Di Hening Subuh Ini:🌹

Semasa anak saya nak masuk sekolah menengah sebagai ayah hati terasa risau. Ketika itu setiap malam menghantar anak-anak mengaji Al-Quran dan dapatlah bersembang dengan cikgu Aznan Natar (Allahyarham).


Kata beliau, anak-anak ini nak kena pantau sebelum tingkatan tiga. Semasa itu perwatakan mereka boleh berubah kerana pengaruh kawan dan sekitaran. Allahyarham guru disiplin dan banyak pengalaman dengan murid-murid. 


Dalam Islam, anak-anak harus dilayan sebagai kawan, sebagai pekerja. Maksudnya boleh dimanja tetapi jika membuat salah harus ditegur dimarah.


Mendidik anak-anak jangan terlalu berkiblatkan kebendaan. Ajar mereka erti kesusahan. Latih mereka erti kerisis. Beritahu mereka bagaimana mengawal emosi jika salah seorang ibu atau ayah telah meninggal. 


Ajar mereka ilmu agama. Menutup aurat, jangan tinggal solat, mahir membaca Al Quran walaupun kemahiran lain seperti bersukan atau kebudayaan perlu diberi peluang asalkan tidak terpesong dari agama. 


Saya bersyukur kepada Allah fasa yang disebut oleh Allahyarham telah berlalu namun ada masanya setiap malam ketika saya menghantar Whatsap kepada anak-anak yang tinggal berjuahan untuk minta maaf jika ada kesalahan saya ketika mendidik di waktu kecil dulu, jawapan yang diberikan membuatkan saya boleh tidur lena. Saya garang sebenarnya namun garang itulah menyebabkan meteka rindu kepada saya. 


Keinginan seorang ibu ayah ialah biarlah di hari kematian, anak-anak dapat membaca Al-Quran di sisi jenazah. Lebih bahagia menjadi imam solat jenazah. 


Mari kita doakan.


Sesuai dengan hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:


مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ


Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.


Hadis riwayat Abu Daud: (490)🕋

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah