberitahu beliau telah berada di Mina. Bumi gersang yang hanya di huni sekitar enam hari.


Menitis air mata saya mengenang kembali bumi Mina yang amat luas keputihan dipenuhi khemah dan para jemaah haji. Lelaki perempuan, berbagai bangsa melakukan apa saja ibadat. Wirit, berdoa, solat wajib, solat sunat dan melontar di tiga Jamrah. Jamrah Sugra, Jamrah Al Wusta dan Jamrah Al Aqaba

Pembimbing haji akan menasihat bahawa jangan leka dan berdoa kerana di Mina kita akan diuji dengan berbagai rupa.

Semua akan lupa darjat, akan melupai dunia, anak cucu dan harta. Kalau di tanah air nak ke masjid atau surau boleh naik apa saja kenderaan maka di Mina tiada lagi keselesaan itu.

Paling syahdu jika pergi bersama suami isteri, berpeluang membawa ibu dan ayah. Istimewa lagi jika bersama anak-anak maka tiada lain yang dipinta ialah mahu semua keluarga akan berkumpul di Syurga seperti di Mina (juga di Arafah).

Jemaah Malaysia berbeza cara berada di Mina kerana ada jamaah dari India, Pakistan, Bangladesh mereka berkampung di tepi jalan dengan bekalan makanan dan alat tidur.

Selama beberapa hari itulah perwatakan kita akan terlihat jelas. Kasih kepada isteri, sayang kepada suami akan tercantum dan erat di sana. Malah jujur saya katakan istilah asmara lebih syahdu di sana.

Malahan jika kita terkenang sirah Nabi Ibrahim pasti kita akan menangis mengenangkan sikap terbuka Siti Hajar menerima mimpi Nabi Ismail akan dikurbankan.

Bergegar jantung kita sewaktu melontar di tiga Jumrah membayangkan.Nabi Ismail melontar batu ke arah iblis. Pastinya iblis itu masih wujud di Mina.

Hari ini adalah Hari Tarwiyyah di Mekah. Oleh itu jika jemaah haji telah ke Mina hari ini maka hari esok 9 Zulhijjah di Mekah maka jamaah haji akan bergerak ke Arafah. Bumi gersang. Lebih syahdu di sanalah jemaah haji akan memulakan apa saja ibadat selepas Zohor. Kenangan sejarah Nabi Adam dan Hawa pasti jelas terbayang. Arafah diriwayatkan tempat pertemuan Adan dan Hawa.

Pengalaman penulis, ujian Allah tetap akan berlaku kerana ketika ini Allah akan memakbulkan apa saja doa. Bagi kaum keluarga jangan rasa kuatir jika terdengar khabar Arafah hujan lebat, ribut dan sebagainya kerana Allah akan turunkan rahmatnya buat para jemaah haji. Jangan dengar dari sumber yang tidak betul. Dapatkan yang sebenar dari Tabung Haji.

Kita di Malaysia khususnya yang belum menunai haji boleh melakukan puasa sunat Arafah, berkorban haiwan ternakan.

Ketika melihat percikan darah kurban mintalah doa agar tahun-tahun hadapan kita akan dijemput Allah untuk menunai fardu haji.

Jika telah ada akuan simpanan Tabung Haji daftarlah haji paling tidak bersama isteri atau isteri-isteri. Sebab ada rakan saya tunai haji bersama dua isterinya dan kembali ke tanah air dalam keadaan bahagia.

Kepada yang kematian ayah ibu, buatlah Badal Haji di tahun hadapan. Kerana itulah hadiah buat arwah tambahan jika ada pembahagian harta pesaka.

Labbaikallahhumalbaik, Labbaikallahahummalabaik.

Gambar dari arkib: Kenangan sekali seumur hidup. Paling syahdu saya dilantik menjadi Muazim di Mina dan Arafah.

Teristimewa mengalunkan azan ketika khutbah Arafah.

https://www.facebook.com/RaaiManPhotoActive

2. Hari Wukuf di Arafah | Semoga Badal Haji buat Allahyarham Osman bin Ahmad dan Allahyarhamah Putih binti Mat. Hadiah terindah buat ayah dan bonda. Semoga pahala ini sampai buat mereka.
Info petugas di sana urusan Badal Haji berjalan lancar. Jazakallah Ustaz Mohd Rizal Abd Majid
Nota: Suasana di Arafah hari ini.
Mungkin imej ‎4 orang, kawasan luar dan ‎teks yang berkata '‎BERSAMA ا. 8Juy2022 8 July 2022 Share Favourite Edit Delete More‎'‎‎
Acik Mah, Nur Amirah dan 14 yang lain



3. Kenangan Di Arafah:
Selepas solat Jamak Zohor dan Asar saya keluar dari khemah. Tiba-tiba angin kuat dengan hujan menyiram bumi Arafah. Ada yang masuk semua ke khemah, ada yang berpayung sambil disirami hujan.
Saya melihat seorang lelaki Pakistan pekerja memungut sampah meletak pelastik hitamnya dan menadah tangan tinggi ke langit. Lelaki itu berdoa sambil air hujan membasahi kain sarbannya.
Lelaki itu mengambil peluang berdoa walaupun dia tidak berpakaian Ihram. Sudah pasti dia bukan jemaah haji.
Dalam hati saya berdoa semoga doa lelaki Pakistan itu dimakbulkan doa walaupun tidak menunai haji.
Lihatlah peluang yang Allah berikan kepada hambanya.

https://www.facebook.com/RaaiManPhotoActive 


4. Hari raya Aidiladha 2019 saya dan Acik Mah berpeluang membuat Tawaf haji dan Sai haji. Jemaah haji ramai juga melakukan rukun haji ini di samping itu ada yang menantj waktu solat Aidiladha.

Berada dalam kelompok manusia jutaan orang di bumi Suci terasa amat syahdu. Kadang-kadang Acikmah berada jauh di hadapan meninggalkan saya yang berjalan lebih perlahan.

Kami berdua mengambil kawasan tawaf di atas bumbung Masjidilharam. Tujuh pusingan memakan masa satu jam. Lantainya kesat dan terbayang saya lantai Dataran Kaabah di tahun-tahun 50an atau 60an dimana belum ada marmar.

Usia 60an digagahi melengkap tawaf dan ketika pusingan ketika Muazim memulakan seruan untuk solat Aidilfitri.

Walaupun ustaz ada memberitahu kalau tak solat pun tak ada. Tapi saya berkata kepada Acikmah kita solatlah kerana inilah peluang seumur hidup untuk solat Aidiladha. Jika solat Aidilfitri boleh kita ambil peluang pergi umrah ketika hari raya Aidilfitri.

Allah menyusun jadual kami dan terbayang kisah Mabi Ibrahim bersama Siti Hajar. Kisah kekuatan jiwa Nabi Ibrahim meninggalkan isterianya di bumi Mekah yang gersang.

Bezanya kami meninggalkan anak-anak di tanah air. Malah kami meninggalkan darah daging hanya bergantung kepada Allah.

Saudara/i jika ini catatan kenangan haji yang terakhir maka percayalah bahawa tunailah fardu haji di usia muda. Utamakan kewangan dengan menyimpan untuk ke Tanah Suci.

Jemaah haji Malaysia ramai juga yang menunai haji ketika muda namun peratusnya masih rendah.

Usah takut dengan dosa kerana Allah mengetahui siapa kita malah selepas balik haji sudah pasti kita akan berusaha menjadi hamba Allah yang sempurna.

Hari ini hari raya AidilAdha di Malaysia. Ramai yang pernah tunai haji akan terkenang ketika menunai haji.

Tidak berapa hari lagi keluarga, sahabat akan balik dari Tanah Suci. Ziarahilah mereka selepas melalui proses kuarantin. Bukan sekadar nak minum air zam-zam dan makan buat kurma tapi mengambil aura Tanah Suci mana tahu tahun depan giliran saudara?

Nota: Kenangan indah yang hanya boleh dirasai oleh pemilik peristiwa sahaja.

SILA TEMPAH BUKU TREVELOG HAJI TULISAN SAYA -CETAKAN KEDUA.







Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...