16 Disember 2012

Misi udara UKM 21.11.2012

20 November 2012-Cik Azimah Mahmud Pegawai Khas Tan Seri Naib Canselor membuat panggilan meminta saya datang ke lokasi bencana berhampiran FSSK. Sepuluh minit kemudian saya tiba berhampiran lokasi, Cik Azimah memberitahu bahawa Naib Canselor telah sampai di lokasi FST. Lima minit kemudian saya tiba di kawasan kompleks baru FST .

Ketika memberi salam kepada Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin beliau berkata, "lepas ni naik heli rakam gambar kawasan dari udara". Akur dengan arahan Naib Canselor itu. Oleh kerana seharian pada hari Isnin 20 November itu cuaca mendung dan hujan maka misi tersebut ditangguhkan. Rombongan Naib Canselor bersama kumpulan jurutera hanya membuat tinjaun darah sahaja.

Disebelah petang kira-kira pukul 4 petang Tuan Haji Zanudin Daud pegawai kanan Tan Sri memberitahu menerusi panggilan telefon bahawa esok 21 November Misi Udara akan berlepas pukul 10.00 pagi di Dataran Gemilang UKM.



21 November 2012 saya tiba di Dataran Gemilang 9.30 pagi. Kawasan Dataran Gemilang dikawal oleh pengawal keselamatan agar tidak diletakkan kenderaan di kawsan lapang tempat helikopter akan mendarat. Sekumpulan pasukan penyelidik telah tiba. Prof. Madya Dr Tajul dan beberapa orang penyelidik lain telah tiba termasuk Tuan Haji Zanudin, Prof Dr Kamruddin. Saya dan krew video telah siap sedia untuk misi udara 21.11.12 itu. Pendaratan helikopter ditunda kerana berlaku penukaran Kapten.

11.15 helikopter mendarat dan kapten mematikan enjin  dan memberikan taklimat keselamatan kepada bakal penumpangnya. Kami diberikan taklimat bagaimana jika berlaku kecemasan. Kapten juga memberitahu bagaimana cara duduk di tepi pintu helikopter dan menggunakan tali pinggang khas untuk penumpang yang ingin duduk di kawasan pintu terbuka.

Saya sebenarnya membuat keputusan untuk duduk di kawasan pintu terbuka dan Kamarul (krew video duduk di hadapan bersama pilot. Namun kerana Prof Madya Dr Tajul mahu duduk di kawasan tersebut maka saya mengalah. Akhirnya saya tidak dapat merakam kawasan lokasi tanah runtuh. 
Kanan, Haji Ismail Ibrahim.



Bos saya, Prof Dr Kamaruddin M Said.

Foto oleh: Zanuddin Daud.

Saya dan pasukan penyedikan

Semua foto oleh: Ismail Ibrahim. Kecuali yang ditanda.


Namun di penerbangan kedua saya membuat keputusan untuk terbang sekali lagi. Kali ini saya mengambil tempat duduk di sebelah pintu terbuka. Saya duduk di lantai helikopter dan berjuntai kaki dengan mengikat pinggang dengan tali pinggang khas. Masyaallah, Allah sahaja yang tahu debaran saya. Mahu saja membatalkan duduk di lantai helikopter sebelum kapten menerbangkan helinya.

Demi keselamatan, radio helikpoter saya pasang kemas bagi memudahkan perhubungan dengan Kapten. Ketika helikopter memulakan penerbangan, saya merasakan tubuh saya dibuai seperti naik buaian. Saya berpesan kepada diri sendiri bahawa penerbangan ini bukan misi makan angin. Ia adalah tugas penting untuk UKM. Ketua saya, Prof Dr Kamarudddin berada di depan bersama Kapten, Haji Ismail ketua Jurufoto berada di belakang Kapten. Manakala seorang pensyarah ditengah.

Oleh kerana ini adalah kali ketiga saya terbang dengan helikopter (pertama diawal tahun 1980an), kedua setengah jam tadi maka perasaan fobia saya telah hilang. Saya kagum dan terpesona dengan pemandangan dari udara sejauh mata memandang.

Sebagai Jurufoto, saya harus selesaikan tugas merakam lokasi tanah runtuh. Saya ,menggunakan kamera DSL dengan lens 55-17mm sahaja. Lens saya letakkan filter PL dan memastikan Shutter Speed 1/1000. Meletakkan ISO yang agak tinggi memudahkan saya menghilangkan gegaran helikopter. Paling penting gayat saya telah tiada biarpun helikopter terbang tinggi. Kapten memberikan kerjasama yang baik sekali. Saya masih mampu menerangkan kepada Kapten mengenai UKM, Kelab Golf Danau, Permata Pintar. Kapten pula berkata "luas juga UKM ni ye?"

Misi hampir dua jam selesai. Saya fikir sebagai Jurufoto, ini adalah antara pengalaman menarik dan puas selain pengalaman menembank menggunakan M-16 dan GPMG (General Purpose Machine Gun) pada 15 dan 16 November lepas.

Menariknya ketua saya tergamam apabila saya mengambil keputusan duduk di lantai helikopter dan pintu terbuka. Mana tidaknya tahun lepas, saya tenggelam di Sungai  Kuala Tahan, Taman Negara. Saya pernah terjatuh di Langkawi pada tahun 2011. Sebenarnya semua insiden itu membuatkan saya berwaspada. Sebab tugas seumpama ini mempunyai resiko yang tinggi.

Di rumah malam itu selepas balik ke rumah, anak-anak saya menjerit apabila melihat saya diikat di pintu helikpter. Manakala isteri saya pucat kerana beliau hanya tahu saya naik heli sahaja dan tidak sangka apa yang saya lakukan walaupun resikonya tinggi.

Pesan saya kepada anak-anak muda yang berminat dalam bidang foto udara ianya menarik dan mencabar. Kena cuba kerana permintaannya menarik. Sekali kita cuba maka sekali lagi kita akan ketagih. Apa-apa pun ia bukan penerbangan makan angin.


01 Disember 2012

Setelah lebih 50 tahun tak jumpa

10 November saya pulang ke Kedah untuk menghadiri kenduri di Sungai Petani dan Kampung Kota, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pada 11 November saya menghadiri majlis kenduri di rumah kakak sepupu saya di Permatang Pauh.Kak Kiah adalah sepupu saya anak kepada Mak Anjang. Dia sudah melepasi usia emas dan hampir sebaya dengan kakak saya. Mereka pernah menjadi teman sepermainan ketika masih kanak-kanak.

Kakak saya telah berkahwin pada tahun 1965 dan berhijrah ke Kluang dan menetap di sana. Kerana kemiskinannya kakak saya tidak pernah balik ke utara (Kedah mahu pun Pulau Pinang).

Saya kerap bertemu dengan dua insin ini kerana dengan rezeki yang ada, mampu ke Kluang dan balik utara.





Selang dua minggu, kakak sepupu saya akan bertandang ke rumah besannya di Parit Jawa, Muar, Johor. Anak perempuannya yang telah bernikah pada 11 November akan menghadiri majlis bertandang ke rumah suaminya.

Saya mengatur satu pertemuan antara kakak dan sepupu saya pada 25 November. Kebetulan anak-anak saudara saya berkelapangan pada hari tersebut. Justeru dua buah kereta dari Kluang datang ke Muar.

Sekali lagi, Allah mengizinkan sebuah pertemuan. Ketika kami tiba di sebauh hotel murah di Parit Jawa, kami disambut oleh keluarga kakak sepupu saya. Oh, sebuah pertemuan penuh bermakna telah berlaku. Sukar saya ingin gambarkan perasaan mereka. Maka pertemuan itu telah disaksikan oleh anak-anak menantu dan cucu-cucu mereka. Itulah kuasa Allah.

Saya merasakan lega kerana usaha yang besar ini berjaya dilakukan. Pada saya ia amat besar sejarahnya sebelum saya menghembus nafas terakhir. Syukur.

20 November 2012

Di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan.





Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor.

Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan semula sebagai kawasan tembakan pada tahun 1964 melalui gazet LN no.10 dan LN no.11 bertarikh 9 Januari 1964. Kawasan asal yang diwartakan adalah seluas 4,740 ekar dan daripada keluasan tersebut hanya 2,686 ekar sahaja yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa sekarang. Sebahagiannya telah diteroka oleh penduduk tempatan dan dipindah milik kepada mereka oleh kerajaan Negeri Kedah.

Setelah pengunduran Tentera British dari Tanah Melayu, Lapangsasar ini telah diambil alih oleh ATM pada 5 Ogos 1969. Lapang sasar ini telah terbiar tanpa senggaraan pada masa peralihan tersebut. Tanah-tanahnya juga telah diteroka oleh penduduk kampong dengan tanaman getah, padi, dusun buah-buahan tanpa diawasi oleh mana-mana pihak. Kesan peninggalan tanaman ini masih kekal hingga ke hari ini.

Bagi menjaga kepentingannya pada masa itu, Markas 6 Briged telah meletakkan satu Platun Infantri di bawah pengawasan Markas Staf Stesyen Sungai Petani untuk mengawasinya. Dengan perkembangan pesat ATM di awal tahun 1980, Batalion ke 31 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuh dan ditempatkan di kem ini. Namun begitu, penempatan batalion ini tidak lama apabila ia dibubarkan selepas itu. Pentadbiran seterusnya diambil semula oleh Markas Staf Stesyen Sungai Petani.

Beberapa peningkatan mengikut keperluan Sistem Latihan Tembak Tempur telah dilaksanakan pada tahun 1992, Unit Lapangsasar Gurun telah ditubuhkan dengan rasminya. Ia diletakkan di bawah Perintah Markas 2 Divisyen dan di bawah Pentadbiran Tempatan 6 Briged. Pegawai Perhubungan Lapangsasar yang pertama ialah Mejar(TIG) Ang Chai Guan dari Rejimen Artileri Diraja.

Pada 8 Oktober 1999, Lapangsasar ini telah bertukar pemerintahannya kepada Markas Pemerintahan Latihan TD dan Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged.

Pada tahun 2003, ia diletakkan semula di bawah pemerintahan Markas 2 Divisyen dan Kawalan Teknikal oleh Markas Pemerintahan Latihan TD, manakala Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged sehingga sekarang. Pada tahun 2008, Kawalan Teknikal telah diambil alih oleh Markas Medan TD. (rujukan http://min-def.blogspot.com/2011/06/kem-hobart-digempur.html )

Menurut Pegawai Penyelaras PALAPES  UKM Mejer Dr Jasmy  bin Abdul Rahman, objektif latihan ini ialah memberi  pendedahan kepada pegawai kadet terutama pegawai senior tentang aspek penggunaan senjata, meningkatkan penguasaan kemahiran menembak dikalangan kadet asas dan pertengahan. Selain dari itu, latihan ini ingin meningkatkan hubungan kerjasama diantara pegawai kadet dengan pegawai dan jurulatih PALAPES.

Sepanjang latihan di Kem Hobart, pegawai kadet telah berikan tunjukajar menggunakan senjata GPMG dan M16. Diakhir hari latihan satu sesi pertandingan menembak piring menggunakan M16. Didalam pertandingan ini Pegawai  Sukarela  melawan Jurulatih.

Saya dan beberapa staff UKM (pemandu bas dan kereta) telah diberi peluang di hari akhir latihan tersebut. Pada hemat saya latihan ini mampu memberikan kemahiran kepada anggota kadet. Secara peribadi, saya dapat merasai bagaimana cara untuk mengendalikan senjata seperti MPMG dan M16. 




Lihat artikel yang berkaitan

12 November 2012

Sungai Petani ke Tanjung Dawai Kedah ke Pulau Pinang

Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri , jom kita ke Tanjung Dawai.

"Ada apa di sana ayah, "tanya along Atiqah.
"Tak ke ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan  tak ada ka?".
"Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen",

Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah.

Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta berbau belacan Tanjung Dawai.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Selepas membuat daftar masuk di sebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya janji dengan beliau nak sampai lepas Zohor. Oleh kerana Tanjung Dawai agak jauh maka saya sampai hampir malam.

Ini merupakan pertemuan pertama di rumah Cikgu Lah selepas dua kali bertemu beliau di rumah anaknya di Kajang. Pertemuan biasa antara bekas anak murid dengan Guru Displin dan Guru Bahasa Inggeris (Cikgu Fatimah).

Ketika di rumah Cikgu Lah saya diperkenalkan Razi yang sering bertandang ke rumahnya. Razi berasal dari Sik Dalam dan mengenali sahabat saya Rosli Deraksa.

Menariknya sebelum saya berangkat balik ke Sungai Petani, belacan Tanjung Dawai adalah buah tangan untuk Cikgu Lah dan Razi.


Pertemuan ini, setidak-tidaknya membuktikan kepada anak-anak saya siapa ayahnya. Kalau tidak mereka mungkin akan menganggap kisah yang diceritakan selama ini hanyalah rekaan semata-mata.

25 Julai 2012

Ada ketikanya.......

Saya telah lama tidak menulis dilaman ini. Maaf kerana sejak beberapa ketika saya harus berperang dengan takdir Allah. Allah menduga saya dengan cobaan yang agak berat untuk saya tanggani. Namun saya akan terus berjuang untuk hidup.

Insyaallah saya teruskan demi kehidupan ini.

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM


Tuntutan Demokrasi Tidak Harus Bawa Kepada Kemusnahan Negara

Selasa, 24 Julai 2012 08:31
Cetak PDF
Berita dan Foto oleh Abd Raai bin Osman Penerbit UKM
SINTOK, 17 Julai 2012 - Rakyat diingatkan tidak terlalu terikut dengan amalan keghairahan berpolitik untuk menyuburkan demokrasi hingga membawa kepada kemusnahan negara.
Tengku Temenggong Kedah, Brigediar Jeneral (Kehormat) Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkata rakyat tidak harus begitu terpengaruh dengan amalan negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting yang perlu dipertahankan.
Beliau yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berucap di Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan)  IPTA Ke-31 di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata melihat kepada perkembangan semasa, pelbagai konflik berlaku di negara luar seperti perang saudara, pemberontakan dan sebagainya kerana keghairahan berpolitik demikian dan rakyat negara ini harus memastikan bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kepada kemusnahan demikian dalam negara.
Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Leftenan Muda Mohd Noor Afinddie bin Rositi, terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik bagi Palapes UKM.
Mohd Noor yang berasal dari Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan terharu dengan pemilihannya itu dan berhasrat untuk menyambung khidmatnya dalam pasukan Wataniah selepas tamat pengajian kelak.
Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said berbangga dengan pencapaian anggotanya kerana telah berjaya dengan cemerlang di perbarisan tamat tauliah mereka.
Jati diri serta ilmu yang mendalam dalam semua perkara boleh memberi banyak nilai dalam diri sama ada dari segi rohani atau jasmani, kata Mohd Sahar.
Komandan PALAPES UKM, Naib Canselor Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin turut hadir di upacara itu.

02 Mei 2012

Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.


"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas.

Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak.

"Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya.

"Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu.

Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya dipelawa makan Lala bersalut telur. Memang nampak sedap dan kelihatan halal namun keraguan masih wujud.

Masing-masing yang kelaparan hanya minum air tin atau roti yang biasa kita makan di kebanyakan kedai. Mujur tidak ada yang kebuluran..........

Pada lazimnya, jurufoto/karyawan foto harus belajar mencari kesusahan maka saya fikir kami telah bersedia dengan keadaan iu. Maka apa yang kami lalui sepanjang empat jam di Pulau Ketam satu pengalaman yang menarik.

Kami harus belajar bagaimana pegawai kerajaan lain yang bertugas di sana melalui keadaan begitu. Belajar bagaimana budaya, kehidupan dan budi bahasa mereka. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Cina. Terdapat yang tidak tahu bercakap melayu, namun terdapat rakan-rakan meraka yang menjadi penterjemah kepada kami.

