Sungai Petani ke Tanjung Dawai Kedah ke Pulau Pinang

Selepas sarapan pagi di Kompleks Penyayang Sungai Petani saya berkata kepada puteri-puteri , jom kita ke Tanjung Dawai.

"Ada apa di sana ayah, "tanya along Atiqah.
"Tak ke ingat kisah 40 penyamun bila Marjina tanya Belacan  tak ada ka?".
"Jawab, M Zain, ooooo jangan sebuat belacan...bahaya, ganja ada lesen, candu ada lesen. Belacan pun ada lesen",

Akhirnya baru mereka tahu, Tanjung Dawai terkenal dengan belacannya disebelah utara.Dua jam kemudian kami pun sampailah di Tanjung Dawai setelah singgah di Muzium Lembah Bujang. Pekannya kecil dan mengadap Pantai Merdeka yang terkenal di Kuala Muda Kedah.

Seperti dirancang, saya beli belacan dengan jumlah yang banyak untuk dijadikan buah tangan. Bayangkan sehingga balik Bangi, kereta berbau belacan Tanjung Dawai.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


Selepas membuat daftar masuk di sebuah hotel di Sungai Petani kami sekeluarga ke Pulau Pinang untuk bertemu Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah. Saya janji dengan beliau nak sampai lepas Zohor. Oleh kerana Tanjung Dawai agak jauh maka saya sampai hampir malam.

Ini merupakan pertemuan pertama di rumah Cikgu Lah selepas dua kali bertemu beliau di rumah anaknya di Kajang. Pertemuan biasa antara bekas anak murid dengan Guru Displin dan Guru Bahasa Inggeris (Cikgu Fatimah).

Ketika di rumah Cikgu Lah saya diperkenalkan Razi yang sering bertandang ke rumahnya. Razi berasal dari Sik Dalam dan mengenali sahabat saya Rosli Deraksa.

Menariknya sebelum saya berangkat balik ke Sungai Petani, belacan Tanjung Dawai adalah buah tangan untuk Cikgu Lah dan Razi.


Pertemuan ini, setidak-tidaknya membuktikan kepada anak-anak saya siapa ayahnya. Kalau tidak mereka mungkin akan menganggap kisah yang diceritakan selama ini hanyalah rekaan semata-mata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah