Mengenang Peristiwa Tunai Haji:
MUSIM HAJI 1443/2022 TELAH BERAKHIR. RAMAI HAJI DAN HAJAH TELAH KEMBALI KE TANAH AIR DAN MENINGGALKAN KENANGAN DAN RINDU TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA. JIKA ADA JEMPUTAN DAN REZEKI PASTI AKAN ADA YANG AKAN KEMBALI MENGUNJUNGI TANAH SUCI INI.
Saya dan isteri sentiasa rindu dan mengulangi kisah-kisah di Tanah Suci. Ada waktu menitis air mata mengenang bagaimana kami menjadi intim dan tertaup kasih sayang semula ketika di sana. Benarlah sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan isteri baginda Siti Hajar bersama isteri.
Menitis air mata seorang lelaki bila mengenangkan sirah Nabi Ibrahim. Mengenang Nabi Ismail kehausan ditanah gersang. Ketika meminum air Zam-Zam pasti teringat Siti Hajar menyebut Zam-Zam dan memberi Nabi Ismail meminum air mustajab itu.
Kita menempuh azab ketika menunai haji tidak lama. Kita tidak melihat kambing yang akan disembelih untuk bayaran Dam. Kita tak nampak kambing yang disembelih untuk kurban di Mekah. Tapi apabila berada di Mina sudah pasti kita akan teringat bagaimana Nabi Ibrahim memegang pisau dengan anaknya Ismail sedia menanti untuk dikurbankan.
Oh, masih ada umat Islam sendiri hendak mengubah hukum berkurban, hukum haji dan sebagainya. Masih ada orang Islam yang kurang ilmu dan imam menghina Allah, Islam dan Rasul-Nya. Kaji, dan bacalah sirah nabi dan rasul agar kita faham segala perjalanan hukum yang termaktub dalam Islam.
1. Sebelum Subuh tadi saya menerima Whatsap daripada seorang sahabat yang memberitahu beliau telah berada di Mina. Bumi gersang yang hanya di huni sekitar enam hari.
Menitis air mata saya mengenang kembali bumi Mina yang amat luas keputihan dipenuhi khemah dan para jemaah haji. Lelaki perempuan, berbagai bangsa melakukan apa saja ibadat. Wirit, berdoa, solat wajib, solat sunat dan melontar di tiga Jamrah. Jamrah Sugra, Jamrah Al Wusta dan Jamrah Al Aqaba
Pembimbing haji akan menasihat bahawa jangan leka dan berdoa kerana di Mina kita akan diuji dengan berbagai rupa.
Semua akan lupa darjat, akan melupai dunia, anak cucu dan harta. Kalau di tanah air nak ke masjid atau surau boleh naik apa saja kenderaan maka di Mina tiada lagi keselesaan itu.
Paling syahdu jika pergi bersama suami isteri, berpeluang membawa ibu dan ayah. Istimewa lagi jika bersama anak-anak maka tiada lain yang dipinta ialah mahu semua keluarga akan berkumpul di Syurga seperti di Mina (juga di Arafah).
Jemaah Malaysia berbeza cara berada di Mina kerana ada jamaah dari India, Pakistan, Bangladesh mereka berkampung di tepi jalan dengan bekalan makanan dan alat tidur.
Selama beberapa hari itulah perwatakan kita akan terlihat jelas. Kasih kepada isteri, sayang kepada suami akan tercantum dan erat di sana. Malah jujur saya katakan istilah asmara lebih syahdu di sana.
Malahan jika kita terkenang sirah Nabi Ibrahim pasti kita akan menangis mengenangkan sikap terbuka Siti Hajar menerima mimpi Nabi Ismail akan dikurbankan.
Bergegar jantung kita sewaktu melontar di tiga Jumrah membayangkan.Nabi Ismail melontar batu ke arah iblis. Pastinya iblis itu masih wujud di Mina.
Hari ini adalah Hari Tarwiyyah di Mekah. Oleh itu jika jemaah haji telah ke Mina hari ini maka hari esok 9 Zulhijjah di Mekah maka jamaah haji akan bergerak ke Arafah. Bumi gersang. Lebih syahdu di sanalah jemaah haji akan memulakan apa saja ibadat selepas Zohor. Kenangan sejarah Nabi Adam dan Hawa pasti jelas terbayang. Arafah diriwayatkan tempat pertemuan Adan dan Hawa.
Pengalaman penulis, ujian Allah tetap akan berlaku kerana ketika ini Allah akan memakbulkan apa saja doa. Bagi kaum keluarga jangan rasa kuatir jika terdengar khabar Arafah hujan lebat, ribut dan sebagainya kerana Allah akan turunkan rahmatnya buat para jemaah haji. Jangan dengar dari sumber yang tidak betul. Dapatkan yang sebenar dari Tabung Haji.
Kita di Malaysia khususnya yang belum menunai haji boleh melakukan puasa sunat Arafah, berkorban haiwan ternakan.
Ketika melihat percikan darah kurban mintalah doa agar tahun-tahun hadapan kita akan dijemput Allah untuk menunai fardu haji.
Jika telah ada akuan simpanan Tabung Haji daftarlah haji paling tidak bersama isteri atau isteri-isteri. Sebab ada rakan saya tunai haji bersama dua isterinya dan kembali ke tanah air dalam keadaan bahagia.
Kepada yang kematian ayah ibu, buatlah Badal Haji di tahun hadapan. Kerana itulah hadiah buat arwah tambahan jika ada pembahagian harta pesaka.
Labbaikallahhumalbaik, Labbaikallahahummalabaik.
Gambar dari arkib: Kenangan sekali seumur hidup. Paling syahdu saya dilantik menjadi Muazim di Mina dan Arafah.
Teristimewa mengalunkan azan ketika khutbah Arafah.
https://www.facebook.com/RaaiManPhotoActive
https://www.facebook.com/RaaiManPhotoActive
4. Hari raya Aidiladha 2019 saya dan Acik Mah berpeluang membuat Tawaf haji dan Sai haji. Jemaah haji ramai juga melakukan rukun haji ini di samping itu ada yang menantj waktu solat Aidiladha.
Berada dalam kelompok manusia jutaan orang di bumi Suci terasa amat syahdu. Kadang-kadang Acikmah berada jauh di hadapan meninggalkan saya yang berjalan lebih perlahan.
Kami berdua mengambil kawasan tawaf di atas bumbung Masjidilharam. Tujuh pusingan memakan masa satu jam. Lantainya kesat dan terbayang saya lantai Dataran Kaabah di tahun-tahun 50an atau 60an dimana belum ada marmar.
Usia 60an digagahi melengkap tawaf dan ketika pusingan ketika Muazim memulakan seruan untuk solat Aidilfitri.
Walaupun ustaz ada memberitahu kalau tak solat pun tak ada. Tapi saya berkata kepada Acikmah kita solatlah kerana inilah peluang seumur hidup untuk solat Aidiladha. Jika solat Aidilfitri boleh kita ambil peluang pergi umrah ketika hari raya Aidilfitri.
Allah menyusun jadual kami dan terbayang kisah Mabi Ibrahim bersama Siti Hajar. Kisah kekuatan jiwa Nabi Ibrahim meninggalkan isterianya di bumi Mekah yang gersang.
Bezanya kami meninggalkan anak-anak di tanah air. Malah kami meninggalkan darah daging hanya bergantung kepada Allah.
Saudara/i jika ini catatan kenangan haji yang terakhir maka percayalah bahawa tunailah fardu haji di usia muda. Utamakan kewangan dengan menyimpan untuk ke Tanah Suci.
Jemaah haji Malaysia ramai juga yang menunai haji ketika muda namun peratusnya masih rendah.
Usah takut dengan dosa kerana Allah mengetahui siapa kita malah selepas balik haji sudah pasti kita akan berusaha menjadi hamba Allah yang sempurna.
Hari ini hari raya AidilAdha di Malaysia. Ramai yang pernah tunai haji akan terkenang ketika menunai haji.
Tidak berapa hari lagi keluarga, sahabat akan balik dari Tanah Suci. Ziarahilah mereka selepas melalui proses kuarantin. Bukan sekadar nak minum air zam-zam dan makan buat kurma tapi mengambil aura Tanah Suci mana tahu tahun depan giliran saudara?
Ulasan