Kami bersyukur terdapat Pusat Islam di Pulau Ketam dimana tersedia sebuah surau yang sempurna.Kami semua bersolat Zohur di situ. Pada hemat saya Islam segar di mana-mana. Hasil pengamatan saya surau tersebut diurus dengan baik kerana terdapat kelengkapan asas yang sempurna. Terdapat Al Quran yang jaga dengan sempurna.

Oleh itu saya fikir ada pihak-pihak pendakwah mampu ke sana demi memastikan umat Islam boleh menambah ilmu-ilmu Islam.

Paling tidak pun pendakwah kita boleh  ke sana menyebarkan ilmu Islam agar orang memahami beberapa perkara asas seperti kebersihan dan makanan halal. Paling tidak ada nelayan-nelayan yang akan menyediakan makanan dari laut seperti ikan, sotong, ikan bilis yang dikeluarkan mengikut kaedah yang halal!


Saya amat yakin makanan halal mampu menarik minat orang Islam ke Pulau Ketam. Ada ketikanya saya dipelawa makan makanan  Lala bercampur telur. Kalau mengikut bau, dan cara diadunkan ia mungkin tidak dicampur dengan elemen bahan tidak halal, namun oleh kerana kurang yakin maka saya masih was-was.

Ketika menuju  ke jeti untuk pulang saya melihat terdapat pelawat yang membawa anjing bersamanya. Maka pada fikiran saya mungkin gadis itu memikirkan itu adalah haiwan peliharaan. Mungkin pada pendapatnya tidak ramai orang Islam yang akan menaiki feri.

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.

Pulau ini mampu memberi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana untuk sampai ke sini amat mudah. Kalau dari Kuala Lumpur, kita perlu menaiki komuter ke Pelabungan Klang.

Menaiki feri yang berhawa dingin kita hanya perlu membayar RM7.00 sahaja. 

< Pautan yang berkaitan >

Halalkah...?

Mendarat sahaja saya dan rakan-rakan di jeti Pulau Ketam, kami bertemu dengan restoran makanan laut. Saya singgah di sebuah restoran. Bau harum telur menyemarakan aroma. Memang sedap. 

Kata tukang masak restoran itu, makanan tersebut ialah Lala (sejenis makanan laut seperti kerang atau siput). Campuran telur, tauge dan tepung ubi. Kalau dilihat pada cara masakannya memang menaikkan selera.

Saya sekadar bertanya, "halal ke". Tukang masak itu bertanya kepada pembantunya seorang wanita Indonesia. Wanita itu sekadar tersenyum,. Saya terfikir, faham ke tidak wanita cina dan Indonesia itu status halal makanan mereka. 

Ada pekedai memberitahu kepada saya bahawa " Melayu boleh makan ini ....". Saya sekadar tersenyum.

Terdapat kedai yang melekatkan ayat بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ dan kalimah. Kedai itu menjual nasi campur dan penjaganya ialah wanita Indonesia. 

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kefahaman orang bukan Islam tentang status halal masih samar-samar dan saya fikir pihak-pihak berkaitan boleh mengambil bahagian dalam dakwah begini. 

Memanglah mudah sahaja kita boleh mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sana atau tidak menjamah sahaja makanan itu. Namun apa yang saya kuatirkan ialah bagi mereka yang tidak mahu memikirkan terlalu mendalam soal halal haram, akhirnya bedal sahaja janji sedap.

< Pautan yang berkiatan >

21 April 2012

Kita tidak seharusnya kalah.

Kita tidak seharusnya kalah, itu yang wajib saya beritahu kepada sahabat-sahabat dalam AJK Persatuan Alumni Peretak.

Kami berusaha untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan pada 16 April 2012. Namun oleh kerana Menteri perlu berada di Parlimen maka AJK hanya dapat bertemu pada 18 April. Mereka bersiap sedia dengan berbagai maklumat. Malahan sdra Baha dari Dungun, Terengganu, sdra Samsudin Oli dari Kedah datrang pada 17 April dan bermalam di Kuala Lumpur.

Pada malam17 April saya menyambut ulangtahun kelahiran bersama keluarga bilamana anak kedua belanja makan. Kemudian saya bergegas ke Kuala Lumpur kerana Samsudin dan Baharudin menanti di sana. Sebenarnya hari itu saya dapat menyambut bersama-sama mereka. Sdra Samsudin, Baha, Hafis, Mizwan dan sdri Noni turut bersama.

Hebat sangat ke program kami nak bertemu menteri? Kata sdra Samsudin, ada pihak yang tidak percaya dengan pertemuan tersebut. Alhirnya pertemuan itu berlaku tanpa saya. Saya wajib bertemu doktor pakar di Hospital UKM.

Oleh kerana saya tidak berpeluang dalam pertemuan tersebut maka sukar untuk menghuraikan kandungan pertemuan. Namun saya difahamkan bahawa menteri gembira kerana inilah kali pertama alumni IKBN membuat kunjungan hormat di pejabat beliau.Tapi, biasalah orang politik akan bercakap ala orang politik kepada deligasi tersebut. Walau bagaimana pun saya yakin semua deligasi amat berpuashati pada pertemuan itu.

Kepada rakan-rakan yang mungkin terkilan, saya ingin membawa kepada sedbuah kisah usahawan penerbangan barat yang berjaya selepas gagal dalam program percutiannya ke sebuah pulau peranginan.


Oleh kerana penerbangan yang meraka tempah menghadapi masalah, beliau menyewa sebuah kapalterbang dan membawa semua penumpang yang terkandas. Akhirnya dalam perbualan diantara penumpang yang berkata penerbangan gantian itu bermutu tinggi, maka individu tersebut telah membuaka perniagaan penerbangan selepas balik dari percutian. Akhirnya beliau menjadi jutawan.

Justeru, saya ingin mengajak semua rakan-rakan untuk bangun dan menyelesaikan semua masalah dengan komitmen yang padu. Saya yakin kita mampun melalakukannya dengan kemahiran dan pengalaman yang sedia ada.

05 Mac 2012

Saya bukan sekadar lilin yang menyala.......

Ketika saya dijemput menghadiri Malam Anugerah Seni UKM 2011 oleh seorang pelajar tidak terfikir pun bahawa pada malam itu akan dianugerahkan sekeping sijil. Sijil yang mengiktirafkan saya sebagai Jurulatih untuk tempuh 20 tahun.

Sememangnya saya telah lama berkhidmat di UKM sebagai Jurufoto sejak tahun 1979. Namun saya telah memulakan perkhidmatan sebagai Jurulatih Seni Foto sambilan selepas itu. Semasa saya memulakan tugas mengajar dan membimbing pelajar dalam bidang seni foto masih lagi menggunakan filem. Malahan saya pernah mengajar mereka memproses filem hitam putih dan mencetaknya.

Setiap hari Sabtu saya akan bersama-sama pelajar-pelajar di kampus. Saya tidak pernah merasai nikmat bercuti hari Sabtu seperti orang lain, kecuali ketika pelajar bercuti di pertengahan atau akhir semestar.

Pelajar bersilih ganti. Sehingga kini saya telah melatih mereka hampir lima ratus orang. Cabaran memang ada. Setelah teknologi digital maka saya harus mempelajari teknologi itu. Saya perlu menghadiri kursus, mencari maklumat di internet, membeli buku-buku dan majalah. Bahan-bahan tersebut merupakan sumber rujukkan profesional selain mempunyai rangkaian rakan-rakan yang sama aliran.

Saya tidak pernah mempertikaikan soal bayaran. Saya bukan seorang Jurufoto Komersial yang ingin mengangkat diri menjadi tenaga termahal kerana bakat dan ilmu saya. Saya hanya dibayar cuma RM20 pada permulaan menjadi jurulatih kemudian RM25 dan kini RM50 sejam.

Namun bagi kadar yang dibayar oleh kerajaan ialah RM80 sejam. Saya bertuah kerana hasil usaha tanpa jemu kini saya boleh dibayar oleh UKM Holding sebanyak RM150 sejam. Jikalau saya mengajar untuk tiga hari sudah mampu menyamai sebulan gaji permulaan seorang pegawai pelaksana sektor awam.

Disamping itu saya sering diberi peluang menjadi penceramah di beberapa kolej kediaman pelajar UKM. Saya juga sering dipanggil menjadi juri pertandingan fotografi anjuran pelajar UKM.

Bagi saya, imbuhan bukan soal pokok kerana saya mempunyai gaji tetap sebagai Jurufoto UKM. Jauh dari itu ialah kepuasan saya dapat meluahkan ilmu dan pengalaman kepada pelajar. Sehingga kini sudah ada graduan UKM yang mampu menjalankan aktiviti sampingan merakam gambar samada untuk memperolehi rezeki sampingan atau dalam kerjaya hakiki mereka.

Orang sering bertanya  kadar yang paling tinggi yang diperolehi, saya menjawab dengan nada gurau bahawa mengajar tanpa bayaran adalah paling tinggi. Saya berkata begitu bukan apa, selepas saya mengajar secara percuma, saya akan memperolehi rezeki yang lebih lumayan. Walau apapun, kadar yang saya terima tidak melanggar kdar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan IPTA yang melaksanakan program kokurikulum yang mantap. Kini program ini menawarkan 8 unit bagi program Seni Foto dan lain-lain program dalam kokurikulum. Maka dengan adanya program sebegini para pelajar mampu meningkatkan PNGK mereka. Kaedah pengendalian kokurikulum telah berubah dengan pelajar yang menjalan kegiatan dengan saya dilantik menjadi penyelia program.

Harapan saya dan warga UKM ialah agar para pelajar akan memperolehi tahap kemahiran yang bermutu selain memperolehi ilmu yang dikejar dalam mengejar cita-cita meraka.

Setelah diberi penghargaan oleh UKM, maka saya fikir ia satu pengiktirafan kepada alumni IKBN Peretak. Saya dilahirkan oleh IKBN tersebut pada tahun 1977 untuk menjadi usahawan fotografi, namun saya tidak berjaya kearah tersebut. Kini saya membawa hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan siswa/i. Maka itulah cabaran yang wajib saya laksanakan bersama wawasan pentadbiran UKM.

***Abd Raai Osman, Bangi, Selangor - Pemenang Anugerah Seni UKM (Penerbitan Fotografi) sebanyak empat kali pada tahun: 2006,2008,2009,2010

01 Mac 2012

18 Februari 2012

Wartawan, Ahli Parlimen dan Wartawan.

Saya menerima mesej ringkas dari seorang sahabat Zabidi yang berbunyi "Al Fatihah,mantan Ahli parlimen Hulu Langat, Dato' Badrol Hisaham Abd Aziz telah kembali ke Rahmatollah jam 3 petang tadi, Jumaat di Hospital Serdang ". Selepas itu saya menghubungi seorang sahabat yang juga sahabat baiknya Saliman Leman. Saliman sudah menggetahui kepergian Dato' Badrol dan Saliman dalam perjalanan ke banglo arwah di Mutiara Bangi.

Saya tiba kemudiannya dan jenazah belum tiba. Dua puluh minit kemudian kereta jenazah tiba dengan diiringi pengiring Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Saya sempat membantu mengangkat jenazah Allahyarham sehingga ke ruang tamu. Saya sempat juga menyertai tahlil ringkas yang dipimpin oleh Dato' Osman Desa yang menjadi jiran sebelah banglao Allahyarham Badrol.

Saya kembali dapat bertemu dengan Allahyarham selepas bersara dari Ahli Parlimen Hulu Langat. Sebagai YB beliau sibuk dengan tugasannya maka peluang untuk bertemu dengannya agak sukar. Beberapa kali dalam majlis rasmi atau di majlis kenduri beliau tetap ramah dengan saya dan isteri.

Saya dan isteri mengenali Allahyarham ketika beliau bertugas secara kontrak di Pejabat Perhubungan Awam UKM. Allahyarham Badrol satu pejabat dengan isteri saya dengan mengendalikan majalah rasmi UKM Senada. Allahyarham merupakan alumni UKM.

Saya bersama Saliman Leman pernah bersama dengan Allahyarham ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam bagi menyelesaikan masalah skim perkhidmatan Jurufoto. Badrol menjadi pemandu kami. Malahan Saliman dan Badrol menjadi rakan baik kerana kerja sambilan menjual kereta terpakai.

"Aku tak boleh kerja macam orang pejabat. Aku suka bekerja luar pejabat", kata Allahyarham kepada saya. Akhirnya beliau menjadi warga Utusan. Sehinggalah menjawat jawatan yang tinggi di situ. Ketika itu saya berpeluang menulis beberapa tulisan untuk Utusan Malaysia di dalam ruangan Kisah Benar.

Ada ketikanya jika beliau tiada di rumah Datin Noraini menjadi penerima artikel saya samada di rumah atau di pejabatnya. Sekali tu ketika bertemu dengannya di pasar malam Badrol berkata, "cerita kau minggu ni macam kau belasah pak saudara je?". Badrol macam mengetahui isi hatiku.

Kemudian Allahyarham Badrol mencurahkan baktinya sebagai alhi politik. Ketika Allahyarham menjadi YB, saya kurang bertemu dengannya kerana saya bukan orang politik. Akhirnya setelah bersara dan sesekali bertemu dengannya dia menjawab "apa lagi aku kembali menjadi Wartawanlah....pengarang di Agenda Dialy. Tetapi kali ini saya tidak menulis dan mengirimkan artikel di blog kelolaannya kerana ia adalah blog politik.

Petang semalam Dato' Badrol telah pergi dengan tenang setelah sering keluar masuk hospital. Saya memahami penyakitnya kerana setiap kali bertemunya,saya diluar dan beliau berada di dalam keretanya.

Kepada saya beliau kembali bertemu Ilahi dengan kerjayanya sebagai Wartawan. Saya berkata begitu kerana sehingga saat-saat akhirnya pada 14 Feb 2012 tulisannya masih ditulis di Agenda Daily bertajuk, Memo panjang dan pengalaman pahit dewasakan saya .... 

Saya telah kehilangan seorang sahabat. Walaupun telah lama saya kehilangannya kerana protokol dan masa. Namun saya masih ingat kenangan bersamanya. Kenangan ketika tunjuk perasan pelajar UKM membantah sistem trafik. Kenangan beliau memberi peluang menulis di Utusan dan sebagainya.

Ketika ini Badrol telah menemui Penciptanya dan kita juga. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas. Menurut seorang rakan semalam ketika saya menziarahinya Allahyarham,  tanah perkuburan itu merupakan hasil sentuhan usahanya ketika menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat.

Kepada Allah Dia Datang, Kepada Allah Jua Dia Kembali. Al- Fatihah....Amin.

11 Februari 2012

Sesekali Jurufoto berbicara 2

Saya nak sambung mengenai bengkel yang telah diadakan oleh Jurufoto dalam Perhidmatan Awam. Kalau yang agak masih diperingkat usul dan ura-ura tak maulah saya tulis. Bukan apa kuatir menjadi rasmi pula. Kerana apa yang bincang dalam pertemuan ini ialah masih dalam proses untuk memurnikan lagi.

Komuniti kami besar sebenarnya. Namun keahlian dalam sati-satu agensi masih kecil. Jurufoto di RTM, Bernama, Jabatan Penerangan boleh dikatakan mempunyai jumlah penjawat yang ramai. Mereka agak tersusun tetapi bagi agensi lain sperti IPTA, dan badan-badan berkanun lain agak kurang. Misal UKM mempunyai hanya 14 orang Jurufoto. Itu pun ditempatkan diperbagai fakulti dan jabatan.

Sebab itu kami bentuk persatuan yang mana pada masa akan datang ia akan menjadi kesatuan dengan matlamat nak menjaga kebajikan ahli-ahli. Memang ada jurufoto yang menganggotai kesatuan di agensi masing-masing tetapi dengan wujudnya kesatuan jurufoto adalah diimpikan agar semua ahli boleh berkomunikasi dalam satu komuniti yang boleh memahami masalah mereka.

Misalnya K (nama samaran) berkata apakah patut saya yang berkelulusan dari sebuah IPTA di beri gaji begini. Apakah patut kami yang sering ke luar negara diberikan layanan macam ini kata A.

Yalah kata saya selama ini saya ingat kau orang bertugas di agensi terkenal macam ini dah sempurna. Mana maunya kata A.

Buat saya apa yang dibincangkan di usulkan dalam bengkel selama dua hari ini semuanya mungkin tidak dapat saya kecapi. Namun saya tetap datang membantu. Semoga perjumpaan ini akan memberikan faedah bersama

08 Februari 2012

Sesekali Jurufoto berbicara 1

Foto oleh: Mahayudin Mohamad, BERNAMA
Kami komuniti sepi ketika bertugas. Ada kalanya kami seperti bersaing di arena. Kami memang berebut-rebut mencari sudut ketika merakam gambar. Ketika-ketika tertentu kami seperti bermusuhan ketika mencari sudut untuk memperolehi komposisi yang baik. 

Siapa kami? Semua orang mengenali kami apabila memegang kamera. Semua orang suka kepada kami ketika dapat melihat hasil kerja kami. Tetapi kami bergelut dengan perasaan ketika isteri sarat mengandung lapan bulan. Takut-takut isteri bersalin tanpa kami. Ketika ayah atau ibu sedang sakit kami berperang dengan emosi kerana mereka amat perlu di sampingnya. Namun demi rezeki, mereka semua pasrah melepaskan kami ke tempat mencari rezeki.

Ada ketikanya kami pulang larut malam, awal pagi ketika semua orang sedang bermimpi indah. Sedangkan ada rakan-rakan kami sedang meneropong masalah orang lain yang ditimpa musibah seperti banjir, tanah runtuh. Saya telah menulis di sini ila tekan>

Tapi itu semua masalah yang kami kongsi bersama-sama dengan anggota polis, Bomba dan Penyelamat, Pra Medik dan sebagainya. Itulah kami Jurufoto yang bertugas di sektor kerajaan. Apa istimewanya kami? Ya tiada yang istimewa, tetapi ada diantara kami yang bertugas bersama doktor di bilik bedah berjam-jam lamanya. Ada yang bertugas di pekat malam ketika orang yang membuat maksiat. Kejadian itu perlu dirakam oleh kami.

Hari ini kami mengupas semua itu. Tetapi intipatinya tidak perlu saya terangkan diruangan ini kerana ianya masih perlu dirahsiakan kepada umum.

Hari ini kami meluahkan semua masalah dalam satu bengkel yang serius. Kami tidak main-main. Malahan di bengkel kami tiada orang datang untuk merakam gambar. Kami kupasa masalah tanpa perlu orang lain tahu. Mungkin kepada keluarga kami harus rahsiakan dulu kerana ini adalah rahsia kerajaan!

05 Februari 2012

Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur.



Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah.

Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain.

Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan.

amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sama sahaja. Kalau melihat dari sudut penampilan ada yang hebat. Ada yang mesra dengan tan Seri, Dato dan ketua jabatan tertinggi. Tapi siapa kami? Ada yang hanya menjawat gred B17, B22, B26, B27, B32, B38.

Saya berpeluang memberikan pendapat.
Foto oleh: Gambar oleh Zarith Zulkifli


Itulah kami. Kami dicari ketika diperlukan. Kami ditarik tangan untuk bermesra. Namun ada diantara kami ada yang tolak ketika majlis berlangsung. Ada yang dirampas kamera ketika bertugas. Ada yang pernah diugut ada yang ditolak hampir jatuh longkang.

Itu semua kejadian yang dialami oleh rakan-rakan di beberapa agensi berita seperti RTM, Bernama, Jabatan Penerangan. Tetapi kami wujud di Jabatan Agama Islam, SPRM, IPTA, dan lain-lain agensi. Ada yang diugut ketika operasi pencegahan maksiat. Ada yang dinafikan hak kami ketika dimajlis rasmi. Ada juga ketika orang lain makan kami tengok sahaja.

Hebat sangatkah kami? Kami perlu dilayan sedemikian rupa? Kami tidaklah hebat. Insan biasa tapi segala kejadian, peristiwa yang keesokkan harinya menjadi sejarah adalah hasil jari kanan kami. Hasil kaki kami yang berlari anak atau berlari laju ketika mengejar subjek. Malahan ada yang dimedan perang kecut perut ketika bom diletopkan.

Itulah kami. Sepatah kata Presiden Ceupacs semasa beruacap dihadapan kami Jumaat lepas, " Tak kan nak kenal Jurufoto setelah dia mati. Dia cedera atau sebagainya. masa itu dah tak ada maknanya", ulas Datuk Omar Osman.

Kami penjawat jawatan tidak istimewa. Namun ada yang memikirkan masa depan dan memiliki Dioloma, Ijazah. Tapi masih digred B17!

Dalam pertemuan lebih sejam Jumaat lepas saya dapat bertemu dengan ramai rakan baru. Kami bukan datang untuk berbincang macam mana nak menghasilkan gambar-gambar yang terbaik. Kami datang berbincang masalah skim. Masalah kebajikan kami. Kebanyakkan perbincangan itu tidak boleh ditulis secara terperinci di sini kerana ianya masih diperingkat perbincangan dan usul.

Sebahagian 200 orang Jurufoto yang hadir bergambar
bersama Presiden Ceupacs Datuk Omar Osman.
Foto oleh Gambar oleh Maszuandi Adnan,
Jabatan Penerangan Malaysia.


Oleh itu jika anda seorang Ahli Fotografi tidak kira gred boleh menyertai kami. Satu laman Facebook telah saya bina dengan persetujuan ramai rakan. Tidak sampai sejam laman tersebut,Persatuan Fotografi Perkhidmatan Awam Seluruh Malaysia telah berjaya mengumpul 60 orang rakan FaceBook. Manakala dalam masa dua hari beberapa rakan telah memberi komen yang bernas untuk membantu membuat kertaskerja kepada Ceupacs.

Justeru, saya bagi pihak rakan-rakan lain mengharapkan jika ada pertemuan ketiga, {sebenarnya pertemuan pertama ialah pada 30 Januari 2012 di UUM Kuala Lumpur } akan lebih ramai  Jurufoto turut hadir.

01 Januari 2012

Anak-anak mengerti semuanya

Ini tidak lebih kisah sebuah keluarga saya. Saya mencatatkannya sebagai kenangan sebagai sebuah dairi tahun baru 2012.

31 Disember setiap tahun saya dan keluarga meraikan sambutan ulangtahun kelahiran puteri bongsu. Sambutan biasanya ala kadar tanpa kemeriahan seperti orang lain buat. Tiada kek harijadi dan seumpamanya kerana bagi saya sambutan itu bukan wajib yang mustahak ialah mengingati. Tahun ini lebih menarik kerana Nur Aqilah menyambut ulangtahun ke-17. Selalunya disebut swetseventen. Seperti biasa dia akan menerima ciuman ucap selamat daripada ibunya dan saya termasuk kakak-kakaknya. Aqilah tiada abang.

Pukul 8 malam selepas bersolat Magrib di surau lebuhraya berhampiran tol Sungai Besi saya, isteri dan dua orang anak (yang sulung dan bongsu-anak kedua masih bekerja malam itu di Hotel Singgahsana Petaling Jaya) memandu masuk ke tempat letak kereta hotel Singgahsana. Isteri dan Aqilah tidak mengetahui langsung apa yang sedang saya lakonkan bersama puteri sulong (Nur Atiqah). Sesampai di lobi hotel kami disambut oleh Sofi rakan Nur Amirah ( puteri kedua saya). Sofi membawa kami ke tingkat satu hotel. Setelah kami diminta duduk di meja yang telah ditempah oleh Amirah baru isteri saya dan Aqilah menyedari kejutan yang saya dan dua orang anak lakonkan. 

Isteri ketawa menahan kejutan. Manakala Aqilah juga tak habis-habis ketawa kerana dia baru faham malam itu diraikan bersama-sama ibu menyambut ulangtahun kelahiran kerana Aqilah dan Isteri saya menyambut ulangtahun berkembar. Anak saya 31 Disember dan isteri saya 1 Januari.Diringkaskan kisah malam itu kami menjamu selera yang ditaja oleh Amirah yang bertugas sebagai Pembantu Chef di hotel tersebut.

Ketika sambutan tahun baru 2012 diraikan oleh masyarakat dunia dengan kilauan percikan bunga api di angkasa Petaling Jaya saya melihat kumpulan Chef hotel membawa sebuah kek ke meja kami dengan diringi oleh Sofi dan Amirah. Isteri dan Aqilah meniup lilin dan terus terang saya akui inilah pertama kami kami menyambut ulangtahun yang meriah!

Tujuh belas tahun dulu saya  menyambut hari ulangtahun  kelahiran isteri ketika beliau berjaya melahirkan Aqilah kira-kira empat jam sebelum tahun baru 1995. Sebenarnya melahirkan Aqilah antara berperang nyawa isteri  dan anak. Isteri saya mengidap sejenis penyakit yang menyukarkan proses kehamilan. Menjaga kandungan ketika itu amat sukar malahan saya perlu memberikan perhatian yang penuh sepanjang kandungan itu berada di dalam rahim isteri.

Sewaktu menunggu kelahiran Aqilah saya bermalam bersama Atiqah dan Amirah di surau Hospital Besar Kuala Lumpur. Kami berulang alik dari Bangi ke KL. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepada saya dan menyelamatkan keluarga dari sebarang bala.

Pernah meninggalkan Atiqah dan Amirah di kaunter pendaftaran Hospital Besalin KL. Apabila saya turun dari wad saya lihat kedua-dua anak ni sedang dipujuk oleh seorang makcik kerana Amirah yang berusia tiga tahun sedang menangis. Inilah dugaan paling azab yang saya terima ketika itu. Saya tiada kakak, adik untuk membantu menjaga anak-anak saya yang masih kecil itu. Namun Allah memberikan bantuan dengan mengirimkan mak cik tersebut.

Sebab itu saya mengatakan sambutan tahun ini lebih bermakna dan akan menjadi sejarah dalam hidup kami sekeluarga. Allah tidak akan memberikan kesusahan sepanjang masa, namun ujian Allah harus kita terima mensyukuri kerana rahmatnya tetap ada. 

Saya berbisik kepada isteri, "kalau awak dah tiada pastinya 1 Januari akan dikenang ketika mereka adik beradik menyambut ulangtahun hari lahir Aqilah setiap 31 Disember". Isteri saya merenung sayu ke arah anak-anak yang sedang melihat percikan bunga api di langit Petaling Jaya.



Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...