Kisah Seorang Pesakit

Setelah 22 tahun saya berulang alik ke hospital bisikan hati tentang jiwa seorang pesakit jarang kita dengar. 


Kita boleh ketepikan keluhan anak jika ibu ayah sakit. Kisah seorang anak yang berulangalik dari Kedah ke Kuala Lumpur. Kisah sewa ambulan dari Kelantan ke KL. Kisah siapa nak hantar ibu ayah yang akan berjumpa doktor.


Banyak kisah sedih yang meruntum jiwa dari kalangan pesakit. Paling menyebakkan dada ialah kisah bayaran hospital. 5, 10, 20 ribu adalah jumlah biasa perlu dibayar jika melibatkan bilik pembedahan. 


Bagi mereka yang ada tanggungan.oleh skim pencen mungkin boleh nyenyak tidur kerana semua bayaran diuruskan oleh JPA. 


Bagaimana dengan yang tiada? Mujur kita ada pusat zakat, baitulmal  bagi pesakit Islam. Bagi bukan Islam mereka boleh merayu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perkeso dan NGO tertentu. Bagi mereka yang mengambil insuran masih lega insuran boleh bayar mengikut jumlah polisi. 


Dalam group pesara yang saya sertai, ada ahli yang berkata gunakanlah baki wang pampasan jika mahukan keselesaan. Apa salahnya manjakan diri? Kata mereka. 


Saya masih ingat ada seorang rakan yang minta bantuan kat saya untuk membeli kerusi roda. Walhal semasa saya wajib membayar kos rawatan dialisis sebanyak 3 ribu lebih sebulan saya tanggung sendiri selama tiga bulan sebelum bantuan perubatan saya diluluskan. Bila saya tanya ke mana wang pampasan....dia jawab habis besarkan rumah.


Apakah perkara kesempitan wang ini kita biarkan sehingga hujung usia? Tidak sama sekali! Waspadalah. Rancang sebelum bersara. 


Andai anda mengeluarkan KWSP jangan terlalu joli. Simpanlah kat ASB, Tabung Haji, beli sijil simpanan perimium BSN, beli insuran, beli emas. 


Ketika bersara dari jawatan kerajaan pun begitu. Paling tidak 30 atau 40% simpan untuk kecemasan. Kalau tak diguna? Bukan susah ia akan jadi pusaka kat waris. Paling tidak boleh buat wakaf atau badal haji jika belum pergi haji.  Bagi orang Islam, masuklah khariat kematian sebagai persediaan di hujung usia.


Jangan terlalu yakin anda tak boleh sakit. Jaga pemakanan. Berhenti merokok dan sebagainya. Ramai yang sakit tiba-tiba. Ketika itu kita dan keluarga saja yang tahu bagaimana.melalui zaman gelap dan hampir gelita. Walaupun penyakit ujian Allah namun kita masih boleh elak sebelum terlewat.


Tercatat di: Wad Oftalmologi HCTM / PPUKM.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah